Tag Archive: Pitas


Masjid Pekan Pitas

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid al-Amin Daerah Pitas

Sekurang-kurangnya terdapat empat cara untuk kita bergaul dengan al-Quran. Pertama, membaca al-Quran bermula dengan asasnya sehingga mahir tentang selok belok tilawah al-Quran termasuk ilmu tajwid, tarannum dan sebagainya. Nabi SAW banyak menjelaskan dalam hadithnya tentang keutamaan membaca al-Quran yang terlalu besar fadhilatnya.

Kedua, menghafaz al-Quran. Sama ada beberapa surah lazim, juzuk amma, surah-surah pilihan atau keseluruhan al-Quran. Tidak semua Allah SWT beri peluang untuk menghafaz al-Quran, namun alangkah eloknya apabila dalam kehidupan berkeluarga kita atau dalam kampung kita terdapat kalangan mereka yang mempelajari al-Quran dengan menghafaznya.

Ketiga, memahami al-Quran. Ia bermula dengan setiap kita memiliki terjemahan al-Quran. Kemudian diikuti dengan majlis ilmu mempelajari tafsir al-Quran agar kita tidak sekadar membaca al-Quran tetapi memahaminya, walaupun membaca tanpa faham sudah mendapat pahala, tetapi lebih baik membaca dengan kefahaman supaya apa yang kita lakukan dalam hidup ini selaras dengan apa yang kita baca di dalam al-Quran.

Keempat, mengajar al-Quran. Ini termasuk di antara keutamaan manusia yang disebut oleh Nabi SAW sebagai sebaik-baik manusia yang mempelajari dan mengajar al-Quran. Mengajar secara formaliti di dalam kuliah dan kelas, bahkan mengajar dalam bentuk akhlak yang indah sebagaimana diajar di dalam al-Quran.

MENYINGGAH DI PITAS

Hari nasional kami bermusafir ke Kota Marudu dan terus ke Pitas. Meninjau-ninjau wilayah di tanduk kanan negeri Sabah. Sungguh hati sangat gembira saat berziarah walau sebentar di rumah abang kami semasa zaman persekolahan Ustaz Ahmad Abrian yang tabah mendidik di SMK Pitas. Anak-anaknya pernah menyertai kelas tahfiz hujung minggu yang saya anjurkan, mereka turun ke ibu negeri setiap minggu.

Kami juga menyinggah di rumah saudara kami Faisal walaupun beliau jauh berada di negeri jelapang padi, namun dapat berziarah dengan orang tuanya yang sangat menyantuni kami. Semoga Allah membalas kebaikan Ustaz Ahmad dan keluarga Faisal.

Pitas (1) Pitas (2) Pitas (3) Pitas (4) Pitas (5) Pitas (6) Pitas (7) Pitas (8) Pitas (9) Pitas (10) Pitas (11)

ATM BANK PITAS

Selesai ceramah, kami – saya dan Hasmadi Hasbi yang sudi menemankan saya dalam musafir ke Pitas ini – mendaftar masuk ke bilik penginapan yang ditempah oleh penganjur untuk kami bermalam. Dahulu ketika pertama kali datang, di sini jugalah saya bermalam.

Hendak dijadikan cerita, kami berdua keluar semula, mencari restoran terdekat untuk mengisi perut yang sedang kelaparan. Di hujung deretan bangunan yang sama, ada sebuah restoran yang masih beroperasi, sedang yang lain sudah tutup lebih awal. Ketika itu sekitar 8.45 malam. Memang sunyi di pekan Pitas.

Pertarungan bola sepak Malaysia menentang Vietnam sedang berlangsung melalui kaca tv. Sementara menanti pesanan sampai, tiba-tiba saya teringatkan dompet duit. Hanya tinggal sepuluh ringgit. Fikiran saya melayang-layang mengingatkan duit yang tinggal sedikit, sementara saya meyedari jumlah kos makan malam kami mesti melebihi angka itu.

“Kak, di mana ATM bank di sini?” Saya bertanya kepada ahli keluarga pemilik restoran. Saya berkira-kira hendak mengambil duit sebentar sebelum juadah kami tiba di meja.

“Di Pitas ni tiada ATM encik. Kalau mahu ambil duit terpaksa patah balik ke Kota Marudu, sejam dari sini baru ada ATM Bank”, saya terpinga-pinga mendengar penjelasan kakak berkenaan.

Saya kurang maklum jumlah semasa penduduk daerah Pitas. Tetapi jumlah pengundinya hampir 12 ribu. Menurut kakak itu, apabila musim gaji, guru-guru terutamanya bergilir-gilir ke Kota Marudu untuk mengambil duit masing-masing. Yang ada di sini cuma BSN bergerak, yang datang dua kali seminggu.

Satu saja kesimpulan saya. Tidak patut. Oh ya, sesudah saya bongkar semula pakaian di kereta, ternyata ada sedikit duit untuk membayar ongkos makan malam kami. Cuma RM14 sahaja.

Lebih setahun lalu saya pernah ke daerah ini buat pertama kalinya. Masjid al-Amin Pekan Pitas ini ketika itu sudah hampir siap. Saya hanya lalu dan merakam fotonya. Petang rabu lalu, saya sekali lagi ke Pitas untuk program Ma’al Hijrah peringkat daerah. Slot pertama saya diminta mengisi ruang di masjid yang berharga hampir sejuta ringgit ini.

Tazkirah bermula selesai solat isyak dengan hadith ‘al-Wahn’ yang disebut oleh Nabi SAW – ‘hubbud dunya wa karahiyyatul maut’, sikap cintakan dunia, bencikan mati lalu mengakibatkan umat Islam menjadi  lemah  untuk berjuang menyebarkan Islam dengan apa jua wadah dan pendekatan. Walaupun umat Islam ramai tetapi hanya laksana buih di lautan diserang oleh musuh kiri dan kanan, depan dan belakang.

Kebalikan daripada situasi itu, saya kaitkan pula dengan huraian surah al-Asr yang pendek tetapi mempunyai makna dan kelebihan yang besar sekiranya umat Islam mengambil perhatian terhadap surah ini. Bak kata Imam asy-Syafie, sekiranya umat ini memahami dan mengambil iktibar daripada surah ini, maka itu sudah memadai. Allah SWT memberikan ciri-ciri manusia yang tidak rugi dalam hidupnya dengan empat perkara yang mesti dilakukan oleh manusia untuk mencapai kejayaan dan kemenangan.

Terima kasih JK Masjid dan JHEAINS Pitas yang mengundang.

TAHNIK DI PERUMAHAN TAKA

IMG_7019

Saat kami hendak bergerak meninggalkan SMK Pitas, Ust Ahmad diundang untuk menghadiri kenduri kesyukuran atas kelahiran bayi kenalannya.

Tuan rumah memohon untuk mengadakan upacara tahnik, isytihar nama dan bergunting. Saya diberi penghormatan melakukan majlis ini sebelum diikuti yang lain.

Alhamdulillah, Puan Salwa Salim selamat melahirkan bayi perempuan pada 8 Ogos lalu di klinik Nango, Beluran dengan berat 3kg.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Puan Salwa dan suami Datu Md Syah Pudin kerana kelahiran anak sulung mereka. Semoga menjadi ibu bapa yang baik.

IMG_7025

IMG_7029

IMG_7041

IMG_7044

IMG_6992

Ini adalah sesi yang tidak termasuk dalam jadual asal program.

Undangan disampaikan oleh Ust Ahmad Abrian, guru agama yang juga warden di asrama berkenaan. Ust Ahmad adalah senior di SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah dahulu.

Selepas di SMAI TPHR, abang Ahmad menyambung pengajian di KUSZA Terengganu pada 1993-1996 dan kemudiannya ke UPM (1998-2000).

Sejak 9 tahun lalu, abang Ahmad bertugas di sekolah ini sehingga sekarang, bersama isterinya yang juga mengajar di sini. Sehingga kini mereka dikurniakan 3 orang cahayamata.

IMG_7003

SMK Pitas mempunyai seramai 836 pelajar dengan lebih 500 daripadanya beragama Islam. Walaubagaimanapun, yang menginap di asrama hanya lebih 100 orang.

Abang Ahmad hanya memberitahu jemputan pada subuh berkenaan, memohon saya bercakap sedikit kepada para pelajar asrama yang hadir sekitar 80 orang.

Mahu bercakap ringkas di surau al-Hidayah, tetapi akhirnya menjangkau masa sejam juga.

Saya sebutkan kepada adik-adik di sana tentang beberapa perkara. Soal aqidah yang kukuh, ketaatan kepada ibu bapa yang telah mengandung dan membesarkan, mendirikan solat serta melakukan ibadah umum yang lain.

Saya juga menekankan kepada mereka betapa mereka perlu membela masyarakat dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu.

Apabila mereka mempunyai ilmu yang tinggi, lebih mudah mereka memperjuangkan masyarakat mereka dan tidak mudah diperalatkan orang.

IMG_6993

IMG_6999

IMG_7009

IMG_7010

IMG_7011

ORKID LODGE

IMG_6988

Kembali ke Pekan Pitas jam 11.30 malam.

Kami berdua menginap di Orkid Lodge, yang terletak di blok bangunan baru di kawasan pekan baru. Menjelang maghrib di sini sudah sunyi sepi. Kami menjamu selera pun jauh keluar dari pekan.

Orkid Lodge sesuai menjadi pilihan sebagai penginapan, biliknya selesa dan kosnya berpatutan, antara RM55 hingga RM65 semalam.

Tambahan pula menurut Ust Kamal yang membuat tempahan menyatakan, pemiliknya adalah orang Islam sementara isterinya merupakan seorang saudara kita dan khabarnya pernah menyertai kelas muallaf.

Lokasinya berhadapan dengan padang majlis daerah dan SMK Pitas.

IMG_6987

IMG_6983

IMG_6984

IMG_7063

Selepas ceramah di Surau Kg Rukum Laut, saya meluangkan masa duduk santai sekitar dua jam sambil menjamu selera di Dataran Seafood Bengkoka bersama beberapa guru di sini.

Ust Wan Muhammad Amran, Ust Mahisan Aswadi, Ust Md Muslim dan Ust Ahmad Abrian. Mereka semua bertugas sebagai guru agama di sekolah-sekolah di daerah ini. Pertemuan santai itu turut disertai oleh PPTA JHEAINS Pitas, Ust Kamal Sindong.

Setelah mengisi program dan melihat sendiri di beberapa lokasi, saya membuat beberapa kesimpulan awal.

Pertama, masyarakat Islam sama ada muallaf atau bukan hakikatnya dahagakan ilmu pengetahuan khususnya yang berkait dengan perkara fardhu ain. Perkara itu terbukti dalam dua ceramah di Masjid Kg Kalumpang dan Surau Kg Rukum Laut.

Kedua, sokongan padu daripada para guru sangat diperlukan untuk memperkasa dakwah. Guru yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran, JHEAINS, JAKIM, YADIM, USIA dan seumpamanya hendaknya berganding bahu.

Sambil tidak menafikan kegigihan para guru agama yang sudah bekerja keras menyampaikan risalah Islam ini, masih ramai yang merasa selesa dengan kerja-kerja rasmi sahaja.

Ke sekolah pada waktu pagi sehingga pulang pada sebelah tengahari, dan berada di rumah sepanjang petang dan malam. Tidak ke surau dan masjid, apatah lagi untuk menyampaikan kuliah dan ceramah.

Jauh sekali pada hujung-hujung minggu untuk mengisi program dakwah ke kampung-kampung.

Dalam pertemuan itu juga, saya mengharapkan sahabat-sahabat baru saya ini terus menggerakkan program-program dakwah walaupun di luar bidang tugas rasmi kerajaan. Guru agama di sekolah hendaklah bekerjasama erat dengan JHEAINS di daerah.

Buat permulaan, mana-mana masjid dan surau yang belum pernah mengadakan apa-apa program, mulakan dengan program ceramah sempena hari-hari kebesaran Islam digandingkan dengan acara kebajikan.

Pemeriksaan kesihatan percuma, penyampaian bantuan, dan seumpamanya. Buatkan sesuatu yang menarik perhatian mereka, sama ada lelaki perempuan, muda dan tua.

Peringkat kedua, mengadakan ceramah bulanan. Jika berkemampuan, bawa penceramah dari luar daerah.

Peringkat ketiga, mengadakan kuliah maghrib mingguan. Adakan subjek yang penting seperti aqidah, fikah atau akhlak. Pada peringkat ini, ia memerlukan istiqamah dan kesungguhan yang kuat daripada semua pihak.

Peringkat keempat, kuliah-kuliah maghrib ditambah kepada 2 atau 3 kali seminggu. Juga memulakan kuliah subuh mingguan. Selain itu, program khusus untuk remaja dan kaum ibu juga perlu difikirkan.

Sebenarnya, mengadakan program ini memerlukan usaha yang panjang dan tersusun. Ia tidak bermula jika para guru sendiri tidak mengimarahkan masjid dan surau yang berhampiran dengan tempat mereka tinggal.

Jika diperlukan, saya akan hadir lagi untuk berjumpa masyarakat dan para guru. Perbincangan lanjut boleh diusahakan.

Atas kapasiti setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Sabah, saya bersama rakan-rakan sedia menghulur bantuan idea dan tenaga.

Kami bertiga tiba di surau sekitar 7.05 malam.

Saya perhati, jamaah berada di luar surau. Entah mereka baru sampai atau hendak pulang, kerana kami terlambat tiba.

Saya dimaklumkan di kampung ini terdapat ramai juga saudara kita. Saya berbesar hati dapat hadir ke surau mereka.

Bahkan saya mendapat tahu kemudiannya, ada sekumpulan mereka yang berjalan kaki sejam lamanya untuk ke surau bagi menikmati ceramah malam itu. Mereka sudah bersiap dan bergerak ke surau seawal jam 4 petang.

Di hati saya sedikit rasa bersalah kerana terlambat. Mujur kami tiba mereka belum pulang. Moral yang saya perolehi malam itu ialah, mereka sangat memerlukan bimbingan.

Saya berharap PPTA JHEAINS Pitas nampak isyarat itu. Guru-guru agama dari sekolah berhampiran juga diharap dapat membantu memberi kuliah mingguan kepada mereka. Tolonglah!

Ceramah saya tidak lama, sekitar 40 minit sahaja. Membangkitkan semangat mereka untuk menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.

Sikap dan emosi sebagai orang Islam bagi menghadapi Ramadhan juga mesti dipersiapkan. Ertinya, bersedia, bergembira dengan hadirnya Ramadhan yang penuh dengan tawaran istimewa.

Terima kasih kerana sudi menerima kami malam itu. Sehabis solat isyak, kami menghantar sekumpulan mereka yang datang jauh tadi pulang ke rumah.

IMG_6974

IMG_6976

IMG_6978

IMG_6917

IMG_6928

Lokasi berikutnya ialah Kg Pandan Mandamai, sebuah perkampungan ladang kelapa sawit.

Dari Kg Berasan Taka ke sini tidaklah terlalu jauh, sekitar 15km sahaja. Membuatkan perjalanannya lama tiba ialah 11km terakhir ke lokasi, jalannya belum berturap. 40 minit di atas jalan, baru kami tiba.

Mujur perjalanan kami menaiki Toyota Hilux yang lasak. Terima kasih Tuan Hj Abu Aslam yang meminjamkan hilux dan anaknya sekali sebagai pemandu.

Sebelum tiba di rumah ketua kampung, saya menjangkakan programnya hanyalah sedikit tazkirah dan menyampaikan sumbangan. Rupanya, ada majlis pengislaman.

Beberapa pegawai dan kakitangan JHEAINS sudah terlebih dahulu tiba menanti dan menyambut kami sebelum memulakan majlis istimewa itu. Mereka tidak memulakan majlis selagi kami tidak sampai.

Dalam majlis itu, 8 orang sekeluarga memeluk Islam sementara seorang lagi ahli keluarga mereka tidak dapat hadir kerana berada di kawasan yang jauh.

Asalnya saya ditawarkan untuk menyampaikan tazkirah dan mengislamkan mereka.

Walaubagaimanapun saya mencadangkan seorang imam yang hadir sama, iaitu Imam Ismail Estin memimpin kesemuanya khususnya tazkirah disampaikan dalam bahasa dusun yang lebih difahami mereka yang hadir.

Sesi pengislaman dimulakan dengan Pakcik Mohammad Ali @ Ito, 58 tahun.

Sebenarnya, ini kali ketiga beliau memeluk Islam. Kali pertama pada 1964 pada zaman USNO, kali kedua 1983 pada zaman pemerintahan BERJAYA.

Masalah yang terdahulu itu ialah kerana tiada tindakan susulan dan mereka tidak tahu apa-apa setelah mengucapkan kalimah syahadah sehingga diislamkan kali kedua. Begitulah juga daripada pengislaman kali kedua sehingga kini.

Mereka kembali kepada kebiasaan mereka sebagai pagan. Mujurnya, dia masih mahu memeluk Islam. Imam Ismail menjelaskan, program pengislaman kali ini atas inisiatif mereka sendiri.

Saya mengingatkan staf JHEAINS agar perkara lama tidak berulang. Penjadualan guru agama agar masuk ke perkampungan ini perlu dibuat. Bantuan guru-guru agama di sekolah juga dituntut sama.

Saya tabik dengan kesungguhan staf JHEAINS yang hadir apabila hanya menaiki perodua kancil berempat dalam keadaan jalan yang teruk.

Amat malangnya JHEAINS Pitas belum lagi dikurniakan kenderaan jabatan untuk memudahkan mereka keluar masuk kampung.

Saya syorkan kepada PPTA JHEAINS Pitas agar merayu kepada ibu pejabat JHEAINS dengan menyertakan justifikasi keperluan kenderaan khususnya 4×4 kepada mereka.

Menurut maklumat yang saya perolehi, berdasarkan statistik 2003, daerah Pitas yang seluas 141, 935 hektar ini mempunyai 36 ribu penduduk dengan 48% beragama Islam, sementara bakinya pagan dan kristian.

Pitas pula dikenali antara daerah termundur di Malaysia. Saya menyaksikan sendiri melalui mata kepala melihat kesusahan mereka serta latar pendidikan yang rendah.

Selepas Pakcik Mohammad Ali, pengislaman diikuti oleh bapa mertuanya Galibi Abuk, 70 tahun; Jariah Galibi, 40 tahun (isteri Md Ali), dan anak mereka Dewana Md Ali, 12 tahun.

Yang lelaki, memeluk Islam di tangan Imam Ismail, sementara 2 perempuan berjabat dengan Ustazah Arnidah Abd Sari, 21 tahun, baru setahun sebagai Pembantu Rendah Dakwah di JHEAINS Pitas.

Sementara yang lain Rino, Diana, Azmie dan Jeivivianah masih dibawah umur antara 1 – 9 tahun.

Selesai itu, saya menyampaikan sedikit sumbangan buat mereka sekeluarga. Pakaian terpakai, telekung dan kain pelikat, serta dua set makanan dan barangan dapur.

Masa sudah 6.30 petang, kami perlu bergegas ke lokasi seterusnya. Saya dijadualkan menyampaikan kuliah maghrib di surau Kg Rukum Laut pula.

IMG_6939

IMG_6946

IMG_6958

IMG_6963

IMG_6969

%d bloggers like this: