Tag Archive: Menara Petronas Sabah


Tarikh : 18-19 Febuari 2015

Program kunjungan Sheikh Zainul Asri hj Romli ke Kota Kinabalu kali ini bermula dengan kuliah di Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas, diikuti dengan kuliah di Dewan Petronas Sabah sepanjang siang hari dan kuliah maghrib di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan.

Daurah Hadis 40 (1) Daurah Hadis 40 (2) Daurah Hadis 40 (3)Daurah Hadis 40 (5) Daurah Hadis 40 (6) Daurah Hadis 40 (7) Daurah Hadis 40 (8) Daurah Hadis 40 (9) Daurah Hadis 40 (10) Daurah Hadis 40 (11) Daurah Hadis 40 (12)

 

Pagi ini sebagaimana diarahkan oleh jabatan, saya hadir bersama rakan-rakan dari JHEAINS membantu sebagai hakim Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Petronas Sabah kali ke-19 di Menara Petronas Kota Kinabalu.

Bagi kategori tilawah, ada bahagian kanak-kanak, remaja dan dewasa yang terbahagi kepada lelaki dan perempuan. Juga ada kategori hafazan kanak-kanak, remaja dan dewasa, tilawah murattal dewasa serta kuiz.

Faham saya, para peserta terdiri daripada warga Petronas dan juga ahli keluarga mereka seperti suami, isteri dan anak-anak.

Saya bersama Ust Md Hailmi Misbah, Ust Ridhuan Othman dan Ust Abd Wahab Sidek diamanahkan sebagai hakim hafazan dan tilawah murattal, sementara Datuk Hj Mokhtar Rapok, Ust Ibrahim Kisab, Ust Abd Rahman Talipuddin dan Ust Abdillah Nanun sebagai hakim tilawah.

Ust Hj Md Taif Kasim bertindak sebagai ketua hakim keseluruhan.

Alhamdulillah, bahagian kami selesai menjelang tengahari sementara yang lain sehingga asar. Secara peribadi, saya melihat potensi anak-anak dan remaja yang mampu menghafaz dengan lancar surah-surah lazim dan surah lain dalam juzu’ 30 dengan baik dan boleh digilap sehingga menghafaz keseluruhan al-Quran.

%d bloggers like this: