Tag Archive: Razman Zakaria


Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/40238-perangkap-ekonomi-jatuhkan-uthmaniyah

RAZMAN ZAKARIA | 04 Mac 2016.

KEGEMILANGAN Islam yang telah dibangunkan Rasulullah SAW bersama para sahabat bermula dari Tanah Hijjaz sehingga berjaya diperluaskan seantero dunia.

Kehebatan Islam terus ditampilkan dengan keadilan untuk melindungi sesiapa sahaja tanpa membenarkan kezaliman berkuasa. Namun pada detik 3 Mac 1924 segalanya menjadi peristiwa duka bagi seluruh umat Islam.

Kecekalan usaha Sultan Abdul Hamid II mampu bertahan menghadapai tuduhan fitnah berkaitan pembunuhan berdarah di Kota Istanbul yang telah dirancang oleh pihak Zionis pada 31 Mac 1909.

Beberapa siri peperangan telah direncanakan Mustafa Kamal Atartuk untuk menggulingkan khalifah dengan kerjasama dari anggota Zionis Antarabangsa.

Maka bermula lakaran detik pedih dalam jiwa umat Islam antaranya menggantikan sekolah agama kepada sekolah sekular dibawah Kementerian Pendidikan bahkan laungan azan ditukarkan ke dalam bahasa Turki.

Antara pengajaran peristiwa hitam ini adalah kerana kelemahan dasar ekonomi apabila  pemulihan semula Ekonomi di Turki telah memberi tekanan kepada Turki Uthmaniyah untuk melakukan pembaharuan dalam pelbagai bidang.

Lebih parah kerajaan Khilafah Uthmaniyyah mengalami hutang yang kronik. Contohnya zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1808 – 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan Eropah.

Misalnya projek jaringan keretapi “Orient Railway” dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana Topkapi. Akibatnya jerat hutang semakin bertambah, bunga hutang yang mencekik menyebabkan Kerajaan Khilafah Uthmaniyah hampir bankrap.

Sultan Abdul Aziz meneruskan pemulihan sehingga empayar tersebut muflis pada 1875 dengan pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran Hutang Awam Kebangsaan Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank Eropah mengawal kewangan Uthmaniyah.

Pada 1876, setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta, hutang yang ditanggung oleh kerajaan Khilafah Uthmaniyyah  ialah melebihi 200 juta  pound Sterling.

Ini membuktikan proses pemulihan dalam bidang ekonomi memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi Khilafah Uthmaniyah  dan akhirnya menghancurkan Khilafah Uthmaniyah.

Umat Islam perlu sedar sejarah ini bukan sekadar tinggalan biasa bahkan untuk membuka jiwa Muslim memahami bahawa usaha menjatuhkan Islam bukan bermula hari ini bahkan sekian lamanya.

Perubahan kehidupan berlandaskan syariat bukan lagi menjadi pilihan bahkan kewajipan untuk mengembalikan satu kehilangan yang pernah berlaku satu ketika dahulu.

Biarpun puluhan tahun berlalu, namun umat Islam masih terus leka dengan kehidupan seakan ia tidak memberi erti kepada Islam. Jangan biarkan Islam dihina dan diracuni budaya yang merosakkan keharmonian Islam sebenar. – HARAKAHDAILY 4/3/2016

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Perak

Tarikh : 23 Mac 2015

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Lid Dakwah wal Imamah, Kg Luat Lenggong Perak

Alhamdulillah dapat berpeluang singgah sebentar di maahad ini yang dipunyai oleh Tuan Haji Razman Zakaria. Suka dapat melihat anak-anak tahfiz di sini asyik dengan al-Quran dan kemudian mendengar tazkirah daripada guru mereka.

Saya sedikit hampa apabila sekian banyak foto-foto yang saya rakam di sini musnah apabila ext harddisc saya diserang virus. Banyak aktiviti pergerakan saya ke Perak kali ini yang tidak sempat dikongsikan kecuali yang di bawah ini saya ada dahulukan siarannya di page fb Abu Nuha Corner.

maahad

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34018-apa-yang-kita-cari-dalam-pas

RAZMAN ZAKARIA | 24 Februari 2015.

Kaum Nabi Nuh alaihissalam mempertikaikan kenabiannya dengan melabelnya sebagai gila, tak masuk akal, kerana membina sebuah kenderaan yang boleh berjalan atas air.

Ingat, Islam tidak berkiblatkan akal manusia yang hanya meletakkan rasional sebagai tikar sejadahnya. Kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah dan merujuk para alim ulama yang mendalami tentangnya.

Kaum Nabi Hud alaihissalam (Kaum Ad) dimusnahkan oleh Allah SWT kerana merasa bangga dengan kekayaan dan kejayaan yang mereka kecapi, lantas menolak ketuhanan Allah yang memberikan segalanya. Apakah kita tidak belajar daripada sirah ini?

Dengan mengulangi perbuatan mereka yang menganggap bahawa kemenangan itu hanyalah dengan pakatan, dan melonggar longgarkan prinsip Islam. Apakah dengan kemenangan sekerusi dua, tetapi tergadai segalanya itu dianggap sebagai kemenangan?

Kaum Thamud (Nabi Soleh alaihissalam) dimusnahkan oleh Allah kerana mereka mencabar kekuasaan Allah dengan menyembelih unta putih, iaitu melanggar arahan Allah.  Apakah manusia hari ini mencabar kuasa Allah dengan melanggar segala arahan-Nya? dan mengetengahkan Islam yang ‘diseleweng’ atas nama ‘moderate’?

Kaum Sodom (Nabi Luth alaihissalam) diterbalikkan negeri mereka kerana memperjuangkan kebebasan tanpa had, bebas berkahwin sesama jantina dan melabel Nabi Luth alaihissalam sebagai seorang yang tidak dapat menerima ‘realiti’ masyarakat. Apakah manusia hari ini tidak takut ancaman daripada Allah kerana memperjuangkan kebebasan tanpa had?

Kaum Yahudi telah membunuh nabi-nabi mereka, kerana enggan mengikut prinsip Islam yang dibawa oleh nabi-nabi tersebut. Apakah manusia hari ini secara halus ‘membunuh’ peranan para ulama serta karekter-karekter mereka? Apakah mereka mahu meniru kelompok Yahudi yang dimurkai oleh Allah sehingga hari kiamat?

Apa yang kita cari dalam PAS? Kepentingan poket kita ataupun Islam itu yang kamu junjung? Apakah kamu mengatakan kamu menjunjung Islam tetapi di dalam hati kamu menyimpan sepenuh kebencian terhadap mereka yang memahami dan mengamalkan Islam serta tangan kamu mencakar cakar merosakkan imej para alim ulama?

Apa yang ulama dapat sekiranya diangkat sebagai pemimpin? Mereka hanya mahukan Islam. Apa yang ulama dapat sekiranya tidak dilantik?

Mereka akan terus menerus melakukan gerak kerja Islam, memberi kefahaman kepada masyarakat siang dan malam.

– Mereka tidak fikirkan balak setelah menang, kerana mereka tahu balak itu tidak mampu memberatkan timbangan amal di akhirat.

– Mereka tidak fikirkan pengaruh manusia kerana mereka mencari Allah dalam perjuangan mereka, bukan pujian manusia yang lidah mereka juga dicipta oleh-Nya.

– Mereka tidak fikirkan wang, kerana mereka tahu wang itu adalah salah satu rezeki daripadaNya, bukanlah satu satunya rezeki.

– Mereka tidak fikirkan kepentingan dunia, kerana mereka bukan menjadikan dunia sebagai destinasi, tetapi dunia cumalah persinggahan ke negeri abadi (akhirat).

Masyarakat lebih berkiblatkan media dan akhbar sebagai sumber yang sahih kononnya, masyarakat berkiblatkan kepada kata-kata wartawan berbanding penilaian-penilaian yang digariskan oleh Islam.

Masyarakat lebih suka mendengar beberapa potongan video berbanding bertemu dengan para ulama mengaji sebaris dua kitab kuning di masjid atau surau.

HARAKAHDAILY 24/2/2015

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Perak.

%d bloggers like this: