Tag Archive: Sabah Animal Medical Centre


APEKKU SAKIT

Namanya Apek.

Kami mula membelanya sejak umurnya sebulan pada raya haji tahun 2007. Kini umurnya 2 tahun setengah. Apeklah arnab kami yang mula-mula dan paling saya sayang.

Semalam, saya mengambil sedikit ruang untuk membawa Apek ke Sabah Animal Medical Centre di Damai, Luyang. Ada kuman yang menjangkiti sekitar mata kanannya.

Selepas itu, saya tinggalkan Apek sebentar dalam wad sebelum saya ambil semula lewat petang sekembali dari pejabat. Kasihan pula saya melihatnya ditinggalkan dalam wad haiwan. Sebelah menyebelahnya ada anjing dan kucing.

Sang anjing itu, bising saja dengan salakannya. Hehe..

SAKIT

Semalam saya hantar 2 ekor arnab untuk mendapatkan rawatan di Sabah Animal Medical Centre, Luyang. Sudah disuntik, saya tinggalkan 2 ekor itu di sana dan ambil menjelang petang selesai waktu kerja.

Di Sabah Animal Medical Centre ada bilik wad untuk haiwan yang sakit. Biasanya, kucing dan anjing. Melihat keadaan anjing dan kucing yang sakit itu, kasihan pula melihatnya.

ANJING NENEN

IMG_0022

Pagi-pagi semalam saya ke Sabah Animal Medical Clinic (SAMC) membawa salah seekor arnab yang kurang sihat – badan berkutu dan kaki patah.

Doktor yang bertugas tidak dapat melakukan apa-apa terhadap sendi kaki-paha yang patah itu dan hanya memberikan suntikan untuk membuang kutu yang bersarang di badan dan kepala arnab.

Baru saja hendak merakam gambarnya, doktor kata sudah selesai.

“Kesan kutu akan hilang dalam tempoh 2 minggu”, katanya.

Setahu saya memang kurang dan jarang sekali arnab yang datang menerima rawatan. Baik di SAMC atau di Klinik Jabatan Haiwan di Kepayan.

Jadi, yang banyak masuk keluar ialah binatang bangsa mengiow dan jenis menyalak ini.

Dalam gambar ini ada Plecia, Suzie Yungit dan Bibiana. Mereka pembantu-pembantu klinik sedang menyusukan bayi-bayi anjing yang baru berumur sekitar 3 minggu.

Kata mereka, pemilik anjing ini menghantar bayi-bayi berkenaan untuk dipotong ekornya.

IMG_0031

IMG_0045

%d bloggers like this: