Tag Archive: MB Kelantan


MB Kelantan2

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33702-ketika-yab-menteri-besar-kelantan-berkuliah

MOHD ASRI MAT DAUD | 06 Februari 2015.

YAB Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob mempunyai jadual bulanan beliau menyampaikan kuliah pagi jumaat di Dataran Medan Ilmu Kota Bharu. Meneruskan legasi Tok Guru Dato’ Bentara Setia, beliau sentiasa memberi komitmen mempastikan agar kuliah di Medan ilmu berjalan sebagaimana sebelum ini bahkan beliau meminta agar masa kedua iaitu jam 9.30 pagi dikhaskan kepada pengajian bersama dengan Tok Guru Murabbi Ummah tersebut.

YAB Ustaz Datuk Ahmad Yakob seperti biasa akan menyampaikan kuliah sebagaimana jadual tetap beliau di setiap jumaat akhir bulan pada sesi pertama sebelum Tok Guru.

Sendainya Tok Guru tidak dapat memberikan kuliah, beliau akan menggantikan tempat Tok Guru tersebut. Sejak daripada awal Tok Guru telah asaskan pengajian tafsir disitu dan sudah beberapa generasi telah berlalu.

Saya sendiri sejak berada di tingkatan satu SMU (A) Maahad Muhammadi lelaki sudah mula berjinak-jinak dengan pengajian tafsir Tok Guru sehinggalah ke hari ini masih menuntut siri-siri tafsir beliau.

YAB Ustaz Datuk Menteri Besar pula mengambil pendekatan mengajar hadis Nabi SAW. Beliau telah memilih kitab hadis ‘Wasoya Al-Rasul’ yang telah disusun serta diperincikan syarahnya oleh Dr Thoha Afifi.

Beliau telah memulakan pengajian wasiat Rasulullah SAW sejak dari wasiat pertama dan sehingga hari ini, Jumaat 16 Rabiul Akhir 1436 beliau telah mengkhatamkan wasiat Rasulullah yang keempat belas.

Method persembahan kuliahnya agak mudah difahami dan sesuai dengan semua latar belakang umur apabila beliau membacakan hadis dan terjemahan lalu dinyatakan beberapa pengajaran melalui hadis tersebut dengan huraian ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis yang ma’thur serta selingan dengan isu-isu semasa yang berlaku.

Ramai yang terpegun dengan kuliah beliau dan sememangnya ramai yang menyatakan “sepatutnya kena panggil Ustaz Mad ini Tok Guru” malah tidak kurang ramai juga di kalangan golongan veteran menitipkan ucapan di mulut mereka “memang seperti Tok Guru Haji Kob Kelong, ayahnya”. Ketokguruan beliau amat terserlah apabila menyampaikan kuliah-kuliah sama ada di Medan Ilmu juga di masjid berbekalkan ilmu yang dipelajarinya dalam bidang syariah di Universiti Al-Azhar.

Beliau sering kali dipanggil dalam majlis-majlis rasmi dengan gelaran ‘Tuan Guru’ seperti ketika beliau menyampaikan amanat di Karnival 60 Tahun PAS Johor, ketika menyampaikan kuliah subuh di salah sebuah masjid di Sungai Limau, Kedah semasa PRK N.20 lalu dan di Terengganu ketika memberikan ucaptama dalam Majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS. Amat tepatlah titipan-titipan bahawa beliau seakan ‘ketokguruan’ bapanya dalam menyampaikan kuliah pengajian.

Ayah beliau, Tok Guru Haji Yakob Ishak merupakan pengasas Pondok Berangan di Tumpat sejak tahun 1942. Tok Guru Haji Yakob atau lebih dikenali dengan Tok Guru Haji Kob Kelong (sempena nama tempat asal beliau, Kampong Kelong, Tumpat) adalah seorang yang berjiwa kental dan alim. Beliau mengasaskan pondoknya disaat gerakan menentang penjajah memuncak tambahan pula kedatangan Jepun ke tanah Melayu pada masa itu.

Tok Guru Kob Kelong pernah ditahan di bawah akta ISA bersama Haji Nik Abdullah Arshad, bapa kepada YB Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang kerana lantang memperjuangkan Islam. Darah Tok Guru dan Pahlawan ini turut mengalir dalam diri YAB Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Lihat sahaja ketegasan beliau untuk menjayakan pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan sehingga dengan lantang dan tegas beliau menyatakan berkali-kali “insya-Allah akan diusahakan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan pada tahun 2015” walaupun mendapat tentangan dan cemuhan hebat dari pelbagai pihak.

HARAKAHDAILY 6/2/2015

Penulis ialah Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Kelantan.

rumah_mb

(Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor  Pasir, Wakaf Bharu…walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan).

Sumber : di sini

Rossem,23 Mei 2013 

SETIAP orang mimpikan sebuah rumah gadang (besar/ mewah) tempat istirehat keluarga dengan taman yang indah dan punya kolam renang yang cantik. Tapi tak semua orang memilikinya walaupun diketahui punya kemampuan pada hitungan zahirnya.

Suatu sore,  seminggu  selepas PRU13, saya berkunjung ke rumah Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik, Datuk Haji Ahmad Yakob di kampung  Alor Pasir, Wakaf Bharu. Oleh kerana sudah mengetahui kondisi rumahnya sedemikian rupa,  justeru saya tak terkejut. Sebuah rumah kayu (papan)  beratap asbestos yang amat sederhana, model tahun 1980an, bercat hijau, dengan halaman yang sempit,  langsung tak menggambarkan sebuah rumah yang dimiliki seorang bernama Menteri Besar.

Benar, Ustaz Ahmad Yakob atau akrab Ustaz Mat saat saya mengunjungi rumahnya baru kurang lebih seminggu menjadi Menteri Besar Kelantan, tetapi sebelum itu ia menduduki jawatan Timbalan Menteri Besar selama  sembilan tahun (2004 – 2013), kalau mahu bikin rumah mewah juga bisa, tapi tak dilakukannya.

Melihat kondisi rumahnya, teringat akan rumah kediaman Mursyidul Am PAS dan mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka. Sebuah rumah lama dibina dari kayu, bercat hijau. Rumah  Ustaz Mat juga mirip rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sedikit tambahan konkrit di bahagian dapurnya.   Realitinya, bukan itu saja,  bahkan banyak lagi rumah- rumah kediaman kelas rakyat marhaen yang menjadi tempat tinggal  wakil-wakil rakyat PAS bersama keluarga.

Bahkan ada di antara ahli Exco Kerajaan Kelantan sendiri sehingga kini menumpang di rumah orangtuanya setelah menjual rumah mewah di Kuala Lumpur yang dibeli ketika sebelum terjun bidang politik.   Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah juga punya rumah kediaman yang dibina dari kayu tinggalan almarhum ayahnya yang bersambung dengan masjid.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah tinggal di rumah kecil dalam kawasan pondok Pasir Tumboh dengan sejumlah  keluarga yang ramai.  Adun PAS Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, sesiapa yang pernah melihat rumahnya, pasti tertanya-tanya; apakah benar ini rumah Yang Berhormat Wakil Rakyat?

%d bloggers like this: