Tag Archive: Perpustakaan Negeri Sabah


Tarikh : 29 November 2015

Lokasi : Perpustakaan Negeri Sabah

C360_2015-11-29-12-23-58-161 C360_2015-11-29-12-30-45-223 C360_2015-11-29-12-37-47-399 C360_2015-11-29-12-43-12-663 C360_2015-11-29-12-52-28-570 C360_2015-11-29-13-04-16-742 C360_2015-11-29-13-05-11-268 C360_2015-11-29-13-28-19-014 C360_2015-11-29-13-35-55-028 C360_2015-11-29-13-44-08-653

Walapun selalu lalu di kawasan ini, tapi sebenarnya saya tidak pernah masuk pun ke bangunan Perpustakaan Negeri Sabah, lokasi Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna. Bagus juga apabila ada tugasan menghakimi tilawah kali ini di sini. Ada tujuh orang peserta kesemuanya, dan johan qarinya melepasi markah 70% dan beliau berhasil layak ke majlis tapisan qari dan qariah pada 12-13 April di Masjid Negeri Sabah nanti.

Majlis sederhana ini dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian, Ybhg. Datuk AsnimarĀ  Haji Sukardi dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan kementerian terutama dari tuan rumah, Perpustakaan Negeri Sabah. Yang paling menarik perhatian saya ialah kehadiran Pengarah Perpustakaan, Wong Vui Yin daripada awal sehingga majlis tilawah berakhir lengkap berpakaian melayu. Mudah-mudahan ada khabar baik selepas mendengar kalam Allah ini.

Kunjungan ke Perpustakaan Negeri Sabah memberi inspirasi untuk saya datang semula nanti ke sini.

%d bloggers like this: