Tag Archive: Rasulullah SAW


Buku yang sudah dibaca :

Penulis : Hj Abdul Malik

Penerbit : Darul Nu’man

Harga : RM10.00

Ada orang menganggap, bahawa hidup Rasulullah SAW hanya penuh dengan ketegasan dan keseriusan; tidak henti dengan peperangan demi peperangan. Sedangkan hakikatnya, baginda tidak suka membiarkan sesuatu urusan hidupnya dengan penuh ketegangan sepanjang masa.

Buku ini memaparkan beberapa kisah gurauan baginda bersama ahli keluarga dan para sahabatnya.

DUHAI KEKASIH..

Semoga Allah memberi rahmat kepada Muhammad;

Semoga Allah memberi rahmat dan keselamatan kepadanya.

Wahai Nabi semoga engkau selamat; wahai Rasul semoga engkau sejahtera;

Wahai kekasih semoga engkau selamat; semoga rahmat Allah melimpah keatasmu.

Terbitlah bulan purnama buat kami; lenyaplah bulan-bulan yang lain;

Kami tidak pernah melihat orang lain setampanmu; duhai wajah yang menggembirakan.

Engkaulah matahari engkaulah bulan; engkaulah cahaya di atas cahaya;

Engkaulah penawar dan kekasih, engkaulah penerang segala jiwa.

Wahai kekasih wahai Muhammad, wahai pengantin di hati;

Wahai yang dikuatkan, wahai yang dimuliakan; wahai imam dua kiblat.

Sesiapa memandangmu merasa bahagia; wahai empunya ibu bapa yang mulia;

Telagamu yang jernih lagi nikmat; menjadi tumpuan kami pada hari kiamat.

Segala kerinduan yang kami saksikan; sedang tertumpu kepada dirimu;

Juga awan yang menaungimu; sedang malaikat bersolawat kepadamu.

Pohon kayu datang sambil menangis; merendah diri ketika di sisimu;

Telah berlindung kepadamu wahai kekasihku; di sisimu seekor kijang yang liar.

Ketika keletihan mengundang diri; mereka menyeru agar berangkat;

Ku datangi mereka sedang air mata mengalir; ku katakan : Tunggulah aku wahai penunjukku.

Bebankanlah aku risalah syariat; wahai orang yang mulia lagi dirindui;

Menuju arah lokasi rumah; pada waktu petang dan pagi.

Semua orang di alam ini sangat kasih; kepadamu wahai empunya dahi yang indah;

Mereka semua kasih kepadamu; rindu dan sayang kepadamu.

Pada hakikat kejadianmu; telah zahir perkara yang mengkagumkan;

Engkaulah penutup segala rasul; engkaulah yang pandai bersyukur kepada Tuhan.

HambaMu yang miskin ini sangat berharap; akan ampunan dengan kurniaMu;

Kepadamu aku bersangka baik; wahai pembawa berita gembira dan peringatan.

Bantulah aku, jauhkanlah aku; wahai yang melepaskan dari neraka;

Wahai penolong, wahai pelindung; dalam urusan yang begitu penting.

Hamba yang sengsara bertukar bahagia; dukacita bertukar sirna;

Padamu wahai purnama yang bersinar; untukmu segala sifat keindahan.

Tiada orang yang lebih suci daripadamu; wahai datuk Hasan dan Husain;

Kepadamu Allah memberi rahmat; selamanya sepanjang masa.

Wahai pemilik  kebaikan; wahai yang meninggikan darjat;

Hapuskanlah dosa-dosaku; ampunkan segala kesalahanku.

Wahai Tuhan yang mengampunkan kesalahan; serta dosa yang membinasakan;

Engkaulah yang menutup segala keaiban; juga penghalang segala kesesatan.

Yang mengetahui rahsia dan yang tersembunyi; memperkenankan semua permintaan;

Wahai Tuhan rahmati kami semua, dengan seluruh kebaikan.

Semoga Allah merahmati Ahmad; sebanyak bilangan syair ini;

Ahmad al-Hadi Muhammad, pemilik wajah yang berseri-seri.

MAULID NABI DI SK PULAU GAYA

img_0463Pagi semalam (khamis) lepas saya berkunjung dan berceramah di SK Pulau Gaya sempena sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah. Ini adalah kali kedua saya hadir berceramah atas program yang sama.

Kali pertama saya datang antara tahun 2005 atau 2006. Ketika itu, ceramah diadakan di dalam bangunan sekolah dan dihadiri oleh murid tahun 4-6 sahaja.

img_0396Bagi yang belum tahu, untuk ke sekolah ini perlu menaiki bot sekitar 10-15 minit dan membayar tambang RM1.50 sahaja, melalui terminal di Jesselton Point Kota Kinabalu.

img_0416

img_0431Kali ini pula sambutan berkenaan diadakan di ruang terbuka dan dihadiri oleh semua murid sekitar 1000 orang dan sejumlah 60 guru.

img_0446

img_0465

img_0477

Lebih meriah lagi ialah kehadiran ibu bapa, serta penduduk kampung sekitar sekolah berkenaan. Kehadiran yang ramai dan agak bebas menyebabkan suasana kurang terkawal dan saya sendiri hanya mengambil masa sekitar 25 minit berceramah.

Walaubagaimanapun, saya sendiri merasa seronok hadir ke sana. Terima kasih Ust Azman dan Ust Mazli yang sudi menjemput saya hadir ke sana.

img_0478

img_0484

p4040110Pagi semalam, saya dijemput khususnya oleh Ust Azam  untuk menyertai forum di sekolah mereka.

Forum yang berlangsung sekitar sejam itu berkisar tentang persoalan maulidur Rasul SAW, sejarahnya, bagaimana membuktikan kasih kepada Rasul dalam konteks pelajar dan sebagainya.

p4040113Sebenarnya, selain ketika pertama kali disuruh berkuliah di Masjid Negeri beberapa tahun lalu, seperti itu jugalah perasaan saya kali ini. Rasa berdebar dan bimbang yang amat sangat.

Fikiran terasa kosong, walaupun tidak terlalu susah persoalannya, sehingga di dalam kereta menuju ke lokasi. 

Tambahan lagi saya sangat menghormati dan menyanjung Ust Azam selaku moderator dan Ust Hj Md Shahir Ismail selaku sahabat panel yang tentunya kedua mereka lebih berpengalaman dalam arena forum dan ceramah.

Sementara Ust Shahir membawakan beberapa kisah antara pengalaman isterinya bertarung di wad bersalin selama 11 jam dan dikaitkan pula dengan solawat dan azan berjamaah; saya pula antara lain mengutarakan sedikit gambaran sekiranya Rasulullah datang berkunjung ke rumah kita.

Rancangan tv apa kita tonton, apa koleksi vcd yang kita ada, apa buku atau majalah yang kita baca, bagaimana kita menghiasi rumah dengan patung-patung, sebagai satu perbandingan, adakah kita benar-benar cinta Rasul?

p4040117Walaubagaimanapun, alhamdulillah saya sendiri mendapat pengalaman yang sangat berharga pada kali ini dengan berkongsi pentas dengan kedua-dua sahabat dan guru yang saya hormati itu.

Semoga program seumpama ini ada manfaatnya kepada semua. Terima kasih atas undangan khusus kepada Puan Pengetua, pengarah program, ust Azam, semua guru-guru dan pelajar yang sporting pada pagi tadi.

Oh, tidak lupa sepupu saya, Datin Noraini Zakaria yang bertugas di sekolah ini. Lama nda jumpa…

p4040118

p4040119

CERAMAH DI WISMA LHDN

p3270020Sebagaimana dijanjikan, saya berada di bangunan berkenaan jam 8.25 pagi untuk menyampaikan ceramah tentang Maulidur Rasul SAW.

p3270023Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah satu agensi kerajaan yang sejak beberapa tahun lepas begitu aktif mengadakan program seumpama ini.

Di telinga saya, Badan Kebajikan Islam mereka begitu harum dengan pelbagai aktiviti untuk meransang ruh Islami ke dalam diri warga LHDN.

Dalam ceramah sekitar 70 minit itu, saya memulakan dengan persoalan dan perbandingan dengan kita yang sering mengakui sebagai ummat baginda SAW.

Bagaimana Islam di dalam diri kita, di dalam rumah, di bilik dan sebagainya, adakah sesuai dengan ajaran Nabi SAW? Bagaimana kalau Nabi SAW berkunjung ke rumah kita, melihat patung di almari perabot kita, melihat apa cerita kita tonton, apa vcd yang kita simpan dan koleksikan, apa buku yang kita baca?

p30900421Cukupkah dengan hanya saban tahun buat sepanduk, berarak, tanda cinta kepada Nabi?

Dalam masa yang sama, saya tidak menafikan kepentingan dan  syiar yang ada ketika perarakan bersepanduk, dengan adanya sikap kerjasama, toleransi, kesatuan dan sebagainya.

Bahkan sambutan maulid itu menyebabkan orang bukan Islam mengetahui bahawa hari itu adalah sambutan kelahiran Nabi akhir zaman.

Saya teringat kisah Islamnya Hj Nic bahawa antara asbab keislamannya ialah apabila melihat umat Islam berarak mengelilingi kota dengan gembira sambil membawa sepanduk dan melaungkan ucapan yang tidak difahaminya (iaitu bersolawat).

p3270024Demikian sedikit kepentingan menyambut maulid Nabi, dan tidak pula sekadar itu dan tidak habis setakat itu.

Akhlak Nabi SAW yang diibaratkan al-Quran bergerak itu, mesti diteladani sama ada ketika berjalan, berdiri, duduk; ketika di rumah, di masjid, di pasar, bersama keluarga, sahabat-sahabat, atau orang bukan Islam dan sebagainya.

Kepada Badan Kebajikan Islam khusus Encik Ismail Yusuf, dan hadirin  sekitar 60 orang itu, terima kasih atas undangan.

 

p3270025

UST YUSOF EMBONG DI SPAN

p32500321Alhamdulillah, dengan notis yang diberikan oleh Ust Zulhazmi Osman hanya 24 jam, saya bersyukur kehadrat Allah dan berterima kasih kepada Badan Kebajikan Islam SPAN yang sudi memberi laluan dan ruang kepada Ust Yusof menyampaikan tazkirah ringkas, sekitar sejam cuma di bilik mesyuarat mereka tengahari semalam.

Sasaran kehadiran 20 orang juga nampaknya dapat diatasi oleh pihak BKI apabila kehadiran hampir 30 orang.

Nampaknya semua yang hadir berpuas hati dengan penyampaian Ust Yusof yang tidak lekang dengan penggunakan tayangan lcd. Audien bukan sahaja boleh mendengar bahkan membaca sekali nota-nota di layar hadapan mereka.

Tajuk berkenaan Rasulullah SAW juga dikupas dengan baik, bukan mendedahkan tentang diri Rasulullah SAW yang banyak disentuh penceramah lain, tetapi lebih kepada tanggungjawab dan kewajiban seorang muslim terhadap Rasul itu sendiri.

p3250039

p3250042

%d bloggers like this: