Tag Archive: PAS Kedah


Tarikh : 7 Mei 2016

Lokasi : DUN Lambir

img-20160507-wa0039 img-20160507-wa0081 img-20160507-wa0084 img-20160509-wa0074 img-20160509-wa0118 img-20160509-wa0125 20160508_081002 20160508_081815

Tarikh : 30 April & 1 Mei 2016

Lokasi : DUN Lambir, Miri Sarawak

img_1873 img_1886 img_1891 img_1895 img_1901 img_1909img_1916img_1939img_1943img_194620160501_17093220160501_17102420160501_17114320160501_171236img-20160501-wa0035

Tarikh : 25 April 2016

Lokasi : Miri Sarawak

20160425_074727 img-20160425-wa0036 img-20160425-wa0057 img-20160425-wa0062img-20160425-wa008320160425_10020820160425_10054120160425_10060520160425_103340img-20160425-wa0146

ustaz-azizan

Sumber : Harakahdaily

“KALAU boleh biarlah kemenangan PAS untuk memerintah Kedah bukan berlaku masa ana jadi Pesuruhjaya,” itu kata-kata Ustaz Azizan menjelang PRU tahun 2004, sewaktu saya dipanggil ke biliknya untuk mendapat pandangan mengenai calon-calon PAS di kawasan Alor Setar.

‘PAS Tawan Kedah 2004’ adalah slogan PAS bagi PRU11. Selepas PAS mencatat kejayaan memberangsangkan PRU tahun 1999, maka semua menaruh harapan besar bahawa PAS hampir pasti menawan Kedah pada PRU11.

Apabila Ustaz Azizan bercakap begitu sewaktu semua pihak dalam PAS yakin Kedah dapat ditawan, maka apa yang dapat disimpulkan ialah beliau bukan seorang yang gila jawatan.

Ditakdirkan sewaktu ramai yang tidak meletak harapan tinggi bahawa PAS bersama rakan-rakan pakatan mampu menewaskan BN, dalam PRU berikutnya maka kemenangan pun muncul. Ustaz Azizan diamanahkan oleh PAS Pusat untuk memimpin Kerajaan Negeri Kedah sebagai Menteri Besar.

Sewaktu majlis angkat sumpah Menteri Besar Mac 2008, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpelukan dengan Ustaz Azizan. Mahdzir berbisik, “Kami tak sangka BN akan kalah teruk di Kedah.” Ustaz Azizan membalas, “Kami pun tak sangka akan menang.”

Sebuah kerajaan ‘tak sangka’ itulah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan selama lima tahun.  Ia merakamkan pelbagai catatan pahit manis kepada bekas pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia itu.  Lima tahun tidaklah terlalu panjang namun pelbagai cabaran yang datang menguji wibawa Pakatan Rakyat, sekaligus wibawa Ustaz Azizan sendiri selaku penerajunya.

Sama ada ketika beliau masih hidup atau sesudah tiadanya, kita tidak boleh berbohong dalam menceritakan perihal watak istimewa Ustaz Azizan iaitu seorang yang cengil dan tegas. Keramatnya, orang yang nampak cengil ini disukai ramai  hingga mampu bertahan selama lima penggal pilihan raya (1995-2013).  Kadangkala kita hanya mampu memahami kekerasan beliau mempertahankan tindakan setelah satu tempoh berlalu.

Di penghujung tahun 2007, saya menulis di Harakah membelasah kerajaan negeri pimpinan Mahdzir Khalid dengan menganugerahkan ‘berus jamban’ untuk kerajaan beliau (idea datang dari MB Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang memberi anugerah penyapu kepada pegawai daerah yang tercorot dalam pungutan hasil negeri).

Tidak terkecuali dalam kritikan saya ialah segelintir pegawai tadbir Kerajaan Negeri Kedah (KCS) yang menyeleweng. Saya sedar bahawa saya telah membelasah segelintir KCS. Walaupun turut memuji sebahagian KCS yang berkhidmat dengan cemerlang – namun pujian itu tenggelam begitu sahaja.

Ustaz Azizan betul-betul marahkan saya kerana tulisan itu. Lebih-lebih lagi apabila Naib Presiden KCS mengugut akan menyaman penulis. Dalam mesyuarat Perhubungan PAS Kedah saya teruk dihentam. Ustaz Azizan meminta Harakah menghentikan kolum tetap saya. Terasa benar sedihnya, kerana apa yang saya lakukan hanyalah satu usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, tidak padan dengan padah yang diterima.

Mujur Phahrolrazi Zawawi (Timbalan Pesuruhjaya ketika itu) memulihkan keyakinan saya. Melalui SMS beliau berpesan, “Jika kita lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah maka kita tidak akan kecewa dengan kutukan manusia.”

Sebaik Pakatan menawan Kedah 8 Mac 2008, saya meninggalkan negeri ini untuk beberapa hari menuju ke selatan tanah air, tidak ambil tahu apa yang berlaku di Kedah. Saya rasakan hubungan peribadi dengan Ustaz Azizan sudah tidak baik.

Pemarah bukan pendendam

Anehnya, sejurus selepas kerajaan negeri meluluskan kewujudan Urusetia Penerangan untuk menggantikan peranan RTM yang hilang ‘walak’ kepada negeri, Ustaz meminta saya mengetuainya. Saya mengambil masa untuk mempercayai bahawa beliau memilih saya untuk satu tugasan penting.  Oh…  Ustaz Azizan mungkin pemarah tapi bukan pendendam.

Tugasan di Urusetia Penerangan tidak dapat mengelak dari berurusan dengan KCS. Urusan menjadi licin apabila KCS memberi kerjasama dan tergendala jika KCS bersikap sebaliknya. Betul tindakan Ustaz beriya-iya tidak mahu institusi yang tiada kena mengena dengan politik diserang dahulu.

‘Ribut dalam cawan’ yang berlaku awal tahun 2012 memberi imej negatif terhadap kepimpinan PAS Kedah. Banyak pihak menempelak Dato’ Phahrolrazi Zawawi kerana kononnya berkonfrontasi dengan Ustaz Azizan. Phahrolrazi dituduh gila kuasa, walhal beliau hanya mahu mengundur diri dengan baik dari barisan Exco kerana tidak mahu banyak berbeza dengan keputusan Menteri Besar. Niat Phahrolrazi baik namun impak negatifnya tetap besar terhadap imej kerajaan Pakatan yang diterajui PAS.

Apabila Pusat campurtangan, kemelut pun selesai. Dalam mesyuarat perhubungan yang berlaku sejurus selepas itu Ustaz Azizan membuka seluasnya kepada ahli perhubungan untuk mencurahkan isi hati. Ada yang tenang, ada yang rasional dan tak kurang yang emosi. Kebetulan Dato’ Phahrolrazi dan Dato’ Dr. Ismail Salleh yang dikaitkan dengan konflik tidak hadir. Ramai juga meminta Ustaz mengundurkan Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2.

Ada juga yang minta dikekalkan. Sambil tersenyum untuk Azizan menjelaskan pendiriannya pula berserta hujah-hujah yang meyakinkan – Phahrolrazi dan Dr. Ismail dikekalkan jawatan dalam perhubungan! Nah, siapa mahu mengesahkan bahawa Ustaz Azizan seorang pendendam? Hanya orang berjiwa besar dapat melakukan perkara besar.

Watak orang politik biasanya banyak berlakon untuk bertahan dalam politik. Lain ceritanya dengan Ustaz Azizan, mampu bertahan lama dalam politik tanpa lakonan. Pantang beliau disuruh berlakon, sekalipun hanya diminta mengacau bubur lambuk untuk dirakamkan lensa kamera. Apa yang keluar dari mulutnya adalah yang lahir dari hati. Beliau seorang yang tegar jati dirinya, sebagaimana beliau bercakap loghat Kedah pekat walau di mana berada.

Banyak lagi keistimewaan Ustaz Azizan. Ada kesempatan kita cerita lagi.

Zulkifli Yahaya

Harakahdaily | 4 Okt 2013

AZIZAN YANG SAYA KENALI

Azizan_Abdul_Razak

Sumber : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=9348

Apabila PAS merampas Kedah dalam pilihan raya peringkat negeri, saya bercadang untuk membuat kunjungan hormat menemui Menteri Besar baru, Ustaz Azizan. Saya tahu bahawa beliau perlu menyelesaikan banyak perkara, maka selepas beberapa bulan, saya memohon untuk membuat temujanji berjumpa dengannya.

Maklum balas yang diterima amat menggalakkan. Saya menerima jemputan makan malam di kediaman rasminya. Itulah kali pertama saya bertemu dengan (Tan Sri) Azizan Abdul Razak. Beliau boleh digambarkan sebagai seorang yang peramah dan menghiburkan dengan jenaka sehingga menjadikan pertemuan pertama itu berlangsung dalam suasana tenang dan santai. Selepas beberapa minit, beliau mempelawa saya untuk makan malam bersamanya.

Beliau memberitahu yang beliau sudah memesan mi Abu, mi goreng, popia dan menghidangkan durian serta dadih sebagai pencuci mulut. Katanya, beliau sudah meminta setiausahanya untuk bertanya setiausaha saya apakah makanan kegemaran saya dan mendapat senarai daripada setiausaha saya. Kemudian, beliau menghidangkan air panas. Beliau sudah menyelidik mengenai diri saya.

Saya gembira pertemuan pertama dengannya. Saya dapati beliau sangat merendah diri, berpengetahuan dan mempunyai sifat jenaka. Selepas pertemuan pertama itu, setiap kali saya berada di Kedah, saya akan bertemu dengannya untuk makan malam, yang mana saya akan dihidangkan makanan kegemaran saya – mi Abu dan popia.

Bincang masalah sebagai MB

Selepas itu, beliau akan mula membincangkan masalah yang beliau hadapi sebagai seorang MB. Beliau sentiasa berkata dengan perkataan yang manis kepada semua orang dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata menghina sesiapa. Katanya, tugasnya sangat mencabar untuk menguruskan negeri yang perolehannya rendah, tetapi perbelanjaan terus meningkat.

Saya berkata kepadanya, selagi negara mengharapkan Kedah menjadi negeri jelapang padi Malaysia, Kedah perlu terus meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan ia perlu berubah. 

Negara kita adalah pengeluar beras yang membabitkan kos tinggi. Ketika saya di dalam kerajaan, saya pernah mencadangkan supaya kita mengimport beras dan menggunakan tanah sawah untuk kegunaan yang lebih produktif. Beliau bersetuju dengan saya tetapi mengakui ia memerlukan sokongan daripada Kerajaan Pusat untuk mengubahnya.

Kami terus bertemu secara kerap, sama ada di Alor Setar atau Kuala Lumpur. Beliau sukar untuk memenuhi permintaan yang menimbulkan konflik daripada banyak pihak. Ia benar-benar menyukarkan dirinya untuk cuba berlaku adil tetapi tegas. Beliau menjadikan dirinya tidak popular dengan orang tertentu tetapi rakyat suka dengan pendekatannya. Beliau menjadi seorang pemimpin yang dihormati masyarakat.

Walaupun beliau menerima tekanan daripada partinya sendiri, beliau bertegas dirinya adalah MB untuk seluruh rakyat Kedah. Beliau akan melayan semua. Akhirnya, sama ada secara tersembunyi atau terbuka, beliau diserang rakan parti gabungan dalam pakatan tetapi beliau tegas dengan prinsipnya, yang mana dalam politik, beliau perlu akur kehendak parti, dengan syarat ia tidak bercanggah dengan prinsip yang beliau pegang dan pada akhirnya, beliau berkata, beliau perlu bertanggungjawab kepada Allah. Ini yang membuatkan beliau tidak bersedia berkompromi.

Apabila saya mendapat berita beberapa wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) merancang untuk menukar kem, saya mengingatkan beliau. Saya berkata kepadanya selepas apa yang berlaku di Perak, saya tidak fikir Barisan Nasional (BN) sedia untuk mengambil bahagian dalam politik seperti ini. Rakyat akan marah dan semua pihak perlu menerima keputusan pilihan raya dan teruskan seperti biasa.

(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) cuba dan gagal dan rakyat tidak mempercayai mana-mana kerajaan dibentuk dengan cara ini. Tetapi beliau berkata: Saya di sini buat sementara waktu saja. Biar Allah menentukan tetapi kita perlu uruskan semua masalah yang timbul terlebih dulu.

Kemudian, selepas itu ada lagi cubaan untuk menjatuhkannya. Beliau tidak cemas, malah beliau tidak terlalu yakin, namun tetap bersedia. Beliau mengharungi semua cabaran dengan caranya, di luar, beliau tetap berjenaka tetapi di dalam, bersedia dengan kemungkinan yang mungkin berlaku. Akhirnya, beliau berjaya.

Beliau meminta saya untuk mengatur pertemuan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang saya memang lakukan. Mereka berkawan baik. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Azizan juga memberitahu yang beliau diheret oleh PAS dan diminta memberi penjelasan mengapa beliau rapat dengan PM, Dr Mahathir dan saya. Beliau menjelaskan kepada mereka bahawa beliau mengenali adik Najib, Johari ketika sama-sama belajar undang-undang di London. Dalam kes Dr Mahathir dan saya, beliau mahu belajar daripada pengalaman dan beliau tahu kita mengharapkan yang terbaik untuk Kedah dan perlu sokong dirinya untuk kebaikan yang lebih bagi Kedah. Mereka (PAS) menerima penjelasannya.

Idea membina untuk Kedah

Azizan mempunyai idea yang membina untuk Kedah. Beliau mahu menambak kawasan pantai Kuala Kedah dan membina sebuah bandar baru. Beliau meminta saya mencarikan pemaju untuk melaksanakannya dan sekarang, ia masih dalam peringkat kajian.

Beliau berhasrat ke Mesir untuk mempelajari bagaimana negara itu berjaya dalam pengeluaran hasil pertanian di kawasan padang pasir yang luas dan menukarnya menjadi tanah subur. Beliau mahu melakukan perkara sama di Kedah. Azizan mahu membina lebih banyak kawasan perumahan terutama rumah mampu milik di bawah RM200,000.

Beliau mengarahkan pejabatnya melakukan satu kajian terhadap masalah itu dan bagaimana golongan berpendapatan pertengahan mampu membelinya. Semua ini dalam perancangan.

Azizan turut berbincang dengan saya perlukah Akta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diteruskan. Saya jelaskan kepadanya sebab Dr Mahathir mahu LADA dan sejak itu, Langkawi menjadi terkenal sebagai destinasi pelancongan. Beliau berkata, beliau ditekan supaya tidak memperbaharuinya, tetapi beliau memperbaharuinya.

Azizan terpaksa membuat keputusan yang sukar tetapi dia melakukan apa yang betul untuk Kedah. Beliau memperkenalkan dasar baru yang mana konsesi balak ditender dan ia berjaya meningkatkan pulangan. Nilainya menjadi lebih tinggi, dan dia kemudian mengecilkan saiz konsesi disebabkan orang tertentu. Beliau mahu membawa Institut Penyelidikan Getah (RRI) ke Kedah dan bersedia untuk mencari serta menyediakan tanah untuk tujuan itu.

Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri harus menukar tanah RRI dan kerajaan Kedah membangunkan tanah RRI, dan menyimpannya sebagai satu pelaburan jangka panjang supaya kerajaan boleh mendapat pendapatan darinya.

Azizan juga mahu mempunyai depot minyak dan penapisan di Yan. Beliau menerima banyak cadangan, tetapi beliau mendapati pelabur lebih berminat untuk memiliki tanah berbanding projek asal. Beliau juga mahu perkhidmatan kereta api dan lebuh raya diteruskan sehingga Yan untuk membawa kemajuan di kawasan bandar berhampiran pantai.

Tolak rasuah

Dalam isu rasuah, beliau amat kecewa dengan ahli perniagaan yang cuba menyogok beliau. Beliau kerap mengarahkan setiausahanya supaya memulangkan wang yang ditawarkan kepadanya. Apabila gagal menyogok di pejabat, mereka menghantar wang itu ke rumahnya.

Beliau bertanya dengan saya apa yang harus dilakukan terhadap orang yang bermuka tebal seperti ini. Nasihat saya kepadanya ialah serahkan wang itu kepada anak yatim dan mendapatkan resit daripada setiap derma yang diberikan. Beliau berterima kasih atas nasihat saya.

Azizan juga bercerita dengan saya bagaimana dia memujuk anaknya untuk berkahwin. Beliau dimasukkan ke hospital dan dilayan seorang jururawat yang difikirkannya sesuai untuk menjadi calon isteri kepada anaknya.

Sudah tentu, anaknya tidak bersetuju selepas Azizan meminta isterinya memberitahu anak lelakinya, jika dia tidak mahu berkahwin dengan jururawat itu, beliau akan berkahwin dengan jururawat itu yang boleh menjaganya jika beliau jatuh sakit. Tiba-tiba, selepas pilihan raya, Azizan dimasukkan ke hospital. Saya melawat beliau banyak kali tetapi beliau sering berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada Kedah. Ahli politik seperti beliau jarang ada. Beliau adalah seorang pemimpin rakyat yang berintegriti tinggi dan benar-benar jujur. Malaysia memerlukan ahli politik seperti beliau.

Tun Daim Zainuddin 
Bekas Menteri Kewangan

Sumber : di sini

Secara kasarnya, pada 9  Mei 2013, inilah yang aku lalui….

Khamis – Jam 4.00 petang, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan isteri, diiringi setiausaha politiknya  Dr Syamsuri Mokhtar tiba untuk menziarahi Ustaz Azizan. Aku menyambutnya dari kereta, bersama Pengarah Hospital dan Pasukan Doktor Pakar yang merawat Ustaz Azizan. Dia di bawa ke bilik CCU.

Dalam bilik itu ada ramai pelawat lain, termasuk Dato’ Seri Mahdzir Khalid, mantan MB Kedah, kini MP Padang Terap. TGHH meluru terus ke katil dan memerhati. Aku lihat matanya sayu memandang wajah dan tubuh kaku terkujur, seorang sahabat yang telah lama bersama-samanya mengharungi perjuangan ini. TGHH sangat mengenali Ustaz Azizan, dia tahu kehebatan insan yang sedang bertarung dengan maut itu. Jemaah Islam pimpinannya kukuh dan teguh dengan hadirnya insan yang sedang terbaring koma itu.

Secebis dari kehebatan insan bernama Azizan

Ustaz Azizan pernah bercerita – Katanya- Aku malu nak bercerita kat orang, aku kenai ramai dan biasa bergaul dengan ramai Ulama’  dan tokoh-tokoh yang memimpin kebangkitan umat Islam di seluruh dunia hari ini, antaranya Rashid Al-Ganoushi, Dr Yusof Qardhawi, Sheikh Qadhi Hussain dan ramai lagi. Ada sesetengah orang baru tengok gambaq orang-orang hebat macam tu, depa dah kata kenai sangat-sangat – ceritanya begini –

Lama dulu,  dalam satu persidangan Gerakan Islam antarabangsa, (di London atau Iran, aku sudah lupa) dia mewakili PAS bersama Dato’ Fadzil Noor dan TGHH. Persidangan itu disertai semua tokoh Ulamak Gerakan Islam Sedunia, termasuk Dr Yusof Al-Qardhawi, Dr. Kurshid Ahmad, Dr. Rashid Al-Ghanoushi, tokoh-tokoh Ikhwan dan ramai lagi.

Dalam satu bab yang menjadi perdebatan mereka para ulamak, Ustaz Azizan telah berhujjah panjang, bertembung ilmunya dengan Rashid Al-Ghanoushi (dalam bahasa arab). Akhirnya persidangan itu menerimapakai  hujjah yang dikemukakan oleh Ustaz Azizan. Esoknya, Ustaz Azizan lewat masuk ke persidangan, Dr. Rashid Al-Ghanoushi tercari-cari Ustaz Azizan dan meminta TGHH segera membawa Ustaz Azizan masuk ke persidangan.

Katanya memperi perumpamaan – “Aku ni macam sarjan polis yang dok ukur jalan kes eksiden tu, walaupun pangkat tak tinggi, tapi main dengan lamanya pengalaman dia kerja, kadang-kadang ASP pun mai tanya dia lagi. Pandai tak la pandai, tapi hidup dengan mengajar dan dikelilingi buku dan ilmu, aku buleh la berhujjah sikit-sikit”.

Ustaz Azizan tidak suka bercerita tentang kebolehannya, dia hanya mempraktikkan ilmu dan kemahirannya. Dia low profile, hanya yang benar-benar kenal dan selalu berinteraksi akan mengenalinya. Pada satu ketika di awal tahun 2008, dia marah bila saya membawa cadangan seorang rakan (Hj Nan) supaya dia memakai jubah dan melayani Sami Budha yang akan mengunjunginya, seperti yang dibuat oleh TGNA.

“Hang jangan suruh aku berlakon. Aku dengan cara aku, nak kena berlakon pakai jubah pasai apa? Hang tanya depa tu, dapat pahala ka kalau kita berlakon macam tu…Tok Guru lain, dia memang macam tu dah, dia bukan berlakon!” Aku diam dan mula belajar sesuatu.

Ketika ada cadangan supaya menghebahkan derma dan  potongan elaunnya kepada Tabung Tengku Mahmud yang diilhamkan olehnya, Ustaz Azizan berpesan. “Hang jangan dok hebohkan benda baik yang aku buat macam sumbangan bulanan aku kepada Tabung Tengku Mahmud atau kat parti.  Aku bukan Tok Guru yang sangat tinggi ikhlas dan tawadduknya. Dia tak pa, aku tak mampu. Nanti timbul riak dan ta’ajub, pahala aku hilang, duit aku pun habis, dosa pulak yang mai.” Pengalaman istimewa bersama  insan berusia 69 tahun bernama Ustaz Azizan Abdul Razak akan aku kisahkan kemudian.

Keputusan Besar Dengan Panduan Seorang Pimpinan

Aku memperkenalkan Dato’ Doktor Hamzah (pakar bedah) kepada TGHH supaya dia mendapat gambaran penyakit Ustaz Azizan. “Tuan Guru, Ustaz Azizan sedang tenat…..TGHH menganggukkan kepalanya beberapa kali sepanjang penerangan itu. Turut mendengar penjelasan itu ialah MP Padang Terap yang berdiri di sebelah TGHH. Wajahnya turut cemas dan simpati. TGHH masuk sekali lagi ke sebalik tirai yang menempatkan Ustaz Azizan, membuka selimut di kaki sahabatnya itu….

Dia bercakap serius dan tegas dengan isteri kedua Ustaz Azizan, Ustazah Samsiah yang sentiasa menunggu dan membaca Yaasin di situ sejak pagi. TGHH bersungguh sungguh menjelaskan dan cuba meyakinkan sesuatu kepada warisnya itu. (Orang tua Ustazah Samsiah adalah dua pupu kepada TGHH).

“Sediakan saya bilik mesyuarat, panggil semua ahli keluarga yang ada, dan jemput doktor-doktor pakar datang, saya mahu berbincang dan mendengar pandangan”. Kata TGHH. Aku mengekorinya ke sebuah bilik di sebelah kiri ruang yang sesak itu.

Memang sejak doktor memaklumkan keadaan Ustaz Azizan dan keadaan kakinya, kuman yang merebak ke tubuhnya, risiko dan kesan yang ada,  pendirian keluarga dan kawan-kawan terbahagi dua. Satu pihak menyokong nasihat doktor untuk memotong kedua belah kakinya, sebelah pihak lagi memegang pesanan Ustaz Azizan supaya tidak dipotong. Kalau tak di potong, 100% fatality (kematian), kalau di potong, masih ada peluang untuk hidup.

TGHH bertanya punca-punca Ustaz Azizan sakit hingga ke tahap ini. Saya bercerita panjang sebelum ahli keluarga dan doktor pakar dapat berkumpul. Saya juga ceritakan usaha membawa membawa Ustaz Azizan ke klinik di Bukit Minyak yang tertangguh. “Jangan buang masa yang ada, jangan sampai kita terlambat membuat keputusan, mesyuarat inipun sudah memakan setengah jam”. Kata TGHH.

Hj Ismail Wan Teh yang turut berada dalam bilik itu bertanya. “Anta secara pribadi, pada tahap dan keadaan ini, apakah pendirian anta, potong atau tidak?” Aku merenung wajah TGHH, dia menanti jawapan aku. Aku masih berharap dia akan sedar dan aku akan ikhtiarkan rawatan alternatif untuk tidak dipotong. Bila Doktor menjelaskan bahawa mesin bantuan hayat itu tidak mungkin dapat ditanggalkan, bermaksud, jalan alternatif yang ada sudah punah ranah.

“Ayah Chik, dalam keadaan di mana jalan alternatif yang saya usahakan sudah tidak dapat dibuat kerana Ustaz tidak boleh dibawa keluar dari sini, saya serahkan pendirian saya kepada keputusan yang  Ayah Chik akan ambil. Muktamad!

Ustazah Samsiah masih bertegas tidak bersetuju kaki suaminya di potong. “Ini amanah suami saya.” Katanya. “Saya redha kalau sudah sampai masa nyawanya diambil, dia pergi dalam keadaan itu. Itu pesannya kepada saya dan anak-anak malam Rabu sebelum dia koma. “Ayoh Chik, saya yakin ada unsur lain dalam sakit Ustaz, saya mahu mencuba untuk merawatnya dengan kaedah perubatan Islam pula.” Kata Ustazah Samsiah sambil cuba mendail satu nombor supaya TGHH dapat bercakap dengan pihak  itu.

“Jangan begitu Samsiah, tak boleh bersikap begitu dalam keadaan ini. Itu perkara tidak nampak. Kita kena tengok apa yang nampak dulu. Zahirnya bagaimana. Soal yang tidak nampak kita kira kemudian.  Ini persoalan hidup dan mati. Kita perlu buat keputusan untuk menyelamatkan nyawa Ustaz Azizan”.  TGHH menjelaskan.

“Dari segi syarak pun, inilah kewajipan orang yang masih waras dan sedar, Ustaz Azizan sudah tidak boleh membuat keputusan untuk dirinya. Sanusi pun menerima amanah itu, dia sudah cuba yang termampu. Ustaz Azizan dalam bahaya, mengikut keterangan pakar-pakar, pemotongan kaki perlu dibuat untuk mengelak kuman itu merebak keseluruh tubuhnya. Paling bahaya jika sudah meresap ke organ-organ penting.  Kita kena dengar cakap mereka kerana kita bukan pakar. Mereka yang pakar dalam bidang ini. Panggil Faekah ke sini”! TGHH kelihatan sangat tegas dan yakin dengan pendiriannya. Ustazah Samsiah minta diri untuk keluar kerana di situ tiada liputan talian. Dia masih cuba memuat panggilan telefon.

Kak Faekah dan anak-anak masuk dan mendengar penjelasan Doktor dan TGHH. Kak Faekah sudah ada keputusan. Aku berlalu keluar. Ini ruang untuk keluarga membuat pendirian sesama mereka. Bila aku masuk semula, Kak Faekah dan Ustazah duduk bersebelahan di hadapan TGHH dan pasukan Doktor. Kedua-duanya sugul dan menundukkan wajah. Keputusan sudah dibuat.

Kak Faekah akan menandatangani surat persetujuan waris untuk mengizinkan pembedahan. Jam menunjukkan pukul 4.45 petang, ketegasan TGHH telah memandu keluarga besar itu membuat satu pendirian yang sangat besar untuk mereka semua, untuk menyelamatkan nyawa insan yang mereka sayangi, insan yang sangat berjasa kepada ummah dan perjuangan Islam.

YAB Menteri Besar Kelantan masuk sebaik saja keputusan dicapai. Pasukan Doktor pakar yang menunggu keputusan keluarga sejak semalam kini mempunyai tanggungjawab besar. “Anything can happen during the operation procedure, even before its start or after that. We do whatever we can, the rest, we pray to Allah”. Begitulah lebih kurang ayat akhir Dato’ Dr Hamzah. Mereka kemudian meminta izin bergambar bersama kedua tokoh Gerakan Islam yang memimpin PAS itu.

Keluar dari bilik itu seperti terkeluar dari dilema dan kekusutan. Demikianlah sifat dan sikap seorang pemimpin, seorang sahabat dan seorang Tok Guru. Dia memandu kita diwaktu samar, dia tunjukkan jalan menuju cahaya. Dia mampu memberi kata putus dengan hujjah dan pedoman ilmu. Dia merujuk dan menghormati kebolehan orang lain dalam bidang mereka, dia melihat apa yang lebih utama (aulawiyat) di waktu pilihan berpecah dua. Dia tegas dan bersungguh -sungguh. Pertimbangannya menghasilkan keputusan yang jelas dan kukuh. Dia hadir membawa sinar penyelesaian dalam kekusutan. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Jam 7.00 petang, Ustaz Azizan yang sedang koma dipindahkan ke dewan pembedahan, sekitar jam 11.00 malam, separuh tubuhnya di bawa keluar ke ICU, separuh lagi meluncur di jalan menuju pusara persemadian di Muassasah Darul Ulum. Aku berserah kepada Allah atas apa yang telah ditentukan untuk seorang pimpinan Jemaah Islam yang sangat aku kasihi. Dia bukan sahaja bapa kepada anak-anaknya, dia seperti ayah buat kita semua. Dia kini masih terbaring di wad itu… Menjalani takdir dari Allah yang Maha Esa.

BERTEMU DR HAMDAN KHALIB

Ketika kuliah Darussyifa’ siri 6 berlangsung di Masjid Negeri Sabah, saya keluar mencelah sekejap waktu rehat tengahari, solat zuhur di Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Likas dan kemudian menyinggah berhari raya di sebuah rumah, memenuhi jemputan sahabat yang bermula jam 12.30 hingga lewat petang.

Barangkali saya antara orang yang awal hadir di kalangan kawan-kawan, kerana saya perlu menjaga masa dan kembali ke kuliah yang bersambung sebelah petang. Separuh makan-makan saya, baru muncul tetamu-tetamu yang lain, dan di kalangan ramai-ramai itu saya ternampak YB Dato’ Dr Hamdan Khalib, ADUN Tanjung Dawai Kedah. Seingat saya pernah bertemu dengannya beberapa tahun lalu di Kedah, kalau tidak salah ketika itu beliau belum dipilih sebagai ADUN.

Saya mengenali dari jauh beliau sebagai doktor perubatan dan masih mengekalkan aktiviti pemeriksaan kesihatan am secara percuma yang dinamakan ‘klinik wakaf sejahtera’, merangkumi beberapa kawasan dalam DUN Tanjung Dawai, tempat beliau berkhidmat kini. Beliau juga merupakan aktivis penting Yayasan Amal Malaysia dan sering berkelana ke banyak lokasi di seluruh dunia dalam kerja-kerja kebajikan seperti di Timur Tengah, Asia Tengah dan Asia Tenggara.

Dalam kerja-kerja siasah dan pentadbiran kerajaan Negeri Kedah, beliau juga adalah Exco Belia, Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan. Rupanya kehadiran beliau ke Sabah adalah menemani rombongan bola sepak Kedah yang menentang Sabah di Stadium Likas pada malam minggu lalu.  Beliau juga adalah Setiausaha Kehormat Kedah FA. Tapi malam itu, khabarnya pasukan bola Kedah tewas kepada Sabah. Hehehe… 🙂

%d bloggers like this: