Tag Archive: Sedekah


Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/29602-sedekah-bagi-pihak-si-mati

Oleh : YB Dr Khairuddin Aman Razali

TIDAK ada khilaf dan pertikaian di kalangan ulama sebagaimana dinukilkan oleh Imam Ibnu Abdil Barr, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Ibnu Qayyim bahawa sedekah orang yang hidup bagi pihak si mati memberi manfaat kepada si mati.

Antara dalilnya ialah hadis riwayat Imam Bukhari dan Abu Dawud daripada Sahabat Nabi SAW bernama Ibnu Abbas radiyallahu ‘anhuma bahawa Sa’ad bin ‘Ubadah radiyallahu ‘anhu (1) bertanya kepada Nabi SAW;

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا فَهَلْ يَنْفَعُهَا شَيْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ قَالَ فَإِنِّي أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِيَ الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَلَيْهَا

Maksudnya: “Wahai Rasulullah SAW, Ibu saya telah mati ketika ketiadaan saya. Adakah memberi manfaat kepadanya sekiranya saya bersedekah sesuatu bagi pihak ibu saya?” Nabi mengiyakan.

Kata Sa’ad; Justeru, saya bersaksikan kamu wahai Rasulullah SAW bahawa kebun kurma saya menjadi sedekah atas pihak ibu saya”.

(1) Sa’ bin ‘Ubaadah adalah pimpinan suku Khazraj di Yathrib dan meninggal di bumi Syam tahun ke 15 H.

Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Aisyah radiyallahu ‘anha:

أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ ، وَأَنَا أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ لَتَصَدَّقَتْ ، فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ أَتَصَدََّق ُ

عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ ” .

Maksudnya: “Seorang lelaki datang bertemu Nabi SAW dan berkata; wahai Rasulullah SAW, ibu saya telah meninggal secara mengejut sedangkan beliau tidak memberi sebarang wasiat. Saya rasa sekiranya dia boleh bercakap pasti dia bersedekah. Adakah beliau mendapat pahala sekiranya saya bersedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab; “ya”.

Amalan ini juga disokong oleh Hadis Sahih riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu bahawa Nabi SAW bersabda :

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia terputuslah amalannya melainkan 3 iaitu sedekah jariyah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang sentiasa berdoa bagi dirinya.”

Hadis diriwayatkan juga oleh Imam Tirmizi, Imam Abu Dawud, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah radiyallahu ‘anhu bahawa seorang lelaki berkata kepada baginda SAW;

إِنَّ أَبِي مَاتَ وَتَرَكَ مَالًا وَلَمْ يُوصِ فَهَلْ يُكَفِّرُ عَنْهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ ٍ

Maksudnya: “Bapa saya telah meninggal dunia dan meninggalkan harta sedangkan dia tidak membuat sebarang wasiat. Adakah menjadi satu kaffarah bagi dosanya sedekah saya bagi pihaknya? Baginda SAW mengiyakan.

Menurut Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, hadis di atas mengandungi dalil keharusan dan galakan sunat bersedekah bagi pihak si mati dan pahalanya sampai dan memberi manfaat kepadanya di samping juga memberi manfaat pahala kepada orang yang bersedekah itu sendiri. Hukum ini telah disepakati oleh umat Islam.

Hadis-hadis ini menggambarkan hasrat tinggi anak-anak untuk melakukan kebajikan yang memberi manfaat kepada ibu bapa mereka yang telah meninggalkan dunia ini. Peluang mereka yang telah mati untuk beramal telah berakhir. Tinggal lagi anak-anak dan zuriat yang mempunyai kesedaran untuk memanjangkan pahala mereka dengan bersedekah.

Cukuplah ibu bapa berbakti menggembeleng tenaga dan harta di saat kita kecil lalu apakah pula kebaktian kita buat mereka melibatkan harta yang kita miliki hasil daripada usaha gigih mereka membesarkan kita?

Bersedekah bagi si mati menjadi satu amalan kebajikan si anak kepada ibu dan bapa yang telah pergi selain daripada doa yang berterusan. Ia termasuk di bawah umum gesaan Allah Taala dalam firman-Nya

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ

Maksudnya: “dan perhambakanlah diri kamu kepada Allah dan jangan mensyirikkan dengan-Nya  sesuatu dan dengan kedua ibu-bapa hendaklah dilakukan ihsan kebajikan.” Surah al-Nisa ayat 36.

Hari ini begitu ramai anak-anak yang mewarisi harta benda seperti tanah dan wang tunai daripada ibu bapa mereka yang telah kembali ke rahmatullah hanya ghairah berebut dan mengagihkannya sesama pewaris dan dimanfaatkan untuk peribadi kehidupan dunia mereka. Apatah lagi sekiranya para pewaris sendiri tidak terlalu berhajat kepada harta warisan lalu dibiarkan beku tanpa dimanfaatkan.

Tidakkah mereka terfikir sekiranya sebahagian warisan itu disedekahkan dan diwakafkan bagi pihak ibu bapa mereka ia akan menjadi pahala yang panjang buat mereka yang telah pergi dan menjadi satu kebaktian anak-anak kepada ibu-bapa mereka.

Marilah kita menghidupkan sunnah ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang dijanjikan gandaan pahala ini. – HARAKAHDAILY 11/7/2014

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/29476-banyak-cara-untuk-bersedekah

Hadith: Dari Abu Dzar RA katanya:

Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau : Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka.

Jawab Rasulullah SAW : Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah.

Mereka bertanya : Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami? Jawab Rasulullah SAW Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala. (Riwayat: al-Bukhari)

Huraian Hadith:

1. Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk dilakukan.

2. Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.

3. Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda, kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan dengki dan iri hati antara satu sama lain.

4. Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

sedekah

Sumber : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=14637

JEDDAH 17 Mei – Seorang lelaki di Arab Saudi memperkenalkan cara baharu untuk orang ramai bersedekah apabila menempatkan sebuah peti sejuk khas untuk golongan yang kurang bernasib baik di sebuah jalan raya di bandar Hail.

Malah, gambar peti sejuk tersebut yang diletakkan di bahu jalan itu tersebar dengan pantas di laman-laman sosial seperti Twitter dan Facebook selain turut dilaporkan media antarabangsa termasuk stesen televisyen BBC.

Lelaki itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, peti ais itu berfungsi apabila penduduk di sana meletakkan makanan berlebihan di dalam peti ais itu yang boleh diambil oleh golongan kurang bernasib baik.

Seorang pengguna Twitter, Sheikh Mohammad Al-Araifi menerusi akaunnya melahirkan penghormatannya terhadap lelaki dari Hail itu kerana secara tidak langsung melakukan kerja amal.

“Lelaki ini telah mengajar kita pengajaran berguna supaya tidak membazirkan makanan. Ia merupakan cara mudah yang boleh dimulakan mana-mana pihak daripada membuang makanan itu ke dalam tong sampah,” kata Abdulaziz Ahmed, sebagaimana lapor Arab News.

Sementara itu, beberapa penduduk Arab Saudi sejak berita itu disiarkan berikrar mengambil langkah sama dengan meletakkan peti sejuk mereka di lorong-lorong dan di hadapan masjid tempatan.

“Pembuangan makanan berlebihan sering berlaku di sini terutamanya ketika Ramadan,” kata seorang peniaga, Saleh Shamawi.

Penduduk Arab Saudi sebelum ini pada Ramadan akan menyumbangkan makanan ke masjid dalam usaha mengurangkan fenomena meminta sedekah. Malah menurut media antarabangsa, idea itu telah mendapat populariti di kalangan penduduk di negara-negara asing.

..x0x..

EDITOR
http://penjualcendol.blospot.com/


Dengan izin Allah SWT, kita akan menyambut bulan Ramadhan Kareem tidak lama lagi. Semua maklum akan kelebihan yang ada di dalamnya yang mesti diambil peluang oleh kita semua. Sama ada pahala yang berlipat kali ganda dalam ibadah solat, puasa, tilawah al-Quran, sedekah atau juga kesempatan mentarbiah hawa nafsu dan merubah sikap yang negatif menjadi manusia yang lebih baik.

Sedekah adalah salah satu kaedah bagi kita melawan nafsu yang jahat. Sikap tamak, sombong, pentingkan diri sendiri dan pelbagai sifat mazmumah lain dilawan dengan bersedekah. Sedekah yang strategis apabila kita melakukan sedekah sesuai pada tempat, masa, kaedah, penerima dan sebagainya.

Sedekah pada bulan Ramadhan sudah tentu lebih baik berbanding masa yang lain.Sedekah dengan sesuatu yang lama dan berkekalan manfaatnya lebih utama berbanding yang sekejap manfaatnya. Sedekah kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim, janda, muallaf, fakir miskin, petugas  dan badan dakwah, lebih baik berbanding kepada yang lain.

Kami menerima beberapa permohonan dan dalam masa yang sama akan mengadakan beberapa program.

Pertama, seorang muallafah (perempuan) yang baru memeluk Islam belum sampai setahun diboikot oleh orang tuanya untuk menyambung pelajaran. Puncanya kerana dia memeluk Islam, dan dalam masa yang sama bapanya seorang kaki botol yang selalu menyusahkan anaknya ini. Saya mengetahui keadaan ini melalui rakan seusrah dan sebenarnya  dia memeluk Islam tahun lalu ‘di tangan’ saya. Jika saudara bersimpati, hulurkan sumbangan ke akaunnya 121 062 9000 113 392 (BSN).

Kedua, dalam tempoh terdekat, kami akan menziarahi beberapa buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang untuk menyampaikan sumbangan berbentuk sejadah, buku iqra, kelengkapan solat dan seumpamanya kepada pelajar yang memerlukan. Setakat ini saya sudah dihubungi sebuah sekolah berkenaan hal ini. Kata gurunya, betapa anak-anak muridnya berebut dengan buku iqra  yang sedikit jumlahnya apabila dia mengusahakan kelas Iqra dan al-Quran. Yang hendak menyumbang, sila maklumkan di ruangan komen ini atau klik ke facebook Abu Nuha atau hubungi ke hp Abu Nuha.

Ketiga, saya mengalu-alukan sumbangan kekal tuan-tuan untuk mewaqafkan sedikit wang untuk pembinaan Masjid Penampang yang kini dalam proses untuk pembelian tanah. Tuan punya tanah sudah pun mengurangkan harga daripada harga semasa dengan sumbangannya lebih 40 peratus. Perlu dimaklumkan bahawa harga asal tanah dimaklumkan lebih sejuta ringgit. Sumbangan waqaf tuan-tuan boleh membantu perkembangan dakwah di daerah Penampang yang sehingga kini belum mempunyai masjidnya sendiri. Di kanan blog ini, klik foto berkaitan Waqaf Masjid Penampang.

Ada sebuah hadith yang menyebutkan bahawa sedekah yang paling baik ialah memberi ketika kita sedang sihat dan berangan-angan pula hendak menjadi kaya. Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua untuk menyumbang.

CATATAN SEMALAM

 P8150020

1) Semalam, bersama seorang sahabat kami bersolat tarawih di sebuah masjid terkemuka di Kota Kinabalu. Secara keseluruhannya, bacaan imam dan salawat pimpinan bilal sangat menenangkan sekali.

Masuk ke masjid menjelang iqamah dilaungkan, ketika itu saya didahului oleh seseorang yang amat dikenali.

Saya teringat kisah lapan tahun lalu, ketika saya dikritik hebat menjadi imam tarawih di sebuah lagi masjid terkemuka di Kota Kinabalu. Puncanya, kerana ada dakwan jamaah saya memimpin terlalu laju.

Tidak apalah akan teguran itu, sedangkan saya baru berumur 22 tahun terlalu perlukan teguran dan nasihat. Seseorang memerli saya dengan berkata : “Budak semenanjung mana jadi imam tu?”

Saya bukan orang semenanjung. Tapi perlian itu macam dia bencikan orang semenanjung. Dia pula orang Sabah tetapi kini selalu terbang ke semenanjung untuk menghadiri mesyuarat di Dewan Rakyat.

Tersempak dengannya semalam, mengembalikan memori itu.

2) Keluar dari bangunan masjid, saya ternanti-nanti sahabat saya. Sebelumnya saya sudah melihat kelibatnya keluar tetapi dia masuk semula.

Masuk kereta saya bertanya kenapa masuk masjid semula? Katanya dia teringat akan pesanan dan isi ceramah saya supaya rajin bersedekah dalam bulan Ramadhan.

Terkena saya kerana saya sendiri lupa bersedekah.

Sahabat saya ini hanya seorang penghantar surat. Katanya sepanjang Ramadhan dia bersedekah seringgit setiap malam, dan menjelang 10 terakhir ini sedekahnya dinaikkan kepada dua ringgit.

Apa pun saya bersyukur kerana ada orang yang mengambil cadangan saya sebagai amalannya. Mudah-mudahan Allah memberi komisyen kepada saya atas amal baik sahabat saya itu.

Sementara sahabat saya bersedekah dengan duit, saya bersedekah dengan ucapan yang baik.

3) Seterusnya kami ke sebuah pasaraya di Putatan. Ada barang keperluan hendak dibeli. Keluar pulang, saya bertembung dengan seseorang penjawat awam berstatus ustaz yang namanya sedang meningkat naik.

Suaranya sering kedengaran di corong radio Sabah FM, khususnya selesai azan subuh dan zuhur setiap hari. Saya acah dia yang segak lengkap berbaju melayu : “Bila mau naik jadi pengarah?”

“Sehari lagi”, jawabnya. Menjelang esok atau lusa dia akan diangkat sebagai pengarah JASA yang baru. Katanya dia melepasi interview tempohari. Sebelum ini timbalan pengarah kami juga diura-urakan akan ke sana.

Semasa di Mesir dahulu, saya pernah melihat biliknya dipenuhi dengan kaset-kaset ceramah Anwar Ibrahim, Dr Haron Din dan ramai penceramah lain. Entah dia memang mendengar atau sekadar memerangkap kami.

Walaupun hubungan itu kekal baik dan mesra  sehingga kini atas hubungan pernah bersama-sama di bumi Mesir, kami tetap berhati-hati dengannya kerana cakap-cakap tentang dirinya terlalu banyak.

Kalau betul dia jadi naik, harapnya dia memegang amanah itu dengan jujur dan tulus.

%d bloggers like this: