Tarikh : 12 Disember 2016
Lokasi : Kg Lok Urai Pulau Gaya Kota Kinabalu
Aktiviti : Khatan Nusantara, Daftar Pemilih, Ziarah Kebajikan & Edar Harakah
Tarikh : 17 Februari 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 – 11 pagi
Lokasi : Pulau Gaya
Peserta : 30 orang
Kehadiran penduduk tempatan : 30-40 orang
Penganjur : PAS Kawasan Putatan
Tetamu : YB Datuk Paduka Hj Husam Musa, Naib Presiden PAS
Aktiviti : Ziarah, menyampaikan sumbangan, penyerahan borang masuk PAS
***
Sumber :Â http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16788-pas-tubuh-cawangan-baru-di-pulau-gaya
PUTATAN: PAS Kawasan Putatan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan cawangan di Pulau Gaya pada hari ini. Penyerahan borang keahlian PAS dilakukan oleh wakil penduduk, Tuan Ahmadi Munaf kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebagai simbolik penubuhan cawangan PAS Pulau Gaya.
Sebelum itu, dalam ucapan  Tuan Ahmadi Munaf berjanji akan memberi penerangan ‘apa itu PAS’ kepada masyarakat setempat agar misi dan visi perjuangan PAS dapat difahami oleh penduduk Pulau Gaya. Sokongan yang diberikan daripada  ahli keluarga beliau banyak membantu untuk menubuhkan cawangan PAS di Pulau Gaya.
Seterusnya, pimpinan PAS Negeri Sabah bersama Husam mengambil kesempatan untuk bertanya masalah yang dihadapi oleh penduduk Pulau Gaya, antara masalah mereka adalah ketiadaan pusat kesihatan (klinik) di kawasan tersebut. Bekalan air juga menjadi masalah utama penduduk yang terpaksa membeli air dalam tong dari Kota Kinabalu. Selain itu, penduduk Pulau Gaya juga berharap agar madrasah ta’lim dan kelas fardu ‘ain dapat diadakan di kampung mereka.
Di akhir majlis, pimpinan PAS Negeri Sabah bersama Husam menyampaikan sumbangan beras kepada masyarakat.
Dua buah bot dengan kekuatan anggota 14 orang aktivis dan lebih 60 kampit beras sempat kami hantar ke dua lokasi pada hari ini. Kami berkumpul di jeti berdekatan Masjid al-Aman Pasar Sinsuran sekitar jam 10 pagi dengan 3-4 buah kenderaan masing-masing. Alhamdullillah, kedua-dua rakan yang bertugas di Pulau Gaya, Ustaz Azman dan Haji Bob melakukan sedikit persediaan seperti tempahan bot laju serta menyediakan penerima seramai 30 orang di sini.
Memang, jika diikutkan 30 penerima itu terlalu sedikit dibandingkan kehidupan masyarakat di sini yang rata-ratanya hidup susah. Saya tidak tahu jumlah penduduk di pulau ini, tetapi saya dimaklumkan jumlah pengundi lebih daripada 2000 orang. Namun demikian diajar agama, jika tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Dalam konteks ini, kalau tidak mampu menyumbang banyak, jangan langsung tidak menghulur sumbangan.
Ketibaan kami disambut baik oleh para penerima yang bersiap menunggu kami di lokasi. Ada yang datang bersama-sama dengan keluarga dan anak-anak kecil. Alhamdulillah, majlis ringkas dan santai diadakan sekadar di jeti dengan pengisian tazkirah oleh Ustaz Mad, penyampaian sumbangan dan sesi bergambar. Insya Allah, jika tiada aral melintang, di hati saya mahu datang lagi untuk menghulur sumbangan. Jika tidak sempat dalam Ramadhan, lepas Ramadhan pun kami akan datang lagi.
Undangan disampaikan oleh Ustazah Qurratul Ain Hj Muchlish sejak awal Ramadhan lagi. Kak Ain bertugas di sini sejak beberapa tahun lalu. Menjadi kebiasaan saya menerima satu undangan lebih-lebih lagi kalau lokasi itu tidak pernah saya kunjungi. Saya teruja hadir ke sekolah ini, walaupun jiran mereka iaitu SK Pulau Gaya sudah beberapa kali mengundang.
Sekitar jam 9 pagi saya tiba di jeti dan siap menanti seorang wakil sekolah berkenaan. Kami bersama-sama menaiki bot sekolah menuju ke Pulau Gaya yang hanya mengambil masa sekitar 5-6 minit sahaja.
Ceramah di adakan di ruang terbuka sekolah dan dihadiri oleh pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Saya difahamkan sekolah ini beroperasi pada tahun 1989 dan kini mempunyai 720 orang pelajar. Sebahagian besar pelajar tinggal di pulau ini sementara ada sebahagian datang dari tanah besar dan mereka datang seawal pagi menaiki bot sekolah dari jeti Jesselton Point.
Saya menceritakan beberapa ayat al-Quran dan hadith Rasulullah SAW tentang puasa dan nuzul al-Quran serta mengaitkan hadith-hadith berkenaan dalam konteks sebagai pelajar. Contohnya tentang isu disiplin (la’allakum tattaqun), kesungguhan menuntut ilmu (iqra’) dan sebagainya. Saya seronok hadir ke sini apatah lagi melihat tidak banyak karenah pelajar sepanjang ceramah berlangsung.
Selain menyampaikan ceramah, kesempatan hadir ke sini juga saya manfaatkan untuk menyerahkan sumbangan segulung sajadah untuk kegunaan surau sekolah. Sajadah itu adalah hasil sumbangan umat Islam yang saya kumpulkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah. Sajadah ini adalah salah satunya di samping sumbangan ke sekolah dan lokasi yang lain.
Terima kasih atas undangan yang diberikan. Terima kasih buat Tuan Pengetua Cikgu Che Rose Bakar, orang Perlis yang sudah lama merantau di Sabah. Terima kasih juga buat Panatia Agama Islam dan semua guru-guru yang mengajar di sini. Alhamdulillah, saya mendapat beberapa lagi kenalan baru. Semoga bertemu lagi.
Daripada lensa Abu Nuha Corner, Airasia 9.45 pagi 9 Okt 2009 (Jumaat)
“Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur.
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.
Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.
Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Surah an-Nahl 14-18.
Â
Semalam saya menerima sms dan emel daripada beberapa tenaga pengajar di SK Pulau Gaya. Saya hanya menyampaikan rintihan mereka yang berpendapat bahawa masalah ini sudah berlarutan tanpa penyelesaian konkrit.
Aduannya tentang masalah keputusan air yang dialami oleh warga sekolah berkenaan yang mempunyai 1160 orang murid.
Walaupun berada di pulau, tetapi ia terletak dalam daerah Kota Kinabalu, dan seharusnya kejadian itu tidak sepatutnya berlaku. Guru-guru beragama Islam dikhabarkan terpaksa membeli air untuk berwudhu’ bagi menunaikan solat.
Murid-murid yang ramai pula yang kebanyakan anak orang susah, terpaksa MEMBUANG AIR TANPA AIR. Hasilnya, tandas berbau busuk dengan aroma najis yang menyakitkan mata dan hidung.
Pelik juga, di sekitar sekolah banyak tangki-tangki besar berwarna biru terpacak di sana-sini menjadi perhiasan sekolah.
Menurut maklumat, sudah seminggu perkara ini berlarutan. Bahkan ia bukan baru sekali, tetapi untuk tahun ini sahaja sudah 4 hingga 5 kali berlaku. Setiap kali masalah itu berlaku, ia berlarutan sekitar seminggu lamanya.
Jiran mereka, SMK Pulau Gaya tidak mengalami masalah sedemikian kerana diberitakan pengurusan cekap sekolah berkenaan mengurus dan mengatur masalah air.
Untuk rekod, Pulau Gaya termasuk dalam DUN Tg Aru, Parlimen Putatan.