Tag Archive: Roza Roslan


Buku Yang Sudah Dibaca :


Penulis : Muhd Kamil Ibrahim & Roza Roslan

Penerbit : PTS Islamika

Harga : RM14.00  / RM16.00

“Ia bukan isu tandas tetapi bangunlah untuk berqiamullail. Bukankah itu tujuan sebenar kenapa ibadah haji mahu dilaksanakan?”
Kami tidak menyangka terdapat jemaah yang membantah.
“Bagaimana mahu solat malam di Mina, khemah penuh sesak, hendak berdiri pun tidak boleh?”
“Solat dan bermunajat di luar khemah”
“Angin gunung, sejuk. Saya tidak tahan”
“Pakailah Long John, termal atau solat, bermunajat dan berzikir di dalam khemah sambil duduk”
“Khemah sempit, tidak selesa”

Ya benar, secara umumnya ibadah haji tamat dengan tawaf wida’. Persoalannya, apakah motivasi dan inspirasi tersebut mesti terhenti setelah kembali ke tanahair? Tip-tip yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikan luar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilai santai dan bersahaja.

Buku Yang Baru Dibaca :

Penulis : Roza Roslan

Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd

Harga : RM19.90 / RM21.90 (Sabah Sarawak)

Saya mula membaca buku ini sekitar sebulan lalu. Jujurnya, saya tidak berminat pada mulanya. Saya simpan kembali dan hanya membacanya dua hari lalu dalam suasana aidil fitri di kampung halaman. Keseronokan membaca kisah-kisah silamnya menarik minat saya. Sehari setengah saya menyelesaikannya. Mungkin suasana kampung banyak mendorong.

Zaman kami berbeza, tetapi kisah-kisahnya sedikit sebanyak ada persamaannya. Mungkin lebih terasa kerana saya membacanya ketika bercuti di kampung halaman. Penulis tidak sekadar bercerita tetapi menerapkan teladan dan sempadan setiap kisah yang berlaku. Cerita kutu antara yang menyentuh emosi saya. Tersenyum sendiri membaca warkah pertama.

Saya menanti sambungan travelog Puan Roza, ketika di ITM sehingga bertemu cinta dengan Dr Muhd Kamil Ibrahim.

%d bloggers like this: