Tag Archive: Seminar Rasm Uthmani


Seminar al-Quran Rasm Uthmani Peringkat WP Labuan

Tempat : Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan

Tarikh : 15 Julai 2012 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang

Pembentang : Ustaz Haji Khairul Anuar Mohamad, Ustaz Haji Muhammad Akmal Othman & Ustaz Haji Rahimi Dato’ Ibrahim.

Tajuk-Tajuk : Sejarah Penulisan & Pengumpulan al-Quran, Ilmu Penulisan al-Quran, Kaedah Penandaan Dalam al-Quran (Ilmu Dhobtul Quran), & Akta Penerbitan Teks al-Quran.

Penganjur : Bahagian Penerbitan & Kawalan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.

Perasmi : Encik Abdul Aziz Mohd Noor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penerbitan & Kawalan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Kehadiran : 250 peserta terdiri daripada guru-guru agama, imam-imam, wakil-wakil NGO Islam, pelajar dan orang awam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MD FIKRI GUSTIN SULAIMAN

Seminar Rasm Uthmani N Sabah (17)

Anak muda ini adalah siswa baru di Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah, yang beroperasi di Kepayan Kota Kinabalu.

Berasal dari Kg Tamau Kota Belud, suku iranun dan berumur 18 tahun. Sebelum ke Maahad Tahfiz, Fikri pernah belajar di SMKA Tun Said Kota Belud dan di SMK Taun Gusi Kota Belud.

Dalam majlis perasmian Seminar Rasm Uthmani Peringkat Negeri Sabah 2009 yang disempurnakan oleh YB Datuk Hj Nasir Tun Sakaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri pada selasa lepas, Fikri tampil sebagai qari undangan.

Dalam mesyuarat persiapan bagi mengadakan seminar ini, saya dipertanggungjawabkan untuk mengatur qari dari Maahad Tahfiz. Saya hubungi Ustazah Dg Masni selaku pensyarah al-Quran dan Qiraat di sana untuk memilih siswa yang bersuara baik.

Ustazah Dayang membimbing daripada sudut ilmu qiraatnya, sementara Datuk Mokhtar Rapok pula daripada seni tarannumnya.

Md Fikri membaca surah al-Fatihah dan surah al-Humazah secara tarannum dengan qiraat Imam al-Kisa’ie, salah seorang daripada 10 imam qiraat yang masyhur dan mutawatir.

Bacaannya diamati oleh ratusan audien di dalam dewan termasuk ahli qiraat seperti Dato’ Sallehuddin Omar al-Hafiz, Ust Abd Rahim Md Zin al-Hafiz dan Sheikhul Maqari Ust Hj Othman Hamzah.

Memang suara Fikri bagus dan jika bersungguh-sungguh, dia boleh menjadi qari yang baik pada masa hadapan. Insya Allah. Selepas majlis itu, saya ada  bertemunya, mengucapkan tahniah dan berharap dia terus memperbaiki diri.

Membaca al-Quran dengan qiraat dan riwayat selain Imam ‘Asim dan Hafs, kebiasaannya memang menarik perhatian audien, kerana ia jarang didengar. Apatah lagi di negeri Sabah ini, ilmu qiraat begitu terasing sekali.

Salah satu tujuannya ialah hendak memaklumkan audien betapa ilmu pembacaan al-Quran ini begitu luas sekali, sebagaimana yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW dengan perantaraan Jibril AS.

Dengan itu, ia boleh meransang umat Islam untuk terus menerus mempelajari ilmu yang berkaitan tentang al-Quran, termasuk tentang soal pembacaannya, tafsiran, hukum hakam dan pengamalannya.

Seminar Rasm Uthmani N Sabah 2009 (18)

Seminar Rasm Uthmani N Sabah 2009 (19)

Seminar Rasm Uthmani N.Sabah 2009 (1)

1) Alhamdulillah, program sehari berkenaan berjalan dengan jayanya dengan penyertaan lebih 700 peserta dari Kudat hingga ke Sipitang.

2) Peserta terdiri daripada para guru agama sama ada dari Jabatan Pelajaran Negeri, JAKIM atau JHEAINS sendiri; para imam, kakitangan kerajaan seperti KAGAT, BAKA, RTM dan lain-lain, pelajar sekolah dan orang awam.

3) Di pihak JHEAINS kami selaku urusetia, orang yang paling bekerja keras menurut pemerhatian saya ialah Timbalan Pengarah Ust Sidik Ag Adi, ketua kami Ust Musally Moksin dan Hj Hassan Wahab yang ke hulu ke hilir memastikan seminar berjalan dengan lancar.

4) Selain itu, sumbangan tenaga dan idea semua pihak sama ada rakan-rakan di JHEAINS, JAKIM dan Jabatan Pelajaran juga ada peranan tersendiri. Tidaklah dapat disebutkan nama satu-persatu. Hanya Allah SWT yang layak membalasnya.

5) Tidak ketinggalan empunya program yang sebenar iaitu KDN khususnya Ust Hj Abd Rani Osman, Ust Hj Rahimi Ibrahim, Pak Yunus Hashim, Ustazah Mahfozah dan seluruh anggota yang terlibat. Juga seluruh anggota KDN Sabah. Kesemua mereka bertungkus lumus menjayakan seminar ini.

Khabarnya, untuk kos pengangkutan barang terutamanya kertas kerja, aturcara, beg dan sebagainya dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu memakan kos sebanyak RM7000. Belum lagi kos lain.

6) Para penceramah yang budiman yang sudi turun ke Sabah memberikan ilmu kepada kami. Ust Abd Rahim Md Zain, Dato’ Sallehuddin Omar al-Hafiz, Sheikhul Maqari Ust Othman Hamzah yang mereka ini adalah antara otai-otai dan pakar tahfiz al-Quran di Malaysia.

Beruntunglah kita kerana mendapat bimbingan dan kepakaran mereka.

7) Ramai mengakui masa yang terbatas dan tempoh yang panjang diperlukan untuk memahami dan menghadamkan ilmu yang diajar oleh para pembentang. Hakikatnya ini hanyalah sebagai pembuka jalan untuk kita terus mendalami ilmu berkaitan rasm uthmani.

8) Kepada seluruh peserta, terima kasih kerana hadir.

Seminar Rasm Uthmani N.Sabah 2009 (2)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (3)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (4)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (5)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (6)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (7)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (8)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (9)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (10)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (11)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (12)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (13)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (15)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (15)

Seminar Rasm Uthmani N. Sabah 2009 (16)

IMG_0204

Objektif

1. Memberi pendedahan dan kefahaman berkenaan Rasm Uthmani kepada masyarakat awam dan kewujudan Akta Percetakan Teks al-Quran 1986;

2. Menyebarkan penjelasan kepada masyarakat awam khususnya yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran mengenai kaedah penggunaan al-Quran Rasm Uthmani dengan lebih berkesan dan sistematik;

3) Mempercepat pencapaian ke arah penyelarasan penggunaan Rasm Uthmani di setiap lapisan masyarakat awam di Malaysia

Kandungan Ceramah

1) Akta Percetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986;

2) Sejarah al-Quran dan Kelebihan Rasm Uthmani;

3) Kaedah Penulisan Rasm Uthmani;

4) Istilah Dhabt (penandaan) al-Quran.

Penceramah

1) Ahli Lajnah Tashih al-Quran;

2) KPSU, Unit Kawalan Teks al-Quran, Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks al-Quran KDN;

3) Pensyarah Pengajian al-Quran, IPT.

Penyertaan

1) Guru-Guru Agama / JQAF Jabatan Pelajaran Negeri;

2) Guru-Guru Agama JHEAINS;

3) Imam-Imam dan Pegawai Agama JHEAINS;

4) Pensyarah & Pelajar IPTA;

5) Guru-Guru KAFA & Takmir Masjid JAKIM;

6) Pegawai Kor Agama Tentera (KAGAT);

7) Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM;

8 ) Pengedar buku agama di Sabah;

9) Orang awam yang berminat.

(Sasaran keseluruhan 700 peserta)

Ketetapan Program

Tarikh : 10 November 2009 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi – 5 petang

Tempat : Dewan Saadah Wisma MUIS

Anjuran : Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)

Berminat? Hubungi saya melalui blog ini.

IMG_0207

IMG_0209

%d bloggers like this: