Tag Archive: Pernikahan


Tarikh : 18 Mac 2016

Lokasi : Masjid Negeri Sabah & TH Hotel

IMG_1461C360_2016-03-18-09-12-22-976 C360_2016-03-18-09-16-38-397IMG_1466IMG_1472 C360_2016-03-18-09-26-38-704 C360_2016-03-18-09-28-05-213 C360_2016-03-18-09-34-22-000 C360_2016-03-18-09-37-16-166 C360_2016-03-18-09-42-35-703

C360_2016-03-18-20-23-08-838 C360_2016-03-18-21-28-48-496 C360_2016-03-18-21-59-57-300 IMG-20160318-WA0106 IMG-20160318-WA0107IMG-20160319-WA0018 IMG-20160319-WA0019 IMG-20160319-WA0022 IMG-20160319-WA0024 IMG-20160319-WA0027 IMG-20160319-WA0029

NORAZIDI & NUR FAREZA

Pengantin : Norazidi Madunin & Nur Fareza Jabidah

Tarikh : 2 Nov 2013

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah

Baarakallahu lakuma, wa baaraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakumaa fii khair

***

Setinggi tahniah kepada dua alumni maahad yang mengikat tali pernikahan semalam, sepasang suami isteri yang masih muda, awal 20an, penghafaz al-Quran dan kedua-duanya adalah rakan sekelas sebelum ini. Mengadakan majlis bersejarah di maahad pula, sementara yang menikahkan juga alumni maahad – Imam Zulfauzi Awang Besar.

Sejarahnya, ini bukan pasangan pertama alumni maahad yang disatukan sebagai suami isteri, bahkan sepanjang pengetahuan saya ini adalah pasangan yang ketiga. Insya Allah, mudah-mudah Allah SWT memberikan rahmat dan barakahNya kepada pasangan ini dan keluarga mereka keseluruhannya.

Zidi & Fareza (1) Zidi & Fareza (2) Zidi & Fareza (3) Zidi & Fareza (4) Zidi & Fareza (5) Zidi & Fareza (6)

SALINDA & ASMALI

Salinda saya kenali dalam program-program ilmu di Masjid Negeri Sabah. Dia peminat tegar aktiviti pengimarahan ilmu terutamanya kelas mengaji al-Quran dan kuliah-kuliah yang lain. Dia juga mempunyai sebuah premis menjual pakaian muslim di Kompleks Karamunsing. Terperincinya boleh baca di sini : http://www.mssaliworld.blogspot.com/

Sehari sebelum hari bahagianya, kami terjumpa di dewan utama masjid selepas majlis khatam al-Quran sempena Maal Hijrah tempohari. Saat itu dia baru memberitahu dan mengundang saya akan majlis bersejarahnya yang diadakan di masjid ini pada 1 Muharram.

Justeru, habis saja program di Dewan Saadah, saya bergegas ke Masjid Negeri bersama isteri dan anak-anak kerana mengagak terlewat – masa sudah hampir  jam 11 pagi berbanding undangan Sali pada jam 10.30 pagi.

Alhamdulillah, kami tiba dan majlis baru selesai khutbah nikah yang dipimpin oleh Ustaz Haji Imbran Anggun al-Hafiz, Pegawai Agama Istana Negeri yang menikahkan kedua pengantin di dewan utama masjid. Kira-kira 100 orang yang hadir, keluarga terdekat dan rakan-rakan kedua mempelai.

Pasangannya, Asmali khabarnya berasal dari Kota Belud dan bertugas di UMS. Maklumat lain akan ditambah selepas ini. Apapun Abu Nuha Corner mengucapkan tahniah semoga berkekalan dunia dan akhirat.

Barangkali dalam keluarga besar kami, pernikahannya antara yang dinanti-nanti.

Alhamdulillah, ketika umur mencecah 36 tahun, jodohnya tiba dan bertemu dengan Nurul Fitriyah 22 tahun dari Kg Tunggul Tinggi Sipitang.

Azlimun adalah adik berlainan ibu dengan bapa kami dalam keluarga besar. Dalam seluruh adik beradik mereka, kini hanya tinggal seorang lagi yang masih belum berumahtangga.

Sementara di sebelah keluarga besar emak, beberapa sepupu yang berumur masih bergelar bujangan sudah berumur 40an dan 50an keatas.

Pernikahan Azlimun berlangsung secara ringkas di bilik VIP Masjid Negeri Sabah dan dinikahkan oleh Ust Hj Imbran Anggun, Pengawai Agama Istana Negeri pada jam 2.15 petang tadi dan berakhir 20 minit kemudian.

Kedua-dua pihak keluarga hadir termasuk dari Sipitang dan Kota Kinabalu. Turut hadir, Ust Mohammad Sidik Ag Adi, Timbalan Pengarah (HEI) JHEAINS.

Kenduri walimatul ‘urus dijangka berlangsung pada 14 Mac ini di Sipitang.

Isteri saya mengingatkan, Nurul Fitriyah yang berumur 22 tahun akan dipanggil nenek oleh anak-anak saya. Azlimun meski 36 tahun bertaraf pakcik kepada saya kerana dia adalah bersaudara dengan bapa.

Jadi mereka adalah pangkat nenek dan datuk kepada anak-anak saya juga…

%d bloggers like this: