Ia pertemuan tidak dirancang.

Kebetulan saya ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kelihatan kelibat pemain-pemain bola sepak Malaysia sedang menempah makanan di Mc D. Kata fanatik dengan mereka, tidaklah sampai ke situ. Tetapi kesempatan bertemu, bagus juga merakam kenangan. Khabarnya mereka singgah di Kota Kinabalu selepas pulang dari Taiwan sebelum meneruskan perjalanan ke ibu negara.

Apa pun, selamat berjuang skuad bola sepak kebangsaan Malaysia.