Tag Archive: SMK Kolombong


hafazan

Tarikh : 16 April 2015

Lokasi : SMK Kolombong Inanam

Di sebelah saya ialah adik Muhd Iman Izzudin bin Jamaluddin, 14 tahun, pelajar cacat penglihatan dari Sekolah Pendidikan Khas Ketiau Putatan yang memenangi kategori tilawah dan hafazan sempena MTQ Pendidikan Khas Zon Barat yang diadakan di SMK Kolombong khamis lepas.

Kami yang ditugaskan sebagai hakim hafazan ketika itu merasa kagum dan tertarik dengan keupayaan adik Iman yang mempunyai kualiti hafazan dan tajwid yang agak kemas dan mantap.

Ayahnya (dalam foto sebelah Iman, baju putih) berasal dari Tenom, tinggal di Tuaran dan bertugas di SM Sains Kota Kinabalu, menghantar setiap hari anaknya ke Putatan. Katanya bakat Iman dalam al-Quran dikesan oleh gurunya beberapa tahun lepas dan beliau memberikan dorongan dan keperluan untuk Iman menghafaz al-Quran.

Cacat penglihatan adalah satu kelebihan untuknya, bukan satu kekurangan. Semoga Allah SWT melorongkan adik Iman untuk menghafaz al-Quran 30 juzuk selepas ini. Doakan.

NOTIS : LTAKK PETANG SABTU

Rakan-rakan yang berada di sekitar Kota Kinabalu dan Putatan dijemput hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada petang sabtu ini (5 Dis 2009).

Sahabat yang kita kasihi, Che’gu Jamil Dayan bersama keluarga akan meninggalkan bumi Sabah pada jam 5 petang sabtu menerusi penerbangan Malaysia (MAS).

Dijemput sahabat yang berkelapangan untuk hadir dan mengucapkan salam wida’ dan selamat jalan kepada beliau bersama keluarga mulai jam 2.30 petang.

Notis ini ditujukan kepada semua pihak yang mengenali beliau khususnya aktivis NGOs Islam (CONCERN) di Sabah seperti PUM, JIM, ABIM, Yayasan Amal, PSS, SAHABAT, WADAH, KECAPI, Puteri Islam, SALWA, AMAL dan lain-lain.

Juga rakan-rakan di jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran Sabah, JAKIM Sabah, JHEAINS; rakan sekerja beliau di SMK Kolombong dan SK Kolombong (isteri) dan SMKA Inanam (AJK PIBG) serta sekolah-sekolah yang lain. 

Tidak ketinggalan ahli jamaah Masjid Bandaraya, Masjid Negeri Sabah, Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, Surau Firdaus Taman Nelly, Surau SMK Kolombong, Surau Bernas, Surau Taman Austral, Surau Kg Lobou, Surau Kg Keliangau, Surau Kg Kobuni dan lain-lain.

Sila panjangkan notis ini kepada yang berkenaan melalui sms masing-masing.

%d bloggers like this: