Tag Archive: SMUI TPHR


Tarikh : 17 Jun 2016

Lokasi : Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih Putatan

Selepas solat tarawih, sempat bertemu dengan guru yang mulia, Ustaz Haji Ghazali Sulaiman. Beliau pernah mendidik kami di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu dan di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah.

20160617_212045

Pada 15 November lepas, kami rombongan Darussyifa’ Sabah menziarahi Datuk Ustaz Haji Ahmad Alawi Haji Adnan, mantan mufti Sabah dan mantan pengetua SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah di rumahnya di Kg Petagas. Rombongan kami diketuai oleh Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim,yang juga sahabat lama beliau semasa bersama-sama memimpin sekolah Toh Puan Hajjah Rahmah.

Semoga Allah SWT mengembalikan kesihatan guru kami ini seperti sediakala.

20151115_204315 20151115_210532C360_2015-11-15-20-43-59-467 C360_2015-11-15-21-06-49-546C360_2015-11-15-21-07-16-169 C360_2015-11-15-21-07-38-237 C360_2015-11-15-21-08-48-70420151115_21180720151115_211859

Safiuddin Kadundung

إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شىء عنده بأجل مسمى

Telah kembali ke rahmatullah guru yang dihormati, Cikgu Safiuddin Kadundung sebelum asar 29 Jun 2015. Allahyarham dikenali sebagai guru matematik yang penyayang dan berdedikasi, meninggalkan nama yang harum, anak murid yang ramai serta jasa yang panjang selama puluhan tahun khususnya dalam dunia pendidikan di JHEAINS.

Sekolah dan masjid adalah kehidupannya baik zaman berkhidmat sebagai penjawat awam atau selepasnya. Selepas bersara dalam perkhidmatan awam, Allahyarham bersama keluarga menguruskan Madrasah Tahfiz di rumahnya sendiri yang pelajarnya dikhususkan kepada pelajar muslimat. Anak-anak Allahyarham yang cemerlang dalam pendidikan bukti keluarga ini boleh dicontohi.

Sebagai catatan penting, dua hari sebelum tiba ramadhan tempohari, Allahyarham dianugerahkan Tokoh Guru JHEAINS 2015 yang disampaikan sendiri oleh YB Datuk Mohd Arifin Arif.

Semoga keluarga Allahyarham bersabar dengan ujian ini. Bersama kita mendoakan yang terbaik untuk ruh Allahyarham. Insya Allah jasanya menjadi pahala yang berpanjangan sehingga ke hari kiamat.

Foto ini adalah kenangan istimewa saya bersama Allahyarham ketika kunjungan kami sekeluarga pada hari raya eidul fitri tahun 2013 ke rumah beliau di Kg Tg Aru Kota Kinabalu.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الابيض من الدنس وابدله دارا خيرا من داره…

20150630_100158 20150630_101200IMG-20150630-WA0053 IMG-20150630-WA006320150630_103557

Ada sesuatu yang istimewa pada pemerhatian saya kepada guru yang kami kasihi ini. Cikgu Haji Abu Bakar Madiasin, asasnya adalah seorang guru bahasa Inggeris, tetapi kami melihat kecintaannya kepada bahasa Arab. Beliau rajin bertanya kepada guru-guru bahasa Arab tentang kalimah atau ayat-ayat berupa komunikasi harian dan seterusnya dipraktikkannya apabila bertemu dengan mereka yang berlatar belakang pendidikan agama pula.

Satu perkara lagi, beliau bertahan sebagai guru di SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah sejak bulan Ogos tahun 1989 sehingga kini, sejak lokasi sekolah masih di Sembulan Kota Kinabalu sehingga berpindah ke lokasi baru kini di Kinarut. Beliau bermula sebagai guru biasa sehingga kemudian menjadi guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Pelajar) sejak sekitar tahun 1995 sehingga 2000. Kemudian diamanahkan Penolong Kanan 1 (Pentadbiran) sehingga tahun 2010.

Minggu lepas saya bertemu beliau seusai solat fardhu Jumaat di Masjid Nur al-Jannah Kg Petagas, kerana beliau bermastautin di kampung ini. Saya lihat dipegang bersamanya kerusi kecil. Katanya sejak kembali menunaikan ibadah haji dua tahun lalu, kaki dan lutut mula sakit-sakit. Saya memandang guru kami yang sudah berusia hampir 59 ini. Saya tahu di kalangan pembaca blog ini ramai pelajar dan alumni sekolah berkenaan. Luangkan masa untuk kesihatan dan keafiatan guru kita. Jika tinggal berhampiran ziarahilah beliau.

JAMUAN HARI RAYA @ SMUI TPHR

Pada awal pagi, saya menerima SMS langsung daripada tuan pengetua sekolah Ustaz Haji Awang Omar Pengiran Gana menjemput hadir ke majlis hari raya di tengah-tengah perkarangan sekolah. Saya kira ini pertama kali dibuat oleh pihak sekolah melibatkan guru, pelajar dan JK PIBG. Tidak ketinggalan tetamu mereka ialah pegawai-pegawai kanan JHEAINS khususnya dari Bahagian Pendidikan.

Majlisnya ringkas sahaja iaitu doa yang dipimpin oleh Ustaz Ali Aero dan kemudian majlis makan-makan. Hanya majlis bermula sedikit lewat berbanding waktu asal tetapi itu tidak menjejaskan kelancaran majlis yang dimeriahkan dengan lagu-lagu nasyid lama dendangan el-Suraya. Barangkali ini sambutan raya terakhir di sini sebelum lokasi sekolah dijangka berpindah pada awal tahun hadapan, itu pun jika tidak ada apa-apa halangan. Insya Allah.

Nikmatilah foto-foto yang sempat dirakamkan.


Bahagia rasanya bertemu rakan-rakan lama, dalam majlis santai Resepsi ‘Idul Fitri Alumni Sekolah Menengah Ugama Islam Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu di Pantai Tanjung Aru 1 petang semalam. Bagi saya, bukan makan-makannya yang penting kerana itu menjadi nombor dua, tiga atau empat. Namun begitu entah apa sebabnya ramai di kalangan alumni yang tidak hadir walaupun di FB Grup Ex TPHR itu nampaknya ramai bersemangat. Tarikh 16 September yang dipilih kerana cuti umum berturutan jumaat hingga ahad nampaknya tidak menarik ramai yang jauh dan dekat untuk hadir meski ia sudah diwarwarkan kalau tidak salah sejak bulan mei lagi.

Kehadiran hanyalah sekitar 50 orang saja, itu pun bersilih ganti. Sementara saya tidak hadir daripada awal kerana urusan lain dan hanya tiba jam 3 petang. Justeru barangkali ada yang datang dan pulang lebih awal daripada saya (maka tiada rakaman fotonya) atau datang selepas saya pulang sekitar jam 4.15 petang. Pun begitu, meski ringkas dan santai ia tetap bermakna. Saya menemui senior-senior yang tidak pernah saya kenali dan ada juga yang sudah rasanya bertahun tidak bertemu. Menariknya saya mengenali seseorang di luar tetapi saya tidak mengetahui dia adalah alumni dan senior di sekolah yang sama.

Maklum saja apabila bertemu alumni sekolah, kisah-kisah lama akan terungkai kembali. Zaman-zaman nakal, kenangan bersama di asrama, kisah-kisah lucu menjadi bualan mengikat silaturrahim. Pertemuan hanya sekitar 2-3 jam, sudah tentu tidak cukup untuk membincangkan topik yang lebih serius. Sebab itu rancangan awalnya adalah untuk bertemu dan menginap di satu lokasi, sehari semalam agar banyak perkara yang dapat dibincangkan terutama peranan alumni sekolah terhadap perkembangan dakwah di Sabah. Apakan daya, JK hanya merancang, Allah yang menentukan, hanya program kecil-kecilan sebegini dapat diadakan.

Saya ada mencadangkan kepada JK alumni agar mengubah strategi reunion ini. Oleh kerana cadangan asal menemukan semua alumni daripada awal sehingga akhir (2010) nampak begitu besar dan tidak mencapai matlamat, maka saya melihat jika masih mahu mengadakan projek ini ialah melalui kunjungan JK alumni ke daerah-daerah tertentu dan berkumpul di sana. Contohnya, majlis reunion di Tawau untuk mereka yang bermastautin di Tawau dan daerah-daerah berdekatan seperti Kunak, Semporna dan Lahad Datu. Begitulah juga di kawasan lain.

Satu cadangan yang lain ialah diadakan mengikut kumpulan kelas tingkatan berkenaan, dan untuk mengadakannya ia diserahkan kepada kebijaksanaan ahli-ahli batch tahun berkenaan kerana biasanya kumpulan berkenaan lebih akrab dengan rakan-rakan sebaya dan seusia mereka. Untuk kaedah ini, kumpulan tingkatan kami pernah mengadakannya beberapa tahun lalu. Saya rasa Ustaz Ak Yuzie di Membakut patut memikirkan semula program ini. Ini memandangkan ketika itu baru hanya beberapa orang yang berkahwin, tetapi kali ini rasanya majoriti sudah berumahtangga dan bercahayamata.

Untuk program semalam, walaupun ringkas, saya merakamkan tahniah kepada Ustaz Zulhaimi Asbi @ Jool, Ustaz Sufian Amran @ Pyan, Ustaz Saiful Khair Sampon @ Chip dan seluruh tenaga yang bertungkus lumus menjayakannya. Penghargaan juga buat mereka yang datang dari jauh untuk bersilaturrahim dan berukhuwah. Semoga bertemu lagi.

Saya baru menerima emel berupa borang penyertaan bagi majlis perkampungan lepasan pelajar SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu yang bakal diadakan pada 16 dan 17 September 2011 di Beringgis Beach Resort, Papar. Perkampungan ini (reunion) mensasarkan sehingga 400 lepasan pelajar, bermula sejak ia ditubuhkan pada awal 70an sehingga tahun 2010.

Sebagaimana yang pernah saya catatkan sebelum ini, kerjasama pembaca blog ini sangat diharapkan untuk menyebarkan maklumat program ini kepada keluarga, rakan, jiran, penduduk kampung, taman atau seumpamanya yang merupakan lepasan pelajar sekolah berkenaan. Selain lepasan pelajar, guru atau mereka yang pernah mencurahkan ilmu di sekolah ini juga dialu-alukan hadir sama. Sila klik borang dan maklumat di bawah, cetak, isi maklumat dan serahkan kepada urus setia yang tercatat namanya. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 3 Julai 2011. Sistem penyertaan ialah siapa cepat dia dapat.

Teruskan membaca

UNTUK ALUMNI SMUI TPHR SAHAJA

Teruskan membaca

Sekadar beberapa nama guru kelas yang sangat berjasa.

1) Cikgu Salina (Tadika Kg Lubok Temiang 1984-85)

2) Cikgu Norsiah Saman (Darjah 1), Cikgu Sidek Hj Said (Darjah 2), Cikgu Abindi Samat (Darjah 3). Darjah 1 – 3 di SK Lubok Temiang WP Labuan.

3) Cikgu Rosnah (Darjah 4), Cikgu Rafiah Ismail (Darjah 5), Cikgu Othman Md Noor (Darjah 6). Darjah 4 – 6 di SK Pekan 2, WP Labuan.

4) Ustaz Adam Abdul Hai (Tingkatan 1), Cikgu Maimunah Matlan (Tingkatan 2), Cikgu Hashimah Jamangin (Tingkatan 3),  Ustazah Hjh Ngaisyah Darmat (Tingkatan 4), Cikgu Jonisah Harimin (Tingkatan 5). Tingkatan 1-5 di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah, Kota Kinabalu.

5) Pensyarah di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah (1995 – 1999) – Datuk Hj Asmali Bachi, Ust Pajudin Nordin, Ust Zaidi Edward, Ust Hj Abu Bakar Omar, Ust Hj Muchlish Ali Kasim dan Ust Hj Ghazali Sulaiman.

6) Pensyarah di Maahad Qiraat al-Azhar, Shoubra (sebahagian) (2000 – 2003) – Shaikh Abd Rahim al-Banna, Shaikh Muhammad Abdun Nabiy, Shaikh Hassan, Shaikh Judah, Shaikh Isa dan lain-lain.

Sesungguhnya tiada istilah bekas kepada guru walaupun mereka sudah pencen atau dipencenkan oleh Allah SWT. Namun yang penting, ilmu mereka berbekas dalam diri dan kehidupan kita.

Walaupun tidak semua namanya tercatat di sini, sesungguhnya nama dan budi baik mereka dicatat oleh Allah SWT. Jika ada umur dan kesempatan, ingin sekali saya bertemu dengan mereka semua sekali lagi.

Semoga Allah SWT memberikan pahala yang berlipat kali ganda kepada mereka, memberi kebahagiaan, keampunan, rahmat dan kasih sayangNya. Allahumma, amin!


%d bloggers like this: