Tag Archive: PRU 13


1. Dr Haron Din 2. Ust Azizan 3. Azmin Ali 4. Nik Abdul Aziz 5.Abdul Hadi Awang 6. DSAI 7. Salahuddin Ayub 8. Husam Musa 9. TITM 10. Riduan Md Nor 11. Nasrudin Tantawi

PRU 13, UMNO TUMPAS?

Buku yang baru dibaca :

Penulis : Zainal Abidin Ahmad

Penerbit : Gerakbudaya Enterprise

PRU ke-13 semakin hampir. Ketibaannya ditunggu penuh debaran. Akan tumbangkah UMNO di PRU ke-13 nanti? Ataupun Pakatan Rakyat akan ditalkinkan tanpa kubur? Soalan ini bermain di bibir setiap rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik tanahair. Buku ini cuba menjawab persoalan di atas yang ligat berputar di fikiran peminat dan pemerhati politk serta rakyat Malaysia keseluruhannya dewasa ini. Selamat membaca.

*****

Penulis dilahirkan di Kuala Lipis Pahang kira-kira 59 tahun yang lalu. Pada 1978 beliau menganggotai parti UMNO dan bergerak cergas di peringkat cawangan dan bahagian sehingga UMNO diharamkan pada tahun 1987. Beliau kemudian memilih Parti Semangat 46 sebagai wadah perjuangan  beliau tetapi tidak mengikut  jejak langkah Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk SeriRais Yatim menyertai Pertubuuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) atau UMNO apabila Parti Semangat 46 dibubarkan. Buat masa ini beliau berpuas hati bertindak sebagai pemerhati politik tanahair tanpa menjadi ahli mana-mana parti politik.

Penulis ialah pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diperolehinya dari Universiti Malaya pada tahun 1976.

%d bloggers like this: