Tag Archive: Perkahwinan


SADRI & NADRAH

Tarikh : 6 Jun 2015

Lokasi : Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Tahniah kepada pelajar saya Muhammad Sadri Muhammad Ilmi yang selamat disatukan bersama pasangannya Puan Nurul Nadrah di Masjid Bandaraya pada 6 Jun lepas. Semoga Allah SWT memberkati kedua-duanya dan mengumpulkan keduanya dalam kebaikan.


IMG-20150606-WA0046-1 IMG-20150606-WA0047-1IMG-20150607-WA0121IMG-20150607-WA0151-120150607_195835

ARUNNI & HAMIDUN

Tarikh : 31 Mei 2015

Lokasi : Kg Lubok Temiang WP Labuan

Semoga Allah SWT memberkati kedua pengantin dan mengumpul kedua mereka di dalam kebaikan. Pengantin perempuan adalah anak guru saya ketika darjah 1 Ustaz Juisin Sinir yang telah meninggal dunia beberapa bulan lepas. Semoga Allah merahmati guru kami ini.

Kesempatan balik kampung, menghadiri kenduri kahwin ini juga bertemu ramai orang yang lama tidak bersua.

20150531_121740 20150531_122015 20150531_122204 20150531_122315 20150531_122846 20150531_122946 20150531_123239 20150531_123558-1 20150531_123739 20150531_123941 20150531_124136 20150531_124335

Rizuan & Suriani

Tarikh : 7 Mac 2015

Lokasi : Wisma Pertanian, Kota Kinabalu

Sekalung tahniah dan doa mudah-mudahan pasangan mempelai ini Cikgu Rizuan Kansu dan isteri Cikgu Suriani Mohd Said Р kedua-duanya tenaga pengajar di Pusat Pendidikan Islam an-Nur (PPIAN) Taman Austral Kepayan ini diberikan keberkatan oleh Allah SWT dan dikumpulkan mereka berdua bersama zuriat keturunan di dalam kebaikan.

 

KENDURI YUSRIZAL & NURUL

Tarikh : 21 Febuari 2015

Lokasi : Taman Frienship Petagas

Setinggi tahniah dan moga perkahwinan diberkati oleh Allah SWT sehingga akhir hayat.

Yusrizal (1)

Pengantin : Ag Shafiee Adzmey Hj Ag Kassim & Yamayati

Tarikh : 15 Febuari 2015

Lokasi : Wisma Pertanian Sabah

Semoga Allah memberkati kedua mempelai dan mengumpulkan keduanya dalam kebaikan.

Shafiee satu ketika 7-8 tahun lalu pernah belajar al-Quran dengan saya di Masjid Negeri Sabah. Ketika itu umurnya antara 17-18 tahun. Sesudah itu, perhubungan kami hanya melalui alam maya. Tiba-tiba saja kad jemputan melalui whatsapp tiba di telefon pintar saya. Menarik pula, ibu mertuanya juga pernah belajar mengaji dan asas Islam dengan saya.

Shafiee & Yati

JAMRI & HASSA

Tarikh : 13 Disember 2014

Lokasi : Tenggilan Tuaran

Pengantin : Md Jamri Ag Damit & Hassa Matjin

Alhamdulillah, saya berbesar hati dapat datang ke majlis pernikahan dua sahabat baik saya yang selamat disatukan pada hari ini di rumah pengantin perempuan. Meski kampung yang jauh ke dalam ini tidak pernah saya lalui, saya begitu gembira akhirnya tiba di sini dan bersama-sama meraikan hari bersejarah mereka.

Persahabatan saya dengan mereka bermula sekitar pertengahan 2008 apabila saya diundang mengajar al-Quran di pejabat mereka di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) dan kedua mereka adalah rakan sepejabat yang bersama-sama belajar al-Quran di hadapan saya. Rekod tilawah mereka sangat bagus dan mereka berdua antara yang khatam al-Quran beberapa tahun kemudian.

Kepada Jamri dan Hassa, semoga Allah SWT memberkati pernikahan kalian berdua dan Allah mengumpulkan kalian di dalam kebaikan.

Nikah Jamri&Hassa (1) Nikah Jamri&Hassa (2) Nikah Jamri&Hassa (3) Nikah Jamri&Hassa (4) Nikah Jamri&Hassa (5) Nikah Jamri&Hassa (6) Nikah Jamri&Hassa (7) Nikah Jamri&Hassa (8) Nikah Jamri&Hassa (9)

KENDURI WALIMAH

Tarikh : 6 Disember 2014 (Sabtu)

Lokasi : Kg Kelanahan Papar

Alhamdulillah dapat memenuhi undangan walimah anak kepada Tuan Abdul Halim Nayan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Ramainya hadir, jamuannya sedap dan saya terlupa merakam foto pasangan pengantin tersebut.

Hanya sempat bergambar dengan Tuan Pengarah dan Tuan Pengetua SMAN Toh Puan Hajah Rahmah Ustaz Pengiran Omar Pengiran Gana. Tahniah kepada kedua pengantin.

Kahwin Anak Pengarah (1) Kahwin Anak Pengarah (2)

YUSRIZAL & NURUL

Tarikh : 20 November 2014

Semoga Allah memberkati pernikahan dan kehidupan mereka berdua sehingga akhir hayat dan Allah SWT kumpulkan mereka berdua di dalam kebaikan.

Majlis akad nikah di dewan bawah Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas dijalankan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, sementara saksi ialah Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim dan Ustaz Mat Razali Mat Lazin. Khatib nikah merangkap wakil JHEAINS ialah Tuan Haji Lamsin Anggali.

Yus & Nurul (0) Yus & Nurul (1) Yus & Nurul (2) Yus & Nurul (3) Yus & Nurul (4) Yus & Nurul (5) Yus & Nurul (6) Yus & Nurul (7) Yus & Nurul (8) Yus & Nurul (9) Yus & Nurul (10)

Tarikh : Ogos 2014

Lokasi : Brunei Darussalam

Majlis pernikahan dan perkahwinan anak kepada sepupu kami di negara Brunei Darussalam. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan ke syurga insya Allah.

hafizah1 hafizah2 hafizah3 hafizah4 hafizah5 hafizah6 hafizah7 hafizah8

MASWAN & SABRINNA

Kahwin

Tarikh : 14 Jun 2014

Lokasi : Kg Lormalong Kunak

Pengantin : Maswan Sulad & Nur Sabrinna Lamudin

Pertama kali saya berziarah ke Kampung Lormalong Kunak ini, rupanya kebanyakan mereka berasal dari Tuaran dan Kota Belud. Mereka berhijrah ke sini untuk bekerja dan akhirnya berkeluarga. Hubungan mereka dengan kampung asal mereka tetap terjalin.

Setinggi tahniah kepada pasangan pengantin, semoga diberkati sehingga ke syurga Allah SWT. Baarakallahu lakuma, wa baaraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fii khair.

%d bloggers like this: