Tag Archive: Menumbok


PANTAI MEMPAKUL

Tarikh : 4 September 2016

Lokasi : Menumbok

c360_2016-09-04-18-11-52-651 c360_2016-09-04-18-23-02-369 c360_2016-09-04-18-23-10-503 c360_2016-09-04-18-24-05-665

HARI RAYA KELIMA

Tarikh : 10 Julai 2016

Lokasi : WP Labuan & Menumbok

20160710_114555 20160710_124121img-20160710-wa0037 20160710_145512 20160710_151657 20160710_153741 20160710_174809 20160710_182050 20160710_210139

Tarikh : 29 Disember 2015

Lokasi : Masjid Pekan Menumbok

Alhamdulillah, sambutan yang sangat baik dari masyarakat setempat di sini bagi kembara kami kali ini. Lebih 100 pesakit direkodkan, dan ada beberapa kes gangguan dan histeria.

Kerjasama di pihak tuan rumah juga amat baik sekali, dengan persediaan rapi agar program ini berjalan seperti yang dirancangkan. Semoga ada kebaikan dalam program seumpama ini. Terima kasih kepada semua pihak – para perawat, pihak tuan rumah dan pesakit yang memberikan kepercayaan untuk kami membantu mereka mengikut kemampuan kami. Kepada Allah kita berserah.

Darussyifa@Menumbok (1) Darussyifa@Menumbok (2) Darussyifa@Menumbok (3) Darussyifa@Menumbok (4) Darussyifa@Menumbok (5) Darussyifa@Menumbok (6) Darussyifa@Menumbok (7) Darussyifa@Menumbok (7)

Foto dirakam pada 28 & 29 November 2014

Menumbok (1) Menumbok (2) Menumbok (3) Menumbok (4) Menumbok (5) Menumbok (6) Menumbok (7) Menumbok (8) Menumbok (9) Menumbok (10) Menumbok (11) Menumbok (12) Menumbok (13) Menumbok (14) Menumbok (15) Menumbok (16) Menumbok (17) Menumbok (18) Menumbok (19) Menumbok (20) Menumbok (21) Menumbok (22) Menumbok (23) Menumbok (24)

 

Alhamdulillah, catatan ini dibuat setelah kami balik dari bercuti hari raya di Labuan.

Perjalanan dari Kota Kinabalu bermula pada sabtu, kami singgah berhari raya beberapa buah rumah di Papar, Sipitang, Beaufort (bermalam di sini), Kuala Penyu hingga ke Menumbok. Sebelum berangkat ke Labuan pada petang ahad, kami singgah berhari raya di rumah sahabat di Menumbok tidak jauh dari jeti pelabuhan sekaligus meninggalkan kereta di rumahnya.

Kami tidak berhajat membawa balik kereta ke seberang pulau kerana percutian yang singkat dan ada kereta keluarga di sana yang bole dimanfaatkan. Kepulangan bercuti ke Labuan hanya diputuskan beberapa hari menjelang syawal dan kami tidak menempah tiket lebih awal. Saya sendiri tidak menentukan hingga saat akhir hendak belayar menaiki apa – feri ekspress, feri penumpang atau bot laju.

Sampai sekitar 3.40 di kawasan terminal, keadaan yang sesak terutama di kaunter-kaunter tiket feri wawasan perdana (feri penumpang) dan kaunter bot laju (yang kaunternya sekadar beroperasi di bawah pondok hentian sahaja dan bukan kaunter khusus). Ratusan penumpang berbaris panjang, sehingga saya mengagak saya sendiri berbaris menunggu giliran hampir satu jam.

Lihatlah suasana kaunter yang tidak menentu, akibat tiada peraturan yang benar-benar bersistematik. Keadaan ini berlaku sudah bertahun-tahun terutama pada waktu cuti dan hari perayaan. Apakah pihak pengurusan setidak-tidaknya mahu mencontohi kaunter-kaunter tiket di Terminal Feri Antarabangsa Labuan?

Atau lebih efisien daripada itu setidak-tidaknya mengadakan pejabat cawangannya di Kota Kinabalu, atau kebolehan tempahan secara dalam talian maya sehingga mengambil tiket pelepasan secara talian maya juga seperti syarikat-syarikat penerbangan lakukan.

PELAYARAN

Penumpang ramai, kawasan sesak di setiap tingkat dan kenderaan juga begitu. Feri belayar sekitar 5.15 petang, berbanding jadual asal pada jam 4.30 petang. Dalam kawasan tempat duduk penumpang, kerusi tidak mencukupi. Sama ada pihak pengurusan tidak mahu menambah atau belum jumlah kerusinya kerana sebelum ini feri ini pernah ditimpa musibah kebakaran.

Penumpang duduk di merata kawasan feri, duduk di kerusi, di lantai atau di tangga dan berbaring bagai suatu perkelahan atas feri selama hampir 2 jam sehingga berlabuh di Pulau Labuan. Sampai bilakah keadaan ini berterusan? Belum kelihatan pihak berkenaan untuk memperbaiki keadaan ini, terutama permintaan rakyat untuk satu jambatan antara dua wilayah ini tidak dihiraukan..

Menumbok (1) Menumbok (2) Menumbok (3) Menumbok (4) Menumbok (5) Menumbok (6) Menumbok (7) Menumbok (8) Menumbok (9) Menumbok (10) Menumbok (11)

Masjid Nur Ehsan Pekan Menumbok adalah masjid utama di daerah kecil Menumbok. Menurut rekod pejabat daerah kecil Menumbok, terdapat 2 buah masjid dan 17 buah surau keseluruhannya. Kedudukannya yang strategik menjadikannya rumah ibadah yang sering dikunjungi bukan sahaja oleh penduduk setempat, bahkan juga oleh para pelancong khususnya mereka yang menggunakan perkhidmatan feri dan bot laju Menumbok-Labuan.

Untuk ke terminal feri hanya memerlukan 10 minit berjalan kaki dari masjid ini. Masjid ini juga menjadi persinggahan ramai pemandu kenderaan untuk solat, beristerehat dan sebagainya. Maka sesungguhnya masjid ini dan seluruh pentadbirnya telah berjasa kepada seluruh pengimarahnya. Terima kasih kepada seluruh jawatankuasa masjid.

Masjid Pekan Menumbok (1) Masjid Pekan Menumbok (2) Masjid Pekan Menumbok (3)
Masjid Pekan Menumbok (4) Masjid Pekan Menumbok (5) Masjid Pekan Menumbok (6) Masjid Pekan Menumbok (7) Masjid Pekan Menumbok (8) Masjid Pekan Menumbok (9) Masjid Pekan Menumbok (10) Masjid Pekan Menumbok (11) Masjid Pekan Menumbok (12) Masjid Pekan Menumbok (13)

SERONOK PULANG

Tengahari hari raya adha, kami pulang berlima ke Labuan untuk menghadiri kenduri kesyukuran khusus buat kejayaan anak buah Muhammad Azdhann Shah bin Azri Onn meraih 5A dalam UPSR lalu.

Kepulangan kami berlima, saya disertai tiga orang anak – Nuha, Hana dan Hadi bersama anak buah Natasya Azeera tanpa ummi dan dua adik mereka yang kecil, tetap menyeronokkan semua. Perjalanan lancar dan cuaca agak cerah kecuali di Bongawan dan Membakut hujan turun sederhana.

Kami meninggalkan kereta di Pekan Menumbok, belayar ke WP Labuan menaiki bot laju sekitar 25 minit sebelum dijemput oleh Pakcik Onn di Terminal Feri Antarabangsa Labuan hampir jam 4 petang. Di bot laju sebelum itu, anak-anak keseronokan dan tersenyum riang apabila setiap kali bot menghempas ombak sepanjang pelayaran.

Anak-anak merasa seronok dapat berjumpa sebahagian sepupu-sepupu mereka dan bercerita tentang kisah-kisah mereka bersama-sama. Mereka mesti dididik dan diingatkan tentang persaudaraan dan pertalian darah, apatah lagi adab menghormati orang yang lebih tua seperti nenek mereka.

LABUHAN

Tengahari semalam, kami sekeluarga mendarat di sini. Meski KK-Labuan bukanlah jauh mana, inilah kepulangan kami yang kedua sepanjang 2009.

Memulakan perjalanan dari Putatan jam 8 pagi dan tiba di pelabuhan Menumbok 2 jam kemudian. Pelayaran menurut jadual asal adalah pada jam 10.30 pagi bagaimanapun terlewat hampir 50 minit.

Menurut cerita orang-orang tua, nama asal Labuan adalah Labuhan, melihat kepada kedudukan pulau ini sebagai tempat kapal dan feri berlabuh. Selain itu, pada zaman dahulu, kebanyakan penduduk pulau bekerja sebagai nelayan.

Terdapat perjalanan dua hala feri atau bot antara Labuan-Brunei, Labuan-Limbang, Labuan-Menumbok, Labuan-Kota Kinabalu setiap hari. Bahkan dari perkampungan atas air di Kg Patau-Patau terdapat perkhidmatan bot/perahu untuk ke bandar yang saling berhadapan.

Pada zaman 40-50an, anak-anak kampung misalnya dari Kg Rancha-Rancha menaiki perahu menuju ke pekan sejauh 5km sebelum berjalan kaki ke sekolah di pekan.

Kini di kawasan bandar terdapat sebuah terminal feri antarabangsa untuk tempat berlabuh dan berlepas antara Labuan dan semua destinasi tersebut. Bahkan usaha untuk menambah feri besar antara Labuan-Menumbok sedang diusahakan.

Di Labuan juga ada Kompleks Sukan Laut Antarabangsa yang menjadi lokasi pertandingan sukan air peringkat tempatan sehingga antarabangsa. 

Menurut catatan di Muzium Labuan, 2000 tahun sebelum masihi, Labuan telah menjadi penempatan manusia pra-sejarah dari zaman Neolitik.

Labuan pernah dikuasai oleh Kesultanan Brunei (1485-1524) pada zaman kegemilangannya, bahkan keseluruhan Pulau Borneo dan Kepulauan Filipina.

Selain itu, Labuan juga pernah ditadbir oleh British(1846), British North Borneo Chartered Company (1890), diserap sebagai Negeri Selat (1907), Jepun (1942), Tanah Jajahan Borneo Utara (1946).

Labuan merdeka di bawah Malaysia melalui Sabah (1963) dan kemudian menjadi Wilayah Persekutuan (1984).

 

%d bloggers like this: