Image066

Semalam saya menerima sms dan emel daripada beberapa tenaga pengajar di SK Pulau Gaya. Saya hanya menyampaikan rintihan mereka yang berpendapat bahawa masalah ini sudah berlarutan tanpa penyelesaian konkrit.

Aduannya tentang masalah keputusan air yang dialami oleh warga sekolah  berkenaan yang mempunyai 1160 orang murid.

Walaupun berada di pulau, tetapi ia terletak dalam daerah Kota Kinabalu, dan seharusnya kejadian itu tidak sepatutnya berlaku. Guru-guru beragama Islam dikhabarkan terpaksa membeli air untuk berwudhu’ bagi menunaikan solat.

Murid-murid yang ramai pula yang kebanyakan anak orang susah, terpaksa MEMBUANG AIR TANPA AIR. Hasilnya, tandas berbau busuk dengan aroma najis yang menyakitkan mata dan hidung.

Pelik juga, di sekitar sekolah banyak tangki-tangki besar berwarna biru terpacak di sana-sini menjadi perhiasan sekolah.

Menurut maklumat, sudah seminggu perkara ini berlarutan. Bahkan ia bukan baru sekali, tetapi untuk tahun ini sahaja sudah 4 hingga 5 kali berlaku. Setiap kali masalah itu berlaku, ia berlarutan sekitar seminggu lamanya.

Jiran mereka, SMK Pulau Gaya tidak mengalami masalah sedemikian kerana diberitakan pengurusan cekap sekolah berkenaan mengurus dan mengatur masalah air.

Untuk rekod, Pulau Gaya termasuk dalam DUN Tg Aru, Parlimen Putatan.

Image068

Image065

Image069