Tag Archive: SLDB KK Time Square


Tarikh : 11 Okt 2013 (Jumaat)

Lokasi : SLDB, KK Times Square

Ramai kalangan orang Islam sanggup menggunakan hartanya dalam perkara yang sia-sia atau setidak-tidaknya perkara yang tidak dituntut dalam agama, tetapi untuk perkara agama manusia terlalu berkira-kira mengorbankan sebahagian harta mereka.

Ibadah qurban dihukumkan sebagai sunat ainiyyah iaitu dengan makna di dalam sebuah rumah, sunat hukumnya bagi seorang berqurban bagi melambangkan syiar ibadah qurban di dalam rumah tersebut. Lebih ramai melakukannya di dalam sebuah rumah adalah lebih baik, tetapi membiarkan setiap rumah tanpa ibadah qurban dalam keadaan mereka mampu melakukannya adalah tercela.

Jika ada di dalam sebuah taman perumahan – sebagai contoh – ada mempunyai 700 unit rumah beragama Islam yang dianggap kesemuanya mampu berqurban, maka jumlah lembu atau kerbau yang diqurbankan ialah sebanyak 100 ekor dengan mengandaikan sebuah rumah hanya ada seorang sahaja yang berqurban. Tetapi keadaan seumpama ini tidak atau jarang sekali berlaku.

Tetapi masyarakat kita sudah mengandaikan ibadah qurban terlalu banyak jika ada 4-5 ekor dalam satu-satu majlis qurban walaupun rumah yang ada di satu kawasan tersebut melebihi 1000 buah rumah. Fikirkanlah.

SLDB (1)

SLDB (2) SLDB (3)

Poster CeramahSemoga diberikan kekuatan dan kesihatan untuk melaksanakan amanah yang diberikan. Rabbuna yusahhil..

%d bloggers like this: