Tag Archive: Musally Moksin


SEMAKAN QURAN LAMA

Tarikh : 16 November 2015

Lokasi : Bahagian Penyelidikan dan Informasi JHEAINS

Dua buah al-Quran lama menjadi semakan kami kali ini. Salah satunya didakwa berusia sekitar 100 tahun dari Indonesia, ayat al-Quran tanpa baris yang ditulis di atas seludang tamar. Sebuah lagi mashaf lama yang turut dipohon oleh Muzium Tamadun Islam agar disemak kesahihannya sebelum dipamer untuk orang awam.

Terima kasih undangan Ustaz Musally Moksin untuk sama-sama menyemak bahan kali ini. Ia pengalaman yang sangat bernilai dan bermanfaat.

20151116_152105 20151116_152256 20151116_153823 20151116_154248 20151116_154850 20151116_160425

BUKU KE-2 : USRAH REMAJA

Tarikh : 7 Ogos 2015

Lokasi : Bahagian Penyelidikan & Informasi JHEAINS

Alhamdulillah, dapat meluangkan masa berkunjung dan bertemu dengan Ustaz Musally Moksin KPP BPI sekaligus menerima maklum penerbitan buku kedua bersama JHEAINS bertajuk Usrah Remaja. Walaupun terlambat, kelahirannya membuatkan saya tetap teruja. Terima kasih kepada pihak BPI khususnya Ustaz Musally dan pasukannya.

20150807_105927 20150807_143932-1 IMG-20150807-WA0083

Ini penampilan sulung Ustaz Musally Moksin, bos kami di Bahagian Penyelidikan dan Informasi JHEAINS memberikan tazkirah di Masjid Negeri Sabah khususnya tazkirah zuhur setiap rabu anjuran Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah. Beliau agak kurang tampil di hadapan khalayak tetapi medan sebenar beliau adalah melalui tulisan-tulisannya melalui teks-teks khutbah, artikel agama terbitan JHEAINS. Saya ada menawarkan beliau untuk mengisi slot tazkirah zuhur dan tanpa diduga beliau bersetuju.

Tazkirah beliau sekitar 35 minit berlegar tentang ciri-ciri atau contoh-contoh ajaran/fahaman sesat dan salah yang berlegar dalam masyarakat. Tajuk itu juga sebenarnya adalah cadangan saya juga. Beliau menggariskan beberapa ajaran yang berkait berkenaan aqidah, syariat dan akhlak Islam yang selalu diselewengkan mengikut hawa nafsu mereka semata-mata, misalnya seorang ketua kumpulan ajaran sesat mengakui dirinya menjadi nabi akhir zaman, menerima wahyu dan pelbagai dakwaan luar biasa lagi. Ada juga kumpulan ajaran sesat mendakwa seperti tidak perlu solat, puasa cukup 3 hari saja, pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan.

Dalam laporan yang kami terima, terdapat juga bentuk ajaran yang mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati. Mereka juga melarang ahli jangan bergaul dengan masyarakat atau kumpulan selain mereka, tidak menerima sembelihan haiwan selain sembelihan ketua mereka sekaligus memaksa dan mengugut ahli dengan pelbagai cara, seperti jika tidak yakin akan ditimpa musibah dan sebagainya.

Saya ada berbincang dengan beliau kalau ciri-ciri seumpama ini dapat diposterkan dan disebarkan seluruh negeri melalui masjid, surau, bangunan-bangunan jabatan kerajaan dan seumpamanya. Tentang tazkirah beliau, insya Allah kami akan mengundang lagi dengan topik lain pula.

%d bloggers like this: