Tag Archive: Sekolah Menengah Islam Sabah


Tarikh : 18 Januari 2016

Lokasi : Likas Plaza Kota Kinabalu

C360_2016-01-18-22-52-00-075 C360_2016-01-18-22-52-25-857 C360_2016-01-18-22-52-42-093 IMG-20160118-WA0111 IMG-20160118-WA0112

Tarikh : 10 Mei 2015

Lokasi : Restoran Puteri Hang Li Po Karamunsing

Satu cadangan menarik lokasi Sekolah Menengah Islam ialah di Tuaran, berhadapan dengan pantai. Tanah yang sudah siap dengan bangunan, hanya perlu sedikit renovasi dan persetujuan semua pihak. Ia belum muktamad tetapi satu cadangan yang baik.

20150510_135053 20150510_135105 20150510_142242

Tarikh : 9 Mei 2015

Lokasi : Surau Taman Austral Kepayan

Saya kurang pasti ini mesyuarat kali ke berapa. Tetapi antara yang dibincangkan ialah senarai pemohon kalangan guru sudah ada dalam senarai urus setia. Pada ketika ini, lokasi untuk operasi Sekolah Menengah Islam (SEMI) ini masih belum dimuktamadkan. Hanya menyenaraikan beberapa lokasi yang wajar berdasarkan cadangan dan pandangan beberapa pihak.

20150509_222557 20150509_222625

Tarikh : 14 Febuari 2015

Lokasi : Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral Kepayan

Satu mesyuarat penting dan bersejarah dilakarkan pada malam ini, bagi membincangkan penubuhan Sekolah Menengah Islam (SEMI) Negeri Sabah buat julung kalinya.

Idea bagi penubuhan SEMI ini saya kira sudah lama difikirkan, dan semakin mendesak apabila Sekolah Rendah Islam (SRI) kini sudah mula melangkah hingga ke darjah 6. Sesuatu perlu difikirkan agar lepasan SRI boleh menyambung ke sekolah menengah yang sealiran dan sejenis seperti SRI juga.

SRI al-Hafidz di Bandar Sierra sudah ada tahun enam, sementara di SRI al-Hafidz Tuaran dan Pusat Pendidikan Islam an-Nur Taman Austral ini sudah melangkah ke darjah lima. Sambutan untuk ke SRI semakin menggalakkan sehingga pihak sekolah terpaksa mengadakan temuduga. Tidak dinafikan bahawa kefahaman ibu bapa tentang pendidikan Islam  terhadap anak-anak semakin meningkat.

Sasaran JK Penubuhan ialah untuk mengadakan SEMI pada awal tahun 2016 dengan lokasi sasaran di sekitar pantai barat Sabah. Pada peringkat awal, bangunan sementara bersifat sewa diperlukan bagi beberapa tahun dan dalam masa yang sama seluruh JK mencari tanah untuk didirikan bangunan kekal.

Pencarian tenaga pengajar juga akan dimulakan dalam masa terdekat, juga pelancaran dana awal juga dibuat sepanjang masa. Idea-idea serta sumbang saran diperlukan daripada pelbagai pihak bagi menjayakan SEMI ini.

SEMI (1) SEMI (2) SEMI (3) SEMI (4) SEMI (5) SEMI (6)

%d bloggers like this: