Tag Archive: Pelima Media


Saya seperti ketagih untuk hadir walaupun sebentar ke pesta buku ini, setelah mengalami suatu pengalaman yang sangat berharga pada tahun lalu bersama kawan-kawan. Kalau tahun lalu saya hadir dengan sahabat-sahabat, kali ini saya datang sendirian walaupun bertemu juga dengan kawan-kawan tahun lepas dengan rombongan yang berasingan.

Cuma kelebihannya kali ini saya sudah tahu serba sedikit simpang siur di dalam kawasan PWTC khususnya dewan-dewan di aras bawah yang menempatkan pasukan-pasukan penerbit atau pengedar buku termasyhur negara. Saya tersilap waktu tutup, kerana menyangka berakhir jam 10, tetapi rupanya jam 9 malam, maka saya hanya ada masa hampir 2 jam untuk meronda kawasan pesta buku ini.

Hampir tiada masa untuk membelek satu persatu buku yang nampak menarik. Saya meninjau beberapa buku yang disasarkan berdasarkan tajuk atau subjek, berjumpa dan terus ambil. Begitu juga buku yang disasarkan berdasarkan penulis atau pengarangnya. Terus saja saya sambar tanpa banyak songeh lagi. Antara kepuasan kali ini ialah saya bertemu dengan Pak Abdul Latip Talib, penulis buku sirah Islam tersohor negara kita di gerai PTS.

Akhirnya, saya dapat membeli sejumlah 35 buah buku pelbagai tajuk dan penerbit dari Galeri Ilmu, PTS, Pelima Media, Pustaka Sheikh Nuruddin (PSN), Pustaka Salam dan seumpamanya dengan kos sekitar RM800. Saya sudah membuat sedikit persediaan dari Kota Kinabalu, membeli troli kecil untuk diheret ke hulu ke hilir dan melancarkan pergerakan dari tempat penginapan – pwtc – dan kembali ke tempat penginapan semula. Akhir sekali, di LCCT, beg yang penuh dengan buku itu, pemegangnya patah kerana keberatan.

Buku yang baru dibaca :

Penulis : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin

Penerbit : Pelima Media Sdn Bhd

Harga : RM20.00 / RM22.00

Menganjak fokus diri kepada fokus Ilahi. Ilmu tauhid adalah jalan untuk mengenal Allah dengan pengenalan sebenarnya. Pangkal Bahagia itu adalah dengan mengenal, sedangkan hakikat bahagia itu ada pada rasa. Tahu itu stesennya di akal, sedangkan rasa itu adalah hadaman jiwa. Takkan murni jiwa insan tanpa pengenalan yang sahih.

Ikuti perbahasan ini, yang menyatu hidangan akal dan jiwa di dalam suatu hidangan akal dan jiwa di dalam suatu hidangan tauhid tasawwuf yang indah.

%d bloggers like this: