Tag Archive: PTS Islamika


KAEDAH MERAWAT SANTAU

Buku yang baru dibaca :

santau-240x358

Penulis : Dato’ Dr. Haron Din, Mokhtar Kassan & Azizan Ramly

Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd

Harga : RM17.00 / RM19.00

Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat khususnya di Malaysia. Walaupun teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berleluasa. Masyarakat pula menjadi keliruapabila mahu mendapatkan penyembuhan, antara berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat.

Saban tahun, semakin ramai pesakit datang bertamu, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan santau, sejak tahun 1980-an. Darussyifa’ sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia.

Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah ikhtiar yang dilakukan demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya Allah s.w.t. juga menyembuhkan setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim a.s. dalam surah As-Syu’arak ayat 80 yang bermaksud, “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.”

KUASA IQRA

Buku yang baru dibaca :

Penulis : Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri (Phd)

Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd

Harga : RM12.00 / RM14.00

“Sesiapa yang ketika membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencinta ilmu. Perbelanjaannya tidak akan bermanfaat, sehingga dia lebih mengutamakan membeli buku.

Sepertimana seorang Arab Badwi yang lebih mengutamakan susu untuk kudanya berbanding keluarganya. Hingga ia berharap memperoleh ilmu seperti halnya orang Arab tadi mengharapkan kudanya.” (Al-Jahiz, ulama dan pakar ilmu zoologi pertama dalam Islam)

Bab Pertama  Ringkasan Tafsir Ayat 1 hingga 5 Surah al-Alaq

Bab Kedua  Kefahaman Mengenai Ayat 1 hingga 5 Surah al-Alaq

Bab Ketiga  Faedah dan Cara Pembacaan Berkesan

Bab Keempat  Tip-Tip dan Galakan Minat Membaca

Bab Kelima  Sejarah Tokoh yang Suka Membaca

Bab Keenam  Cara dan Minat Ulama dalam Membaca

Bab Ketujuh  Mutiara Kata Ulama Berkenaan Membaca dan Menuntut Ilmu

Bab Kelapan  Teknik dan Kemahiran Membaca Berkesan

Bab Kesembilan  Awasi Empat Perkara Ketika Membaca

Bab Kesepuluh  Sumber Rujukan Ilmu-Ilmu Islam

Bab Kesebelas  Bahan Bacaan yang Ditegah

Bab Kedua belas  Perpustakaan Terkenal di Serata Dunia

Bab Ketiga belas  Hasil Karya Penulis

Penutup 

Bibliografi 

Buku Yang Baru Dibaca :

Penulis : Ustaz Azhar Idrus

Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd

Harga: RM 15.00 / RM 17.00

Buku ‘Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa’ menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya (secara mudah dan ringkas) kepada tuan puan.

KANDUNGAN Bab Judul Bab Isi Kandungan Prakata Penyusun Prakata Penulis 1 Taharah • Minyak Wangi Tanpa Alkohol 2 • Hukum Kencing Tidak Lawas 2 • Cara Mandi Wajib 3 • Membersihkan Karpet Masjid Yang Terkena Air Kencing4 • Mandi Junub Atau Mandi Wajib 5 • Perbezaan Air Mani Dan Air Mazi 5 • Penggunaan Botol Arak 6 • Samak Jaket Kulit Khinzir 7 • Bawa Lori Najis 7 • Kasut Berkulit Babi 8 • Kemeja Sutera Campuran 8 • Samak Kereta Terkena Anjing 9 • Adab Masuk Tandas 10 • Kencing Berdiri 11 • Makanan Dimasuki Semut 11 • Membersihkan Barang Bundle 12 • Bangkai Dalam Air 12 • Veterinar Memegang Anjing 13 • Mentayamumkan Mayat 13 • Berkhitan Bagi Kanak-Kanak Perempuan 14

2 Wuduk • Berwuduk Dalam Keadaan Telanjang 16 • Berwuduk Dalam Keadaan Tangan Bersimen 16 • Ukuran Mata Kaki Dalam Wuduk 17 • Mandi Wajib Tanpa Wuduk 17

3 Solat • Azan Sebelum Masuk Waktu Solat 20 • Azan Subuh Dua Kali 20 • Perbezaan Waktu Solat 21 • Waktu Solat Di Negeri Orang 22 • Keliru Arah Kiblat Ketika Dalam Gua 23 • Tempat Niat Solat 24 • Bacaan Dalam Solat 24 • Sukar Melafazkan Bacaan-Bacaan Solat 25 • Memejamkan Mata Ketika Solat 25 • Bacaan Pengganti Basmalah 26 • Menggantikan Imam Yang Batal Solat 26 • Qada (Menggantikan) Solat 27 • Dua Jemaah Dalam Satu Masjid 27 • Menggerakkan Jari Semasa Tahiyat 28 • Solat Hormat Waktu Dalam Penerbangan 29 • Solat Bersama Anak Bawah Umur 31 • Membaca Doa Qunut 31 • Meletak Tangan Di Atas Paha Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud 32 • Kerap Tertinggal Solat Subuh 33 • Bercakap Ketika Khutbah 33 • Kurang Faham Mengenai Solat Jamak dan Qasar 34 • Mendengar Khutbah Jumaat Sambil Mengambil Nota 36 • Solat Jumaat di Negara China 36 • Solat Zuhur Wanita Uzur pada Hari Jumaat 37 • Solat Sunat bagi Menampung Solat Fardu 37 • Niat Solat Tahajjud 38 • Bilangan Sujud Sajadah 39 • Solat Sunat Taubat 39 • Waktu Luput Solat Sunat Duha 40

4 Puasa • Korek Hidung Semasa Berpuasa 42 • Hukum Berkumur dengan Lesterine Pada Siang Bulan Puasa 42 • Masuk Air Sebab Sakit 44 • Ganti Puasa 44 • Mengeluarkan Air Mani dengan Sengaja Di Bulan Puasa 45 • Fidyah Solat dan Puasa untuk Ibu yang Meninggal Dunia 46 • Puasa di Bulan Rejab dan Syaban 47

5 Zakat • Kewajipan Zakat ke atas Remaja 50 • Orang Tua Menerima Zakat 50

6 Haji dan Umrah • Menunaikan Haji Dalam Keadaan Berhutang 54 • Mencium Hajarul Aswad Selepas Tawaf 55 • Upah Haji untuk Ibu 56

7 Aurat • Aurat Menantu 58 • Aurat di dalam Televisyen 58 • Melihat Aurat Lelaki 59 • Aurat di Laman Rumah 59 • Aurat Lelaki 60 • Aurat Di Hadapan Bukan Islam 61 • Hukum Buka Baju dan Memakai Seluar Pendek 62

8 Jual Beli • Jual Beli Barang Lama 66 • Jual Beli Binatang 67 • Loan (pinjaman) Kereta 68 • Peraduan 68 • Ambil Barang Orang Bukan Islam 69 • Claim (Tuntutan Semula) 70 • Bersedekah Dengan Wang Haram 71

9 Nikah dan Kahwin • Hukum Suami Ambil Duit Isteri 74 • Tidak Mahu Berkahwin 74 • ‘Couple’ (berpasangan) 75 • Ibu Bapa Memilih Pasangan Hidup Untuk Anaknya 76 • Isteri Solehah 77 • Ingin Tahu Jumlah Isteri Nabi 79 • Suka Kepada Perempuan 80 • Nikah Gantung 81 • Hukum Zina Sebelum Kahwin 81 • Kelahiran Anak dan Belah Mulut (Tahnik) 82 • Pahala Bagi Perempuan 83 • Ambik Anak Angkat 84 • Ingin Bayi Comel 85 • Pewaris Gugurkan Janin 86 • Hubungan Dengan Bekas Bapa Tiri 87 • Kehendak Isteri dan Kuliah Jumaat 88 • Jilat Kemaluan Isteri 89 • Oral Seks 90 • Berjimak Pada 1 Syawal 90 • Keliru Sentuh Air Mani 91 • Krisis Rumah Tangga 91 • Cerai Talak Tiga 92 • Hukum Suami Keluar Malam 94 • Berkahwin dengan Amanah Ibu 94 • Amanah Tidak Mencukur Rambut Anak 95

10 Al-Quran • Membeli al-Quran 98 • Hukum Terkentut Sewaktu Membaca al-Quran 98 • Hukum Meletakkan al-Quran di Kepala 99 • Hafaz al-Quran 99 • Orang Kafir Memegang al-Quran 100 • Wanita yang Memotong Badannya Sendiri 101 • Gantung Ayat al-Quran 102 • Hukum Wanita Membaca al-Quran 102 • Mengubah Diri dengan al-Quran 103 • Hukum Membaca Ayat al-Quran di dalam Tandas 104

11 Halal dan Haram • Hukum Merokok 106 • Halal Ataupun Haram Sarang Burung 107 • Hukum Onani 107 • Meluruskan Rambut (Rebonding) 108 • Hukum Upah Sembahyang Jenazah 108 • Hukum Wanita Memakai Wangian 109 • Hukum Lelaki Memakai Cincin Suasa 110 • Hukum Bekerja di Kilang Percetakan Akhbar 111 • Hukum Memakai (braces) Gigi 112 • Mengeluarkan Fatwa 112 • Membuat Ukiran Khat 113 • Halal Atau Haram Makan Kucing 114 • Hukum Makan Keldai 115 • Hukum Bayar Wang Pinjaman Ceti 115 • Hukum Jual Lintah 116 • Bantal Bulu Angsa 117 • Hukum Memakai Tali Leher 117 • Bertanya Khabar dan Waalaikumsalam 118 • Lelaki Berinai? 118 • Kelebihan Buluh Perindu 119 • Hukum Bunuh Cicak 120 • Memakai Baju Berlogo Carlsberg 121 • Kubur Campuran Islam dan Kafir 122 • Hukum Mengunjungi Tempat Rekreasi Hiburan 123 • Hukum Pergi ke Rumah Kawan Perempuan Pada Hari Raya 124 • Menyimpan Bahan Lucah 125 • Hukum Membela Gecko 125 • Hukum Bekerja dengan Majikan Yang Fasik dan Kafir126 • Video Seksaan Kubur 127 • Mendengar Ceramah Perempuan 127 • Hukum Bermesej (SMS) 128 • Hukum Berkongsi Bekas Minuman 128 • Hukum Pertandingan Ayam Serama dan Memancing 129 • Hukum Mengungkit 130 • Hukum Melawat Zoo 130 • Melanggar Sumpah 131 • Hukum Melihat Jenazah 131 • Akikah Orang Dewasa 132 • Status Syahid Pengebom Bali 132 • Menjawab Salam SMS 133 • Makna Jihad 133 • Nasihat Kakak 134 • Tali Pengikat Jenazah 135 • Boleh Percaya atau Tidak 135 • Ciri-Ciri Orang Fasik 136 • Wali Fasik 136 • Hukum Menggunakan Umpan Katak dan Anak Ikan 137 • Mencukur Bulu Roma 138 • Hukum Memakai Celak 139

12 Isu Semasa • Hukum Memakai Sutera 142 • Salam Bukan Islam 143 • Terjumpa Barang Kemas 143 • Menggantung Gambar Sarjana Islam 144 • Fatwa Memakai Gelang Kesihatan 145 • ‘Insyaallah’ Itu Satu Janji 146 • Hidangan Arak di Hotel 146 • Pekerjaan Memasang CCTV (kamera litar tertutup) 147 • Mencuri di Pasar Raya 148 • Hijab Antara Pelajar Perempuan 149 • Hukum Beri Salam Ketika Sedang Makan 150 • Pemakaian Niqab (Purdah) 150 • Bawa Telefon Bimbit Perisian al-Quran 152 • Menggunakan Pinggan di Restoran 152 • Mengaji Atas Kubur 153 • Menghias Kubur 154 • Sedekah 154 • Bermain Snuker 155 • Hukum Mencium Tangan Semasa Bersalam 156 • Kesucian Masjid 156 • Pakai Topi (Cap) 157 • Hukum Menonton di Pawagam 158 • Pembuatan IVF( Bayi tabung uji) 158 • Memakai Gelang Kaki 159 • Mesin Pakaian Basuhan Automatik 160 • Adab Memakai Cincin 161 •Vaksin Daripada Binatang Haram 161 • Doktor Lelaki Menyambut Bayi 162 • Hukum Urut Zakar 162 • Majlis Makan Malam 163 • Menyimpan Janggut 163 • Perbezaan Sunni dan Syiah 164 • Mubahallah 165 • Lukisan Lucah 165 • Bermain Gitar 166 • Mengumpat Orang Bukan Islam 168 • Tuntutan Kerja Lebih Masa (Overtime) 168 • Meminta Restu 169 •Kematian: Mayat Budak 169 • Fitnah Kehidupan, Kematian dan Kubur 170 • Memakai Pakaian Dipinjam 171 • Pelajar Ponteng 171 • Pertandingan Futsal 172 • Golongan Syed dan Syarifah 173 • Minyak oh Minyak 174 • Membela Binatang Peliharaan 175 • Doa dan Nyanyian 176 • Mengampu Majikan 177 • Orang Bukan Islam Melafazkan Tasbih 177 • Wanita Terlanjur Keliru 178 • Hukum Rotan 179

Buku Yang Sudah Dibaca :


Penulis : Muhd Kamil Ibrahim & Roza Roslan

Penerbit : PTS Islamika

Harga : RM14.00  / RM16.00

“Ia bukan isu tandas tetapi bangunlah untuk berqiamullail. Bukankah itu tujuan sebenar kenapa ibadah haji mahu dilaksanakan?”
Kami tidak menyangka terdapat jemaah yang membantah.
“Bagaimana mahu solat malam di Mina, khemah penuh sesak, hendak berdiri pun tidak boleh?”
“Solat dan bermunajat di luar khemah”
“Angin gunung, sejuk. Saya tidak tahan”
“Pakailah Long John, termal atau solat, bermunajat dan berzikir di dalam khemah sambil duduk”
“Khemah sempit, tidak selesa”

Ya benar, secara umumnya ibadah haji tamat dengan tawaf wida’. Persoalannya, apakah motivasi dan inspirasi tersebut mesti terhenti setelah kembali ke tanahair? Tip-tip yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikan luar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilai santai dan bersahaja.

Penulis : DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd

Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al-Baqarah:185)

Isi Kandungan : 1. Selamat Datang Ramadan 2. Apa Itu Puasa? 3. Sejarah Puasa 4. Suai Kenal Ramadan 5. Banyaknya Kelebihan Ramadan 6. Rahsia Puasa Ramadan 7. Hikmah Puasa 8. Peristiwa Besar pada Bulan Ramadan 9. Puasa Daripada Perspektif Kesihatan 10.Puasa Daripada Perpektif Psikologi 11.Bagaimana Cara Berpuasa? 12.Mengenali Puasa Wajib 13.Perkara Penting Sebelum Berpuasa 14.Ganjaran Bonus 15.Doa Orang Berpuasa 16.Apa yang Membatalkan Puasa? 17.Puasa Ganti 18.Kesimpulan: Puasa Dan Latihan Diri

Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah tokoh ulama, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan bekas Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999-2004. Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1947 di Kampung Marang, Terengganu.

Info Penulis :

Beliau mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejak ke Sekolah Agama Marang. Selepas tamat pengajian di sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau juga mendapat pendidikan agama, Bahasa Arab dan politik daripada ayahnya sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila. Selepas tamat pengajian di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan memperolehi ijazah B.A Syariah seterusnya ijazah M.A di Universiti al-Azhar, Mesir.

Berbekalkan laptop peribadi, beliau aktif menulis buku, artikel, khutbah termasuk laman web dan blog. Antara karya beliau adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada dan Qadar, Islam dan Demokrasi, Ramadan: Tetamu yang Dirindui, Islam: Adil untuk Semua, Bagaimana Islam Memerintah Negara, dan banyak lagi. Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato’ Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.

Buku Yang Baru Dibaca :

Penulis : Roza Roslan

Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd

Harga : RM19.90 / RM21.90 (Sabah Sarawak)

Saya mula membaca buku ini sekitar sebulan lalu. Jujurnya, saya tidak berminat pada mulanya. Saya simpan kembali dan hanya membacanya dua hari lalu dalam suasana aidil fitri di kampung halaman. Keseronokan membaca kisah-kisah silamnya menarik minat saya. Sehari setengah saya menyelesaikannya. Mungkin suasana kampung banyak mendorong.

Zaman kami berbeza, tetapi kisah-kisahnya sedikit sebanyak ada persamaannya. Mungkin lebih terasa kerana saya membacanya ketika bercuti di kampung halaman. Penulis tidak sekadar bercerita tetapi menerapkan teladan dan sempadan setiap kisah yang berlaku. Cerita kutu antara yang menyentuh emosi saya. Tersenyum sendiri membaca warkah pertama.

Saya menanti sambungan travelog Puan Roza, ketika di ITM sehingga bertemu cinta dengan Dr Muhd Kamil Ibrahim.

TRAVELOG SYAHADAH

Buku Yang Sudah Dibaca :


Penulis : Muhammad Rasyidi Abdullah

Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd

Harga : RM14.00 / RM16.00 (Sabah Sarawak)

Lahir dalam keluarga yang beragama Kristian tanpa pegangan yang kukuh mahu pun suatu petunjuk atau panduan untuk menempuhi asam garam kehidupan benar-benar mengajar aku erti kesabaran, mujahadah dan menghayati prinsip-prinsip agama setelah memeluk Islam. Selama 22 tahun saya hidup dalam kegelapan jahiliah. Terlalu banyak onak duri yang pernah saya lalui dan tempuhi. Allahu Akbar… betapa hebatnya dan sempurnanya syariat Islam sehingga mampu mengubah seluruh kehidupan saya.

Berjalan di atas muka bumi Allah demi menyambung tugas para Nabi dan para Rasul. Ia bukannya suatu pilihan. Tetapi tugas ini merupakan kewajiban bagi setiap individu Muslim. Cuma, di sana terdapat perbezaan dari sudut uslub dakwah mengikut kemampuan, situasi dan tempat. Apa pun, tugas ini perlu dititikberatkan bagi tiap-tiap individu walau apa pun profession dan bidang yang diceburi. Ia merupakan sumbangan kita kepada Islam yang kita anuti dan yakini.

Golongan seperti kami terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan di awal keIslaman. Disisihkan keluarga, saudara mara, kawan-kawan bahkan orang tersayang, merupakan saat yang amat sukar bagi kami. Mengubah landskap kehidupan jahiliah kepada taat dalam ajaran Islam amat memerlukan kesabaran dan mujahadah yang tinggi.

Ketika itulah kami amat memerlukan bimbingan, sokongan dan bantuan dari pihak berwajib mahupun individu yang prihatin. Mudah-mudahan coretan kisah suka duka perjalanan hidup yang saya rakamkan di dalam Travelog Syahadah ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada pembaca, terutamnya kepada kalangan Melayu Islam yang berada di dalam dilema,

1. Dilema antara bangsa Melayu dan agama Islam

2. Dilema antara adat dan adab.

3. Dilema antara syariat Islam dengan jahiliah.

4. Dilema antara rahmat dan laknat.

Mudah-mudahan buku ini memberi kesedaran kepada pembaca khususnya remaja yang masih tercari-cari apa itu erti sebuah kehidupan. Menyingkap rahsia bagaimana Islam mampu mengubah kehidupan seorang remaja yang pernah melalui zaman-zaman jahiliah. Kisah suka duka di perantauan, saat-saat berjinak-jinak dengan Islam dan detik-detik sukar ketika terpaksa meninggalkan kehidupan yang serba-serbi dalam kemewahan dan glamour. Semata-mata kerana ingin memeluk dan mendalami Islam setelah beberapa kali Allah memberikan petunjuk.

Buku Yang Sudah Dibaca :

Penulis : Zamri Zainal Abidin

Penerbit : PTS Islamika

Harga : RM18.00 / RM20.00

Umumnya apabila tiba bulan Ramadan, sebahagian umat Islam yang berpuasa lebih banyak berehat dan melakukan aktiviti ringan. Hakikatnya, dalam sejarah bulan Ramadan, banyak peristiwa yang menuntut keringat dalam memenangi perang besar dan banyak juga sejarah umat Islam banyak mencipta kemenangan dan kejayaan besar dalam bulan Ramadan.

Lebih menarik apabila majoriti kemenangan berlaku hampir dengan kejadian berlakunya malam Lailatul Qadar. Peristiwa bersejarah Ramadan menghimpun kejadian-kejadian besar yang berlaku dalam bulan Ramadan. Turut dimuatkan tarikh penting, gambar, peta dan ilustrasi bagi membantu pemahaman pembaca.

17 Ramadan 10 SH: Al-Quran Diturunkan

17 Ramadan 2H: Perang Badar

Ramadan/Syawal 6H: Persiapan Perang Khandak

20 Ramadan 8H: Pembebasan Makkah

25 Ramadan 9H: Penghancuran Patung Sembahan

9 Ramadan 16H: Perang Qadisiyah, Parsi

9 Ramadan 92H: Pembebasan Andalus, Sepanyol.

22 Ramadan 248H: Perang Salib, Pembebasan Palestine

15 Ramadan 658H: Perang Jalut, Kekalahan Tentera Mongol

10 Ramadan 1390H: Perang Arab Israel,Pengunduran dari Israel dari Mesir.

%d bloggers like this: