Tag Archive: Restoran Warisan Ibunda


Tarikh : 25 Disember 2015

Lokasi : Resstoran Warisan Ibunda, WP Labuan

Terima kasih Chef Abdullah Ahmad, atas menu yang begitu lazat sekali.

20151225_201803 20151225_201837 C360_2015-12-25-20-20-36-153 IMG-20151225-WA0131 IMG-20151225-WA0133

Tarikh : 30 Mei 2015

Lokasi : Perumahan LDA Sungai Bedaun

Biasa datang waktu malam. Kali ini kami berziarah waktu tengahari. Kebetulan sahabat saya Chef Abdullah ada di sana, tentulah masakan lebih istimewa. Alhamdulillah dan terima kasih Chef atas masakan yang menyelerakan.

Sejak beliau berkhidmat di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya sehingga kini membuka restoran sendiri, saya tidak pernah kecewa dengan masakan beliau. Sebab itu saya tidak ralat untuk memperkenalkan kepada kawan-kawan!

20150530_144612 20150530_144901 20150530_145336 20150530_145414 20150530_150621 20150530_153628 20150530_154458 20150530_155714

Tarikh : 25 Disember 2014

Lokasi : Jalan Taman Perumahan LDA, WP Labuan

Tanda ingatan dan persahabatan, suka saya mempromosi restoran sahabat kami, Chef Abdullah Ahmad yang berpengalaman dalam bidang koloneri khususnya di sektor perhotelan. Ketika kami berziarah ini, restoran baru dibuka beberapa ketika.

Antara menu menarik ialah nasi arab, nasi ayam pop, ekor masak pedas, pelbagai jenis soto, sup dan tomyam, nasi goreng ikan masin, kambing black papper, ayam gulai minang, ayam pandan, ayam tumis kunyit, lamb chop, chicken chop dan banyak lagi.

Chef Abdullah pernah bertugas sebagai ketua chef di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya Kota Kinabalu sebelum berhijrah ke Labuan ini. Sebelum itu pernah menjadi chef di Hotel Promenade, Magellan Sutera, Sebana Glof & Marina Resort Johor, Hotel Sheraton WP Labuan dan Hotel Sandbay Sandakan.

Beliau juga adalah ahli dan perawat Darussyifa’. Hubungi beliau 012-8186692.

Warisan Ibunda (1) Warisan Ibunda (2) Warisan Ibunda (3) Warisan Ibunda (4) Warisan Ibunda (8) Warisan Ibunda (9) Warisan Ibunda (10) Warisan Ibunda (11)

%d bloggers like this: