MPH Bookstore

Sibuk-sibuk menyemak al-Quran, saya mencuri masa berehat dengan meninjau Mahkota Parade yang terletak bersebelahan bangunan Hotel Mahkota, tempat kami bersidang.

Tujuh tahun lalu saya pernah ke sini bersama isteri yang baru dinikahi.

Tujuan hanya untuk merehatkan badan dan otak seketika, di Mahkota Parade saya baru mengetahui di sana ada premis MPH Bookstore.

Habislah juga beratus membeli buku yang lama diidam. Insya Allah akan diulas di dalam blog ini buku berkenaan satu persatu apabila tiba masanya.

Premisnya kelihatan segar dan cara buku dipamer juga memudahkan pelanggan mencari sendiri.

Ketika membayar harga buku-buku berkenaan, saya disapa oleh gadis juruwang : “Orang Sabah?”

“Ya”.

“Saya pun Sabah juga. Dari Penampang”

“Oh, sumandak Sabah rupanya”. Bisik hati saya. Jauh dia bekerja sehingga ke sini.

Hendak digambar, rupanya dilarang menggambar di dalam premis berkenaan.