Tag Archive: Sadong Jaya Sarawak


BERALUN-ALUN

Sepanjang perjalanan pulang dari Sadong Jaya Sarawak menuju ke Kota Kinabalu yang memakan masa lebih tiga puluh jam termasuk masa solat, makan dan mengisi minyak,  banyak melihat pemandangan indah dan menarik sepanjang perjalanan. Ternyata Allah SWT menganugerahkan rakyat Sarawak akan bumi yang indah dan subur. Kami berhenti di beberapa lokasi seperti di Kota Samarahan, Serian, ronda sebentar di Seratok, Sibu, Bintulu dan Miri sebelum masuk sempadan Brunei Darussalam.

Hanya dikesali, keasyikan melihat pemandangan indah sepanjang perjalanan merentasi 1300 kilometer itu banyak terganggu dengan suasana jalanraya yang beralun dan berombak. Bak kata DSAI dalam ceramahnya tempohari, berjalan menaiki kenderaan di daratan seperti antara  Serian ke Sri Aman, Sibu ke Bintulu dan lain-lain, tidak ubah seperti menaiki bot merentasi sungai. Banyak jalan tar yang sudah lama yang tidak diturap semula, jika ada pun hanya tampal di sana sini menyebabkan perjalanan kurang selesa.

Yang ‘peliknya’, sebaik masuk ke sempadan negara Brunei Darussalam yang berjiran dengan Miri dan Limbang, jalanrayanya lebih baik dan tidak lagi beralun-alun sedangkan Sarawak dan Brunei berada pada bumi yang sama. Kadang-kadang teringat juga jalanraya di Lintas Kota Kinabalu antara Luyang ke Petagas, jalan yang dikorek sana dan sini oleh pemaju, kemudian kerja-kerja penurapan semula tidak disempurnakan dengan baik  sehingga mengganggu perjalanan dan pergerakan kenderaan.

Khatib : Imam Qaryah (?)

Lokasi : Masjid Darul Islam, Kg Jemukan, Sadong Jaya.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan ( pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Kira-kira 50 pemuda tempatan bersama kekuatan lebih 40 buah motorsikal sekitar Kampung Jemukan dalam DUN Sadong Jaya berjaya dikumpulkan sekitar jam 4 petang tadi untuk program konvoi mengelilingi beberapa buah kampung dalam DUN Sadong Jaya untuk mengedar risalah saat akhir sebelum hari pengundian berlangsung beberapa jam lagi daripada sekarang.

Konvoi itu diuruskan bersama oleh PAS Sabah diketuai oleh Ketua DPPNS Lahirul Latigu dan dibantu oleh pemuda-pemuda tempatan. Lahirul dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas keberanian dan kesungguhan pemuda tempatan menyertai PAS dan konvoi berkenaan. Terdahulu, sebahagian besar mereka telahpun mengisi borang ahli PAS. Beliau menasihatkan semua peserta konvoi menjaga akhlak Islam dan peraturan jalanraya.

Sementara itu pada malam tadi, jamuan BBQ dan tayangan pacak filem ‘Hantu Mak Limah Balik Rumah’ telah diadakan di kampung Jemukan dan dihadiri oleh lebih 100 orang penduduk kampung tanpa mengira usia. Dalam ucapan ringkas, Hishamuddin Sulaiman mengucapkan terima kasih atas sokongan penduduk kampung yang mesra dan ramah serta mengingatkan pengundi agar memilih Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada hari pengundian 16 April 2011.

PAS menerima suntikan semangat menjelang dua hari terakhir di DUN Sadong Jaya apabila menerima kemasukan 341 penduduk tempatan mewakili beberapa buah kampung sekaligus menubuhkan sembilan cawangan baru dalam kawasan Parlimen Batang Sadong. PAS mempunyai kawasannya di sini sejak beberapa tahun lalu. Borang-borang diterima oleh YB Dato’ Dr Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen PAS yang juga AJK PAS Pusat.

Berita harakahdaily :

SADONG JAYA, 15 April: Seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS. Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi.

Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh ketua penaja cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi. Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad.

Ketika ditemui pada majlis itu, beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa. Ini, tambahnya disebabkan kerajaan PBB-BN tidak banyak mengadakan pembangunan untuk rakyat sebaliknya melakukan penindasan seperti merampas tanah rakyat. PAS meletakkan Ketua Pemuda Sarawak, Abang Eddy Abang Fauzi, 34, di Dun ini. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun kalah.

%d bloggers like this: