Tag Archive: Mohd Khairuddin Aman Razali


Tarikh : 17 Januari 2015

Lokasi : Hotel De Choice, Tawau

Pembentang : YB Ustaz Nik Mohamad Abduh, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor, Ustazah Nuridah Salleh, Dr Rosni Adam, YB Dr Khairuddin Aman Razali.

NEKAD 5.0 Tawau (1) NEKAD 5.0 Tawau (2) NEKAD 5.0 Tawau (3) NEKAD 5.0 Tawau (4) NEKAD 5.0 Tawau (5) NEKAD 5.0 Tawau (6)

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33335-bermula-sebagai-parti-islam-berakhir-parti-liberal-sekular

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | 19 Januari 2015.

MAKLUMAT yang sama seperti disebut oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang disampaikan sendiri kepada saya oleh Dr Abd Salam Ballahi, ahli parlimen daripada Parti Keadilan dan Pembangunan Morocco/Harakah Islah Morocco ketika Konvensyen Ahli Parlimen Islam di Turki pada 9-10 Jan 2015; bahawa Parti Istiqlal Morocco yang bermula benihnya seawal 1937 dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1944 bermula sebagai parti Islam dan seterusnya menjadi parti yang berkongsi pemerintahan di negara Morocco sepanjang 60-an, 70-an dan 80-an.

Ia diasaskan oleh salah seorang tokoh ulama dan tokoh gerakan Islam semasa iaitu Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi (lahir 1910 – meninggal 1974). Beliau mempunyai puluhan karya tentang Islam termasuk di bidang Maqasid dan Usul Fiqh.

Namun, kemasukan pemimpin yang berfikiran liberal dalam tampuk kepimpinan parti hingga akhirnya mereka menguasai kepimpinan telah merubah parti Istiqlal daripada berdasarkan Islam kepada parti berfikiran liberal dan kemudiannya bertukar pula menjadi parti sekular.

Parti Istiqlal dilihat telah meninggalkan banyak dasar Islam apabila membiarkan pelbagai dasar bercanggah dengan Islam menjadi sebahagian dasar negara Morocco terutamanya di era kompromi dengan parti sosialis membentuk kerajaan bersama dari tahun 1992-2007.

Pada tahun 1973, Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi berkata kepada para ulama Morocco; “Parti Istiqlal tidak lagi bersifat Islam. Sekiranya kamu ingin kekalkan sifat Islam yang ada pada parti perlulah kamu sertainya segera sekarang”.

Selepas pemergian beliau pada tahun 1974, penggantinya, Muhammad Buusittah yang memimpin parti sehingga 1998 telah merubah parti daripada berasaskan Islam kepada bersifat kebangsaan.

Pada tahun 1992, Parti Istiqlal membentuk Pakatan Demokrasi bersama Parti Kesatuan Sosialis dan berjaya mendapat kuasa bersama pada tahun 1998 dan 2002.

Kesannya pada pertengahan 70-an dibentuk satu gerakan Islam yang baru di Morocco sehingga akhirnya secara rasmi dinamakan Harakah Tauhid dan Islah pada tahun 1996. Mereka mencari ruang menubuhkan parti Islam yang baru dengan mengambil alih sebuah parti kecil yang berdaftar bernama Harakah Sya’biyyah Dusturiyyah Demokratiyyah pada tahun 1996 lalu diubah nama kemudiannya menjadi Hizbul Adaalah wa Tanmiyah (Parti Keadilan dan Pembangunan).

Parti Islam yang baru ini akhirnya berjaya mendapat kuasa mengalahkan Parti Istiqlal yang telah menjadi sekular pada tahun 2012 dengan mendapat 107 kerusi parlimen manakala Parti Istiqlal hanya mendapat 47 kerusi parlimen. Parti Keadilan berjaya menjadi parti pemerintah baru Morocco atas nama Islam bukan atas nama sekular atau liberal sehingga hari ini, 2015.

HARAKAHDAILY 19/1/2015

Dicatat sempena Nadwah Memperkasakan Du’at (NEKAD) Anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Tawau 17 Jan 2015.

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33044-nasihat-agama-dan-wasiat-iman

Maulidur Rasul; Memupuk Kesabaran Menghadapi Ujian dan Menyuburkan Keprihatinan Ummah

1. Musibah adalah perkara yang menjadi sebahagian sunnah kehidupan. Ia bertujuan menguji mereka yang sabar dalam menghadapi ujian untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa mereka.

2. Masyarakat yang diuji dengan banjir sebagai contoh diuji juga dengan kemampuan berkongsi apa yang mereka ada atau apa yang mereka perolehi. Nabi saw memuji suku Asy’ariyyin yang mampu berkongsi saki-baki makanan yang ada pada mereka.

Imam Muslim meriwayatkan Hadis bahawa Nabi saw bersabda;

إِنَّ الْأَشْعَرِيِّينَ إِذَا أَرْمَلُوا فِي الْغَزْوِ أَوْ قَلَّ طَعَامُ عِيَالِهِمْ بِالْمَدِينَةِ جَمَعُوا مَا كَانَ عِنْدَهُمْ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ ثُمَّ اقْتَسَمُوهُ بَيْنَهُمْ فِي إِنَاءٍ وَاحِدٍ بِالسَّوِيَّةِ فَهُمْ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang Asy’ari apabila mereka kehabisan bekalan dalam peperangan atau kekurangan makanan tanggungan mereka di Madinah, mereka menghimpunkan apa yang ada dengan mereka dalam satu kain kemudian mereka mengagihkannya di kalangan mereka dalam satu bekas secara sama rata. Maka mereka tergolong di kalangan saya dan saya tergolong di kalangan mereka.”

3. Semangat berkongsi adalah ujian besar di kalangan orang-orang yang ditimpa dengan ujian kesusahan kerana sikap manusia selalunya ialah berusaha memenuhi keperluan diri sendiri terlebih dahulu.

4. Bagi masyarakat sekitar pula, musibah yang menimpa jiran dan rakan taulan mereka menjadi ujian keprihatinan. Adakah kita bersedia membantu mereka yang kesusahan sama ada dengan tenaga, masa dan juga harta benda.

5. Antara sifat mulia Rasulullah saw ialah keprihatinan terhadap kesusahan ummat yang terbentuk sebelum baginda saw menjadi Nabi lagi. Ia disebut oleh Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid radiyallahu anha dalam peristiwa Nabi saw menerima wahyu yang pertama sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim;

إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ وَتَصْدُقُ الْحَدِيثَ وَتَحْمِلُ الْكَلَّ وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ وَتَقْرِي الضَّيْفَ وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ

Maksudnya; “Sesungguhnya kamu benar-benar menyambung hubungan rahim, bercakap benar, menanggung bebanan kesusahan orang, memberi harta kepada yang papa (tidak mampu bekerja), memberi makan kepada tetamu dan membantu (mangsa) musibah tragedi.”

6. Golongan Ansar yang membantu golongan Muhajirin ke Madinah dipuji oleh Allah

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ( 9 ) )

Maksudnya: “dan mereka (iaitu Ansor) yang menempati bumi (Madinah) itu dan (menempati) keimanan sebelum kehadiran mereka (iaitu Muhajirin), mereka sayangkan orang berhijrah kepada mereka, mereka tidak merasai dalam hati mereka sebarang hajat keperluan daripada apa yang telah mereka hulurkan dan mereka mengutamakan (Muhajirin) berbanding diri mereka meskipun mereka juga ada keperluan tersendiri. Dan sesiapa yang terpelihara daripada sifat kikir dalam dirinya maka merekalah golongan yang beroleh al-Falah (kejayaan selepas kesukaran).
Surah al-Hasyr ayat 9.

7. Golongan Ansor dipuji oleh Allah kerana mempunyai 3 sifat;
1. Sayang kepada golongan Muhajirin
2. Ikhlas memberikan bantuan tanpa mengharapkan balasan.
3. Memberikan keutamaan bantuan kepada golongan Muhajrin meskipun mereka sendiri memerlukan.

8. Marilah kita membina semangat berkongsi masalah dan kesusahan serta menyuburkan keprihatinan terhadap mereka yang susah. Hari ini mereka berhadapan kesukaran kerana banjir dan sebagainya. Entah esok entah lusa kita pula dilanda kesusahan.

Di manakah kita hari ini?

Selamat menyambut Maulidur Rasul. “Maulidur Rasul; Membina Keprihatinan Ummah”

Ditulis oleh al-Faqiiru ilaLlah

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sabtu 12 Rabiul Awal 1436 H / 3 Januari 2015 – (1.00 pm)

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/32785-membina-golongan-ribbiyyun-dalam-perjuangan-islam

20 Disember 2014.

Pendukung utama yang tahan uji dalam perjuangan para Nabi ialah golongan “Ribbiyyun” sebagaimana dijelaskan oleh Allah dalam surah Aali ‘Imran ayat 146:

وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

“Dan betapa banyak Nabi yang berperang bersamanya ‘Ribbiyyun’ yang ramai. Maka mereka tidak merasa lemah semangat terhadap apa yang menimpa mereka di jalan Allah, mereka tidak lemah jasad dan mereka tidak tunduk (pada musuh). Dan Allah sukakan orang-orang yang sabar”.

Siapakah Ribbiyyun?

Sarjana Tafsir memberikan pelbagai tafsiran bagi makna Ribbiyyun antaranya ialah:
1. Himpunan manusia yang ramai. Ia ditafsirkan oleh Ibnu Abbas, Mujahid dan Qataadah.
2. Ribuan pendukung. Ia ditafsirkan oleh Ibnu Mas’ud
3. Para Fuqaha dan Ulamak yang berilmu. Ia ditafsirkan oleh al-Hasan.
4. Diriwayatkan ia bermaksud pengikut-pengikut dan rakyat.
5. Diriwayatkan ia dinasabkan kepada Rabb (Tuhan) iaitu mereka yang kuat mengabdikan diri kepada Rabb (Tuhan)

Jika digabungkan semua tafsiran ini boleh disimpulkan bahawa Ribbiyyun bermaksud para pengikut yang ramai di kalangan rakyat yang Faqih lagi Alim mendalami dan berpengetahuan tinggi dalam agama yang sentiasa mengabdikan diri kepada Rabb (Tuhan).

Atau dengan kata lain Ribbiyyun ialah puluhan ribu pendokong yang menggabungkan dua sifat utama iaitu “kefahaman agama mendalam” dan “kekuatan ibadah kepada Tuhan” yang hadir dari rasa takutkan neraka dan cintakan syurga hasil tarbiyah yang panjang.

Apakah Kelebihan Ribbiyyun?

Golongan Ribbiyyun ini menjadi tonggak perjuangan para Nabi kerana kefahaman agama dan kekuatan ibadah mereka menjadikan mereka tahan dengan ujian dan tidak pernah patah semangat.

Tiga sifat utama mereka ialah
1. Mereka tidak patah dan lemah semangat menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi perjuangan di jalan Allah.
2. Mereka sentiasa gagah perkasa tidak lemah dari sudut jasad mereka berhadapan dengan musuh.
3. Mereka sentiasa gagah tidak tunduk kepada musuh.

Kesimpulan

Golongan Ribbiyyun yang berilmu dan memahami agama dengan mendalam serta sentiasa ditarbiyah dan dididik dengan kekuatan hubungan dengan Allah menerusi ibadah dan munajat yang berterusan merupakan tonggak kepada perjuangan Islam. Bilangan mereka mesti diperbesarkan sehinga menjangkau puluhan ribu. Di saat itu pintu kemenangan Islam sangat hampir.

Disediakan oleh
al-Faqiiru ilaLlah
Ust Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Rabu 20 Disember 2014 / 27 Safar 1436H

Tarikh : 3 Mei 2014

Masa : 3 Petang

Lokasi : Plaza Tanjung Aru Kota Kinabalu

Penganjur : Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah & Lajnah Dakwah PAS Pusat

Pengisi :

1) YB Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

2) YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi

Wacana Aqidah (1) Wacana Aqidah (2) Wacana Aqidah (3) Wacana Aqidah (4) Wacana Aqidah (5) Wacana Aqidah (6)

%d bloggers like this: