Tag Archive: SMU Kunak


Ust Bambang

Beberapa kali berziarah ke Kunak, seperti tidak lengkap jika tidak bertemu dengan tuan pengetua SMU Kunak ini, Ustaz Bambang di flat guru sekolah berkenaan. Pertemuan cuma sebentar untuk ukhuwah, tetapi kami banyak mendengar kalam beliau daripada bercakap.

Ustaz Bambang orang yang peramah, sarat dengan pengalaman menuntut ilmu sejak remajanya khususnya di Maghribi sehingga kini. SMU Kunak sejak 2 tahun kebelakangan turut mempromosi pelajarnya menyambung pengajian di Maahad Tahfiz Negeri. Bahkan sekolah ini sendiri jadi pusat temuduga 2 tahun berturut-turut. Ia hasil galakan dan sokongan kuat Ustaz Bambang sendiri.

Anak sulungnya Najwa kini bersama kami di Maahad Tahfiz al-Quran bakal menjejak ke semester lima, juga ada di rumah tersebut ketika ziarah kami.

TAZKIRAH DI SMU KUNAK

 

Saya tidak menjangka akan dipelawa oleh tuan pengetua sekolah berkenaan, Ustaz Bambang untuk menyampaikan tazkirah kepada warga sekolah di surau mereka pada 23 April lepas. Saya berbesar hati atas undangan tersebut dan saya mengisi masa sekitar 40 minit bercerita dengan adik-adik sekitar 200 orang ini tentang sepotong ayat al-Quran :

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” (at-Tawbah : 122)

Allah SWT telah memberi peluang sebahagian kecil umat Islam dapat menadah kitab secara berguru melalui sekolah-sekolah agama baik peringkat rendah atau menengah sehingga ke universiti. Tidak semua orang berpeluang sebagaimana mereka yang hadir di hadapan saya ketika itu. Justeru peluang yang diberikan hendaklah dimanfaatkan demi Islam.

Allah SWT menyatakan tujuan mereka yang tafaqquh fiddin ini ialah agar dapat menegur dan membimbing masyarakat mereka satu hari nanti. Maka mereka yang mengaji agama tidak patut berdiam diri apabila mereka sudah diberikan kelebihan ilmu oleh Allah SWT. Melakukan kerja-kerja dakwah – al-amru bil ma’ruf dan an-nahyu ‘anil munkar.

SMU Kunak (1) SMU Kunak (2) SMU Kunak (3) SMU Kunak (4)

%d bloggers like this: