Tag Archive: Pakatan Rakyat Sabah


Rekod 2004 :

P173 Putatan. Majoriti : 7,832

MAKIN MARCUS MOJIGOH BN 13,816 67.31 MNG
 AWANG AHMAD SAH KEADILAN 5,984 29.15 KLH

N17 Tanjong Aru. Majoriti : 4,909

YONG OUI FAH BN 6,904 65.88 MNG
 AWANG AHMAD SAH KEADILAN 1,995 19.04 KLH
 CHONG YAW FAH @ STEPHEN DAP 1,440 13.74 KLH
 FOO AH ONONG @ ONONG OTONG PASOK 118 1.13 HD

N 18 Petagas. Majoriti : 4,221

YAHYAH ‘@ YAHYA BIN HUSSIN ‘@ AG. HUSIN BN 6,808 67.45 MNG
 SALLEH BIN TIASI ‘@ TIASEH BERSEKUTU 2,587 25.63 KLH

Rekod 2008 :

P173 Parlimen Putatan. Majoriti : 6,445

MAKIN @ MARCUS MOJIGOH BN 13,737 60.55 MNG
 SAUKINAH BINTI YUSSOF PKR 7,292 32.14 KLH
 RAMZAH BIN AHMAD BEBAS 918 4.05 HD

N17 Tanjong Aru. Majoriti : 2,960

YONG OUI FAH BN 6,430 52.65 MNG
 AWANG AHMAD SAH PKR 3,470 28.41 KLH
 YANG CHAN TSZE @ TEDDY YANG DAP 2,298 18.82 KLH

N18 Petagas. Majoriti : 3,568

YAHYAH @ YAHYA BIN HUSSIN B AG. HUSIN BN 6,700 63.65 MNG
 SALLEH BIN TIASI @ TIASEH PKR 3,132 29.75 KLH

2013 : Parlimen

  • MAKIN @ MARCUS MOJIGOH (BARISAN NASIONAL)

  • LEE HAN KYUN @ JOSEPH LEE (DAP)

  • DULI @ DULLIE BIN MARI @ MARIE (PARTI MAJU SABAH)

  •  AWANG AHMAD SAH (STAR)

N17 Tanjong Aru :

  • SALLEH BIN TIASI @ TIASEH (PARTI REFORMASI NEGERI)

  • HAMID BIN ISMAIL (PARTI ISLAM SE MALAYSIA)

  • YONG WE KONG (PARTI MAJU SABAH)

  • YONG OUI FAH (BARISAN NASIONAL)

N18 Petagas

  • AWANG AHMAD SAH (PARTI REFORMASI NEGERI)

  • DATUK YAHYAH @ YAHYA BIN HUSSIN @ AG HUSIN (BARISAN NASIONAL)

  • MAT YUNIN @ MOHD YUNIN BIN ATIN (PARTI KEADILAN RAKYAT)

Parlimen Putatan 2013 (1) Parlimen Putatan 2013 (2) Parlimen Putatan 2013 (3) Parlimen Putatan 2013 (4) Parlimen Putatan 2013 (5) Parlimen Putatan 2013 (6)Parlimen Putatan 2013 (8) Parlimen Putatan 2013 (9) Parlimen Putatan 2013 (10) Parlimen Putatan 2013 (11) Parlimen Putatan 2013 (12) Parlimen Putatan 2013 (13) Parlimen Putatan 2013 (14) Parlimen Putatan 2013 (15) Parlimen Putatan 2013 (16) Parlimen Putatan 2013 (17) Parlimen Putatan 2013 (18) Parlimen Putatan 2013 (19) Parlimen Putatan 2013 (20) Parlimen Putatan 2013 (21) Parlimen Putatan 2013 (22)

CERAMAH PR @ PENAMPANG

Tarikh : 7 April 2013 (Ahad)

Masa : 8.00 malam

Lokasi : Kg Nosoob Baru Penampang

Ada dua sebab kenapa saya mahu sangat hadir dan melihat sendiri sambutan ceramah Pakatan Rakyat di sekitar Penampang ini. Sebelum ini ramai teman-teman bercerita tentang sambutan dan  keghairahan masyarakat KDM untuk membuat perubahan dalam PRU13 kali ini.

Pertama, kerana ingin melihat reaksi penduduk dan masyarakat setempat terhadap Pakatan Rakyat. Tambahan pula malam tersebut, sepatutnya bersama mereka ialah Tian Chua yang pada tengaharinya telah dihantar pulang setelah dihalang masuk ke negeri Sabah. Walaupun  jasadnya tidak hadir bersama-sama di sini, Tian Chua dapat juga berceramah melalui talian internet Yahoo Messenger. Justeru, dalam konteks di sini kehadiran antara 700-1000 orang boleh dikira memberansangkan.

Kedua, wakil PAS Sdr Hamid Ismail dijemput untuk berucap. Menariknya di hadapan yang majoritinya non muslim itu, Hamid bercerita tentang hukum hudud, isu pembakaran bible yang pernah disensasikan tidak lama dulu serta isu kalimah Allah. Secara umumnya Hamid berjaya mengutarakan keindahan Islam dengan menyatakan larangan agama Islam terhadap penghinaan agama orang lain. Berkali-kali audien bertepuk tangan mendengar penjelasan Hamid.

PR @ Kg Nosoob (1) PR @ Kg Nosoob (2) PR @ Kg Nosoob (3) PR @ Kg Nosoob (4) PR @ Kg Nosoob (5) PR @ Kg Nosoob (6) PR @ Kg Nosoob (7)

Lebih 1500 perwakilan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat – Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di Star City, Kota Kinabalu petang jumaat dalam satu Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah yang julung kali diadakan. Tarikh 16 September yang merupakan hari cuti am sempena Hari Malaysia dipilih untuk mengumpulkan pemimpin dan ahli ketiga-tiga parti dengan membawa tema ‘UBAH DEMI RAKYAT’.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Sabah Tanahairku’ sebelum ucapan pengarah program Datuk James Ghani. Ketiga-tiga wakil parti di peringkat negeri telah membahaskan beberapa perkara berkaitan kepentingan rakyat negeri Sabah seperti agama Islam, isu-isu pembangunan, pendidikan, perumahan, tanah, ekonomi, kebajikan, kesihatan dan sebagainya.

Wakil kepimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat telah memberikan ucapan pada sesi terakhir iaitu Tuan Haji Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS), YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR). Ketiga-tiga mereka bersama kepimpinan negeri bersama-sama melancarkan 20 reformasi pentadbiran Pakatan Rakyat Sabah dan kemudiannya menandatangani  plak sebagai menandakan pelancaran 20 tawaran berkenaan.

%d bloggers like this: