Tag Archive: Pilihanraya Negeri Sarawak


UJIAN KEMENANGAN DAN KEKALAHAN

Saat menerima berita satu demi satu maklumat keputusan pilihanraya negeri Sarawak, PAS kalah dikesemua kerusi, sementara PKR dan DAP mengutip mutiara kemenangan sedikit demi sedikit, tiada suatu pun yang menjadi penawar hati saya melainkan membaca ayat-ayat Allah SWT. Marilah kita menikmati mukjizat yang hidup ini bersama-sama :

137. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

140. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar); dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan (menang dan kalah) antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

 141. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.

142. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

143. Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati syahid (dalam perang sabil) sebelum kamu menghadapinya; maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri). Surah Ali Imran.

***

Saya sangat meyakini bahawa di sisi Allah SWT kita mungkin belum layak menerima anugerah kemenangan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh-Nya. Mungkin kerja-kerja organisasi dan strategi kita belum menepati piawaian-Nya, ibadah kita masih sedikit; mungkin berlaku sedikit sebanyak amal maksiat yang menghalang kemenangan diberikan. Mungkin terdapat sifat-sifat mazmumah di dalam diri, hati-hati masih belum bersatu, mungkin terdapat kelompangan daripada segi wala’ dan sebagainya.

Ikhlaskan diri beramal walaupun kemenangan pilihanraya masih belum diperolehi kerana pahala dijamin di sisi Allah SWT. Marilah bermuhasabah bersama-sama. Namun yang jelas, saya merasai nikmat persaudaraan dan perjuangan kerana Allah SWT.

Saya bukanlah pemuja beliau.

Tetapi dalam hidup ini, nama beliau mempunyai tempat di hati saya. Nama beliau saya ketahui sejak zaman kanak-kanak sekolah rendah sebagai seorang pemimpin berjiwa Islam yang meningkat naik dalam persada politik tanahair, kerana standard kanak-kanak saya yang memang suka membaca buku dan suratkhabar. Ketika itu, tiada apa yang saya tahu tentang sejarah peribadi beliau, baik zaman ABIM, kisah demonstrasi Baling dan seumpamanya.

Masuk ke SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah pada akhir 1991, ketika hari pendaftaran, masih terngiang-ngiang lagi bahawa bapa mengingatkan saya agar belajar bersungguh-sungguh tentang ilmu Islam, kemudian mencadangkan agar saya satu ketika nanti masuk ke UIA lalu mengambil jurusan undang-undang syariah dan menjadi peguam syariah. Itu harapan beliau kepada saya bersandarkan kedudukan DSAI.

Katanya, satu ketika nanti Anwar akan jadi Perdana Menteri dan beliau mungkin akan menyerapkan perundangan Islam dengan lebih baik ketika itu berbanding apa yang ada ketika ini (1990an). Ketika DSAI mengadakan rumah terbuka hari raya bersama pemimpin BN di Wisma MUIS, saya antara yang berbaris bersama ribuan rakyat ingin bersalaman dengan DSAI buat kali pertama. Ketika itu kalau tidak salah, saya masih bersekolah menengah.

Ketika DSAI dipecat pada 1998, kami berada di Maahad. Kefahaman tentang siasah negara dan harakah Islamiah dalam diri saya baru bermula berdikit-dikit. Saya tanyakan kepada seorang ustaz akan pandangannya tentang isu tuduhan seks terhadap DSAI. Ustaz menjawab mudah satu prinsip asas : “Memang manusia mempunyai kelemahan, sering melakukan kesilapan, tetapi menuduh orang tanpa bukti dan saksi menurut Islam adalah dilarang sama sekali”. Prinsip itu sangat jelas bagi saya.

Begitulah sekelumit kecil kenangan oleh seorang rakyat biasa seperti saya. Selepas beliau keluar penjara, hanya beberapa kali saya melihat wajahnya, itupun dari jauh.

PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK 2011

Hari ini di Sadong Jaya (14 April 2011), saya dimaklumkan DSAI akan turun dan berceramah di Kampung Semera Laut. Oleh kerana rumah tempat saya menumpang tidak jauh, adalah orang tertentu di sana yang membawa saya ke lokasi ceramah. Kepada saya, semuanya berlaku tanpa dirancang. DSAI tiba beberapa minit sebelum jam 5 petang, disambut oleh penduduk kampung. Beliau selama ini telah dituduh dengan bermacam-macam tuduhan termasuk isu video seks, tetapi saya lihat ia langsung tidak berkesan kepada oleh penduduk di sini.

Tanpa sebarang protokol, rakyat tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua berebut bersalam dengan DSAI dan beliau melayannya dengan penuh senyuman dan semangat walaupun semua maklum beliau keletihan. DSAI memaklumkan ini hari ke-13 beliau di Sarawak dan beliau berusaha untuk pergi ke banyak tempat seluruh negeri sebelum hari mengundi menjelang tiba.

Sebagai pelancong pilihanraya dan jurukamera amatur, saya merasa puas melihat ceramah beliau secara dekat dan berhadapan pula kerana hasrat merakamkan wajah dan aksi beliau sepuas-puasnya. Ceramah beliau selama setengah jam penuh semangat, jelas menfokuskan agar rakyat berani membuat perubahan dan menumbangkan kerajaan BN. Jangan rakyat yang tidak bersalah menjadi penakut, sedangkan mereka yang memerintah dengan zalim berani menyeleweng khazanah rakyat.

Turut hadir di sana ialah YB Dr Mujahid Yusuf, YB Dr Halimah Ali, YB Ronnie Liu, Ustaz Salahuddin Nasir, Blank (bekas penyanyi kumpulan Gamma), dan calon PAS N20 Sadong Jaya Abang Eddy bin Abang Ariani. Hishamuddin Sulaiman, ketua Penerangan PAS Sabah bertindak sebagai pengacara majlis.


CALON PAS DI SARAWAK

Sumber : Harakahdaily

Calon-calon PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011


Haji Adam bin Ahid, 62, seorang anak watan DUN Sebuyau merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak dan aktivis sepenuh masa untuk parti. Adam sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

Di sini, Adam merupakan pemimpin yang dikenali ramai dan bergaul mesra dengan penduduk Cina and Iban. Dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Adam berdepan dengan perlawanan tiga penjuru berdepand dengan penyandang DUN Sebuyau, Julaihi Narawi (BN-PBB) and Ali bin Semsu, seorang calon bebas.

Pada tahun 2006, Sebuyau yang terletak di dalam kawasan parlimen Batang Lupar menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Julaihi dan calon PKR, Mohamed Akek. Julaihi yang memperolehi 3,748 undi menewaskan Akek, 1,300 undi dengan majoriti 2,448 undi.

Statistik Pengundi Sebuyau:

Jumlah Pengundi: 8,042

Malay/Melanau: 64.26%

Chinese: 3.85%

Iban: 31.77%

Bidayuh: 0.11%

Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus merupakan seorang pemuda berkarisma dan sudahpun berjaya menarik tumpuan untuk PAS Sarawak kerana pesona ‘selebriti’nya in pilihanraya negeri Sarawak.

Ahmad, seorang peguam berasal dari Sibu, sudahpun berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Ahmad, anak ketiga daripada tujuh adik beradik ialah seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini juga merupakan penasihat undang-undang untuk PAS Sarawak.

Di Beting Maro, Ahmad akan berentap satu-lawan-satu menghadapi Razali Gapor dari BN-PBB. Pada tahun 2006, Bolhassan Di @Ahmad, calon BN-PBB menewaskan calon PAS, Alem Din dengan mendapat 2,796 undi berbanding 1,901 undi.

Statistik Pengundi Beting Maro:

Jumlah Pengundi: 7,868

Malay/Melanau: 90.42%

Chinese: 1.47%

Iban: 8.11%

Di DUN ini, PAS sekali lagi mempertaruhkan seorang pemuda hebat, Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi, 34 yang merupakan calon tunggal PAS pada pilihanraya umum 2008 yang lalu bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun tewas di tangan calon BN-PBB, Rohani Abdul Karim.

Ketika ini, Eddy juga berkhidmat sebagai Ketua Pemuda PAS Sarawak dan Pengarah Pasti di Bumi Kenyalang ini. Pada pilihanraya negeri ke sepuluh ini, Eddy akan berdepan dalam perlawanan tiga penjuru, berdepan dengan Aidel Lariwoo (BN-PBB) and Mahayudin Wahab, calon bebas.

Dalam PRN 2006, calon BN-PBB Wan Wahab Wan Sanusi dari BN-PBB menewaskan calon PKR, Plee Ling dengan majoriti 858 dengan mendapat 2,715 undi berbanding 1,857 undi yang diperoleh oleh Plee.

Statistik Pengundi Sadong Jaya:

Jumlah Pengundi: 7,656

Malay/Melanau: 82.84%

Chinese: 7.64%

Iban: 9.42%

Orang Ulu: 0.01%

Others: 0.09%

Satu daripada dua calon wanita PAS akan berentap di DUN ini. Noraini Hamzah, 49 berasal dari Kelantan sudah menetap di Sarawak untuk tiga dekad yang lalu selepas perkahwinannya dengan seorang anak watan Muara Tuang.

Noraini juga dikenali sebagai ‘superwoman’ di mana beliau menjaga tugasnya sebagai ahli perniagaan, suri rumah separa masa dan sebagai seorang aktivis parti dengan baik. Noraini merupakan bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak sebelum beliau membuat keputusan untuk bersama PAS untuk meneruskan perjuangan rakyat. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini akan menghadapi tentangan hebat daripada adik Ketua Menteri Sarawak, Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini.

Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat. Pada 2006, Ali menang di DUN dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).

Statistik Pengundi Muara Tuang:

Jumlah Pengundi: 18,820

Malay/Melanau: 52.65%

Chinese: 15.63%

Iban: 18.85%

Bidayuh: 11.45%

Others: 0.42%

Seorang lagi wanita, Nani Sahari diberi kepercayaan oleh PAS untuk merampas kerusi DUN Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB. Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.

Nani yang sekarangnya bertugas sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu. Di DUN ini, Nani akan menghadapi satu lagi pertanding tiga penjuru berdepan dengan penyandang kerusi, Adenan and calon bebas, Gilbert Asson Kulong. Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).

Statistik Pengundi Tanjong Datu:

Jumlah Pengundi: 7,936

Malay/Melanau: 53.06%

Chinese: 19.63%

Iban: 17.34%

Bidayuh: 9.97%

%d bloggers like this: