Tag Archive: Sabah Mesir


Pertemuan diadakan di Sepanggar, sebuah rumah sahabat dan senior kami Ustaz Che’ Nor Mazlan juga alumni Universiti al-Azhar pada tahun-tahun akhir 90an hingga awal 2000an. Rumah baru yang tersergam indah dan menarik hiasan dalamannya.

Beberapa isu dakwah dibincang secara santai tetapi tetap ada unsur ilmu dan akademiknya. Tambahan lagi di kalangan kami yang hadir itu ada yang dikenal dengan sahabat-sahabat yang rajin menelaah ilmu seperti Ustaz Haji Saiful Mukharram, Ustaz Haji Herwan Harun dan Ustaz Abd Razak Hamdin.

Ada beberapa keputusan diambil iaitu agar pertemuan diadakan dari masa ke masa dan secara bergilir tanpa menentukan tempoh atau kekerapan diadakan kerana memandangkan sebahagian sahabat-sahabat yang tinggal berjauhan dan komitmen kerjaya dan dakwah yang pelbagai. Walaubagaimanapun ia adalah pertemuan yang menarik dan berharga.

AlumniBKPSM (1) AlumniBKPSM (2)

KETIBAAN MEREKA

Sumber : http://azlinahabdulgani.blogspot.com/

Hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba juga. Ibarat kegembiraan si ayah dan ibu untuk menerima cahaya mata dan ahli keluarga yang baru sedemikian jugalah halnya dengan kami. Seawal jam 7 pagi , kami berangkat ke lapangan terbang Kaherah untuk menyambut ketibaan mahasiswa/wi baru Sabah, pagi tadi.

Alhamdulillah, semuanya kelihatan baik-baik sahaja. Walaupun jumlah mereka yang menjejakkan kaki ke bumi Kinanah pada tahun ini tidak semeriah tahun sebelumnya, namun kami menerima kehadiran keluarga baru ini dengan tangan terbuka dan gembira.

Esok merupakan hari pertama mereka untuk sama-sama menjayakan program sambutan mahasiswa/wi baru Sabah (SMS) dibawah kelolaan biro akademik dan hal ehwal pelajar (BAHEP) Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir selama dua hari berturut-turut(14 dan 15 Oktober 2011). Kemudian, insyaAllah pada hari ahad (16 Oktober 2011) ini pula mahasiswa/wi baru ini akan menduduki peperiksaan imtihan qabul sebelum mereka memulakan pengajian mereka di dalam fakulti masing-masing.

Didoakan semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat naungan dan berkah dari Allah swt.

ANTARA BKPSM DAN PUM

Saya antara orang yang paling gembira apabila hasrat menemukan pimpinan dan aktivis Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Sabah dengan exco dan ahli Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) yang berlangsung di bilik mesyuarat Masjid Negeri Sabah berjalan lancar sehingga ke tengah malam tadi. Saya utarakan niat awal itu kepada beberapa AJK PUM Sabah dan wakil BKPSM, lalu hasrat itu disambut baik oleh semua.

Objektif kami ialah untuk membuat jaringan awal antara kedua pihak agar sekembalinya mereka dari pengajian di bumi Mesir akan terlibat dalam kerja-kerja dakwah. Bukan semata-mata untuk graduan pengajian Islam bahkan juga untuk yang lain (tanpa menafikan perubatan juga termasuk dalam ilmu Islam). Kelebihan-kelebihan yang mereka miliki seperti kepakaran dalam ilmu perubatan (bagi pelajar perubatan) sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk program dakwah bilhal.

Nasihat-nasihat Ustaz Haji Muchlish yang sangat bermanfaat, sebenarnya bukan hanya untuk tetamu kami daripada kalangan BKPSM, bahkan untuk kami juga yang nakal-nakal ini. Ustaz menasihati dalam banyak hal terutama keperluan orang agamawan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Begitu juga dalam penampilan diri harus dititikberatkan sehingga para ustaz dan ustazah boleh dipercayai orang awam.

Banyak input-input menarik, soal jawab tentang PUM-BKPSM antara kedua-dua pihak dan akhirnya diulas dengan baik sekali oleh Ustaz Haji Muchlish. Program berakhir pada jam 12 tengah malam.

%d bloggers like this: