Tarikh : 12 Disember 2015
Lokasi : Tuaran
Tarikh : 9 Januari 2015
Lokasi : Kuala Krai Kelantan
Sekitar jam 8 pagi kami bergerak menuju ke Kuala Krai bersama sebuah lori dan van. Perjalanan memakan masa sekitar 2 jam lebih termasuk beberapa kali berhenti dan aliran trafik yang perlahan kerana banyak kenderaan khususnya bantuan yang bertali arus ke arah Kuala Krai dan Manek Urai.
Tarikh : 8 Januari 2015
Lokasi : Terminal 2, LTA KK – LT Sultan Ismail Petra Kota Bharu Kelantan
Alhamdulillah, saya dapat memulakan catatan penting ini apabila dapat menyertai rombongan gabungan beberapa NGO Sabah seperti Yayasan Amal Malaysia Negeri Sabah, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan JK Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Keseluruhannya, rombongan ini membawa puluhan kotak ikan bilis, beg sekolah, wang tunai yang bernilai tidak kurang RM50 ribu. Semua sumbangan adalah daripada rakyat Sabah yang diumumkan lewat masjid dan surau, sebaran lisan dan media sosial seperti fb, whatsapp dan sebagainya.
Tarikh : 27 Disember 2014
Lokasi : Masjid Daerah Beaufort
Alhamdulillah, dapat bersama-sama mengisi slot buat pertama kalinya bersama Kelab Remaja Ukhuwah, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Kawasan Beaufort. Seronok anak-anak remaja mengisi program keagamaan di rumah Allah SWT. Mudah-mudahan mereka akan tampil satu hari sebagai pemimpin yang beriman dan sayang kepada agama Islam ini.
Pagi sabtu, saya bergerak ke Masjid Daerah Tuaran mengisi satu slot dalam program Kem Remaja Islam (KRIS) anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Tuaran.
Saya dimaklumkan bahawa program ini bermula pada petang jumaat lagi.Â
Saya diamanahkan mengisi kuliah dasar ke-2 bertajuk ‘Ibadah Dalam Kehidupan Muslim’ di hadapan 150 peserta yang terdiri daripada pelajar terpilih di sekolah-sekolah menengah daerah ini.
Saya sebenarnya teruja mengisi program di sini memandangkan keadaan pengimarahan masjid dan surau yang agak perlahan di daerah ini. Mudah-mudahan kebangkitan anak-anak muda Tuaran ini akan melahirkan generasi pelapis yang berpegang dengan ajaran Islam.
Walaupun ibadah itu sesuatu yang sangat luas konsep dan pelaksanaannya, namun pengimarahan masjid dan surau adalah salah satu manifestasi yang jelas terhadap institusi mulia ini yang biasanya dianggap destinasi untuk golongan pencen sahaja.
Penggerak utama PSS Tuaran ini tidaklah saya kenali namun saya membaca dan mengikuti perkembangan mereka serba sedikit melalui rakan-rakan dan blog, dan menurut pemerhatian saya mereka begitu aktif dan bersemangat sekali.
Terima kasih kepada yang mengundang saya, khususnya Sdr Ahmad Nur Zharif, Zaiton Mohammad Sanusi, Mohamad Afiq Johari dan semua urusetia serta adik-adik peserta. Teruskan usaha kalian.