IMG_7125

Sepanjang khamis bermula pagi hingga petang, PejabatĀ  Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama JAWI menganjurkan Seminar Pemurnian Aqidah 2009 yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Seminar yang dihadiri sekitar 600 peserta itu dirasmikan oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hj Wan Zahidi Wan Teh.

Tiga pembentang kertas kerja dijemput dalam seminar berkenaan. Mereka ialah Hj Mohammad Ariffin Ismail membentang tajuk : Cabaran Islam Liberal Di Malaysia.

Pembentang kedua ialah Dr Khalif Muammar dari UKM dengan tajuk : Wacana Kesetaraan Gender : Islamis vs Feminis Muslim.

Sementara pembentang ketiga ialah Fahaman Pluralisme Agama Merosakkan Aqidah oleh Dr Anis Malik Taha dari UIA.

Saya yang hadir mewakili JHEAINS merasakan program yang sangat baik, tambahan pula diadakan di tempat yang sangat selesa.

Hanya sedikit janggal saya merasakan secara peribadi (saya tidak mengetahui perasaan peserta lain), di mana ada pembentangan disampaikan dengan lurus sehingga ramai juga yang terlena.

Tajuk yang berat, dengan kepelbagaian latar pendidikan peserta, ada penceramah pula tampil dengan bahasa dan istilah moden dan bombastik.

Sepatutnya bahasa dan istilah dimudahkan untuk kefahaman peserta. Sementara moderator pula bagi saya bijak mengawal keadaan.

Tetapi secara keseluruhannya, saya berpuas hati dan ia adalah majlis yang patut digerakkan ke seluruh negara.

Kg Sungai Yan Kechil, Kedah.

IMG_7132

IMG_7128

IMG_7129