Tag Archive: Mufti Negeri Sabah


Sumber : http://www.facebook.com/ahmad.h.yassin

KOTA KINABALU, Ustaz Haji Bungsu @Aziz bin Haji Jaafar 48, anak kelahiran Kampung Pimping Membakut yang juga Pensyarah Kanan Pusat Penilaian dan Kefahaman Islam UiTM Sabah dan merupakan anak jati Sabah yang pertama telah dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sabah yang baru secara pinjaman untuk tempoh 3 tahun. Watikah pelantikan beliau sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sabah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri pagi tadi (10 Ogos 2012).

Antara yang hadir menyaksikan penyampaian Watikah Pelantikan Mufti Kerajaan Negeri Sabah yang baru Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Dato Seri Haji Nasir Tun Haji Sakaran, Pengerusi Sedco Datuk Haji Mohd Ariffin Arif, Pengerusi MUIS Datuk Suhaili Mohd Said, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Haji Nordin Siman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Datuk Haji Amri A Suratman dan Yang Amat Arif Ketua Hakim Syari’e Negeri Sabah Datuk Haji Jasri Mat Jakir.

Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Pimping Membakut, (sekarang dikenali SK. Pengiran Jaya Kg.Pimping) kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah St Patrick Membakut seterusnya melanjutkan pelajaran di Syahadah Ibtidaiyyah Madrasah Al-Quran WadDin, Kg. Melayu Majidi Johor Bahru dalam Syadah Thanawiyyah Maahad Johor, Johor Bahru.

Ustaz Bungsu @ Aziz adalah lulusan Sarjana Muda dari Akademi Islam Universiti Malaya kemudian melanjutkan pelajaran Master beliau di Universiti Birmingham United Kingdom.

TERIMA

Pertama kali menerima tugasan ini pada 2007 setelah dicalonkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan disokong oleh SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah yang merupakan ahli Lembaga Kawalan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN). Setiap dua tahun, perlantikan sebagai ahli Lajnah Tashih al-Quran akan disemak semula. Biasanya sokongan daripada KDN  diberikan jika prestasi sepanjang dua tahun memuaskan dan jabatan agama negeri pula tidak mengemukakan nama perwakilan yang lain sebagai ganti.

Ini kali ketiga nama saya terus ditawarkan dan saya menerima dengan kesyukuran yang tidak terhingga. Peluang berkenalan dengan tokoh-tokoh alim ulama’, mengutip ilmu berharga daripada mereka serta berpeluang mendalami kaedah penyemakan al-Quran di Malaysia sesungguhnya suatu pengalaman yang sangat tidak ternilai. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kesempatan untuk saya dan kami semua berperanan khususnya dalam menjaga kesucian al-Quran di Malaysia.

%d bloggers like this: