Tag Archive: Maulidur Rasul


Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/12/12/cinta-nabi-saranan-al-quran-yang-ditinggalkan/

Oleh: Abdul Mu’izz Muhammad

Dewasa ini ramai yang membicarakan topik ‘Cinta Nabi’. Satu perkembangan baik yang berlaku di kalangan umat Islam. Cuma terkadang, kita tercari-cari metodologi yang tepat bagaimana menyintai Rasulullah sallallahualaihi wasallam sehingga kita terlupa al-Quran telah membicarakan soal ini secara jelas dan langsung.
Di dalam surah Aali-Imran, Allah Taala telah menyatakan kriteria golongan-golongan yang layak bersama dengan Rasulullah sallallahualaihi wasallam;

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُواْ لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُواْ وَمَا اسْتَكَانُواْ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

“Dan berapa banyak Nabi yang berjuang bersama-samanya sejumlah besar pengikut yang bertaqwa. Sifat mereka tidak menjadi lemah dengan ujian yang menimpa mereka di jalan Allah, dan mereka tidak lesu dan tidak pula menyerah kalah. Allah menyintai golongan yang sabar.” (Aali-Imran ayat 146)
Secara jelas Allah menyatakan sifat utama pencinta-pencinta Nabi sallallahualaihi wasallam seperti berikut :
  • Al-Quran telah menggazetkan bahawa golongan yang layak bersama dengan Nabi sallallahualaihi wasallam adalah di kalangan mereka yang sangat sensitif terhadap maruah Islam. Mereka tidak akan membiarkan Nabi sallallahualaihi wasallam berjihad seorang diri, sedangkan mereka duduk sebagai pemerhati. Sebaliknya mereka ada rasa tanggungjawab terhadap cinta Nabi sallallahualaihi wasallam sebagaimana ikrar para sahabat ((اذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا مَعَكُمْ مُقَاتِلُونَ))
  • Mereka mestilah di kalangan orang-orang yang bertaqwa. Iman mereka dibuktikan dengan gigih berjuang menegakkan agama Allah. Kembali kepada tugas asal manusia sebagai khalifah iaitu “Mendirikan Islam, Memelihara Islam dan Mentadbir Dunia Dengan Islam”.
  • Jatidiri mereka gagah perkasa, kalis tekanan. Apabila mengisytiharkan diri mereka untuk menyertai jihad perjuangan Islam, mereka bersedia berhadapan dengan risiko serta bersungguh-sungguh menongkah arus kejahilan manusia. Manakala golongan yang bacul dan penakut, Nabi sallallahualaihi wasallam tidak sudi mengaku sebagai ummatnya.

إِذَا رَأَيْتَ أُمَّتِي تَهَابُ الظَّالِمَ أَنْ تَقُولَ لَهُ: إِنَّكَ ظَالِمٌ ، فَقَدْ تُوُدِّعَ مِنْهُمْ

“Apabila kamu melihat ummatku kecut untuk menyatakan kepada sang zalim “Wahai Si Zalim”. Sesungguhnya diucap selamat tinggal kepada mereka.” (Riwayat Tabarani)
Bahkan di dalam Ayat 142 sebelumnya, Allah  mencabar pendukung-pendukung agama Nabi agar jangan mudah perasan masuk syurga selagi mana tidak berjihad. Ingatan itu disertakan isyarat dari Allah bahawa pencinta-pencinta Nabi sallallahualaihi wasallam mestilah meletakkan misi mati syahid sebagai cita-cita yang tertinggi di dalam ayat 143.

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”(Aali-Imran ayat 142)

وَلَقَدْ كُنتُمْ تَمَنَّوْنَ الْمَوْتَ مِن قَبْلِ أَن تَلْقَوْهُ فَقَدْ رَأَيْتُمُوهُ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ

“Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).” (Aali-Imran ayat 143)
Golongan pencinta Nabi sallallahualaihi wasallam mempunyai daya tahan yang kuat. Sedikit pun tidak menyerahkan kalah berhadapan dengan musuh. Dalam konteks realiti Malaysia sekarang yang ujiannya adalah perang pemikiran, mereka mestilah tidak menyerahkan kepercayaan  mereka kepada ideologi-ideologi lain selain Islam.
Kita perlu kembali meneladani gaya para sahabat menyintai Nabi sallallahualaihi wasallam. Ini kerana, mereka merupakan generasi yang diasuh dari air tangan Nabi sallallahualaihi wasallam. Kelebihan tersebut menjadikan mereka merupakan golongan yang paling menyintai Nabi sallallahualaihi wasallam dan yang paling faham terhadap mesej-mesej wahyu dari Baginda sallallahualaihi wasallam.
Seperti yang telah dikisahkan oleh Imam Ibnu ‘Asakir di dalam karyanya Tarikh Dimasyq, bagaimana manifestasi cinta Saidina Bilal Bin Rabbah terhadap Rasulullah sallallahualaihi wasallam adalah dengan jihad. Setelah kewafatan Baginda sallallahualaihi wasallam, Bilal tidak mampu meneruskan tugasnya sebagai juru azan. Apabila disebut sahaja nama kekasihnya Muhammad sallallahualaihi wasallam, suara Bilal tersekat dan menangis. Maka bermulalah riwayat hidup Bilal Bin Rabbah berendam air mata sepanjang berada di Madinah selepas kewafatan Baginda sallallahualaihi wasallam. Untuk menyelesaikan derita kerinduan yang amat menebal, akhirnya Bilal meminta izin Abu Bakar untuk keluar dari Madinah menuju ke Sham bergabung dengan tentera Islam dalam misi membebaskan Baitul Maqdis. Bilal pergi berjuang demi mendapatkan cintanya kepada Rasulullah sallallahualaihi wasallam.
Begitu juga kisah dua kanak-kanak yang amat ghairah menyintai Nabi sallallahualaihi wasallam. Ketika perang Badar, Abdul Rahman Bin ‘Auf ditemui oleh dua orang kanak-kanak yang melapor diri lantas menyuarakan hasrat ingin mencari Abu Jahal yang telah mencaci Nabi sallallahualaihi wasallam. Mereka bertekad sekiranya terserempak dengan Abu Jahal, mereka akan pastikan si bedebah tersebut segera dibunuh. Akhirnya  misi tersebut berjaya dan dipuji oleh Nabi sallallahualaihi wasallam.
Begitu juga cinta Khubaib yang diseksa teruk kerana mempertahankan Islamnya. Sehingga musyrik yang menyeksanya menawarkan pelepasan dari seksaan dengan syarat, Khubaib dapatkan Rasulullah sallallahualaihi wasallam sebagai galang gantinya. Maka Khubaib membenarkan cintanya kepada Nabi sallallahualaihi wasallam dengan penegasannya (mafhumnya),
“Demi Allah, aku benci bersama bersenang-lenang di dunia dengan keluargaku dan anak-anakku sedangkan Rasulullah sallallahualaihi wasallam ditinggalkan diseksa oleh kamu semua…” (Riwayat al-Bukhari)
Di sini kita lihat, cara para sahabat berinteraksi dengan cinta Nabi sallallahualaihi wasallam adalah dengan perlaksanaan. Bukan dengan puji-pujian lisan semata-mata. Lebih dari itu, mereka jadikan jalan jihad sebagai cara menterjemahkan rasa cinta kepada Baginda sallallahualaihi wasallam.
Muhasabah
Berdasarkan potongan ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 142 hingga 146, kita perlu meneliti dengan penuh insaf di mana kita. Bahkan kita perlu tanya pada diri kita sepanjang kempen Cinta Nabi sallallahualaihi wasallam, adakah kita telah menjalankan beberapa kempen berikut :
  1. Syurga tidak diperolehi semata-mata dengan memuja memuji Nabi sallallahualaihi wasallam sahaja. Sebaliknya syurga hanya boleh dicapai apabila seseorang terlibat dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai aqidah dan syariat.
  2. Umat Nabi sallallahualaihi wasallam mesti bercita-cita untuk mati syahid sebagai tanda benar-benar cinta kepada Nabi sallallahualaihi wasallam. Barulah cita-cita tersebut memotivasi umat Baginda sallallahualaihi wasallam supaya gagah mendepani cabaran mendatang.
  3. Tidak ada guna jika setelah kewafatan Nabi sallallahualaihi wasallam, kita hanya merintih dan mengadu nasib bersedih akan pemergian Baginda sallallahualaihi wasallam sedangkan tugas-tugas Baginda sallallahualaihi wasallam kita tinggalkan. Lihat di dalam al-Quran, Allah menegur umat Islam agar jangan berpaling meninggalkan kerja Nabi sallallahualaihi wasallam setelah kewafatannya. Begitu juga Bilal, bukti rindu dan cinta beliau adalah dengan jihad. Ingat, umat Islam sifatnya membina dan maju. Bukan statik dan mandom.
Sekiranya tidak dijumpai kempen-kempen tersebut sepanjang menyambut program Maulid al-Rasul atau seumpamanya, maka sedarlah bahawasanya kita masih gagal memenuhi piawaian Allah dalam menyintai Rasulullah sallallahualaihi wasallam dalam erti kata yang sebenar. Apakah cukup dengan mengingati tanpa melaksana? Cinta adalah tanggungjawab.

Tarikh : 8 Januari 2016

Lokasi : Makmal Kesihatan Awam Negeri Sabah, Bukit Padang.

IMG-20160108-WA0054 IMG-20160108-WA0055 IMG-20160108-WA0056 IMG-20160108-WA0057 IMG-20160108-WA0058

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/39281-maulidur-rasul-nilai-dan-kelebihan

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | 03 Januari 2016.

Kita baru selesai dan berbahagia dengan sambutan tahunan Maulidur Rasul sallaLlahu alaihi wasallam pada bulan Rabiul Awwal tahun 1437H yang bersamaan hujung Disember yang menutup tirai tahun 2015 Masehi.

Perbincangan ilmiah mengenainya agak menarik walaupun kadang-kadang terganggu dengan gegak masalah-masalah khilafiat yang sering mendorong ketegangan urat leher di antara para peminat pertikaian di dalam soal-soal cabang mengikut aliran dan mazhab masing-masing.

Biarkan. Isi-isi ilmiah yang boleh dikongsi bersama masih terlalu banyak. Rasulullah adalah nyawa, nafas, nadi dan ruh kehidupan alam semesta. Membongkar sirahnya adalah seperti membongkar dan menggali segala kekayaan khazanah alam sehinggakan ahli dan pemiliknya adalah sekaya-kaya manusia di muka bumi. Jiwa yang kaya raya tidak lagi perlukan kekayaan wang yang melimpah ruah. Bukankah lambakan wang itu sekadar memuaskan jiwa yang kosong? Apa lagi yang diperlukan jiwa jika ia telah penuh dengan kekayaan cahaya iman dan kebenaran?

Mari mulakan dengan apa yang Allah mulakan di dalam al Quran. Bermula kelahiran junjungan nabi kita yang agung adalah didahului dengan peristiwa serangan tentera bergajah (Ashabul Fil) yang diketuai Abrahah, gabenur kerajaan Habasyah di Yaman ke atas kota Mekah.

Al Quran merakamkan cerita serangan itu dengan penuh kekuatan buat jiwa yang beriman dengan ketuanan dan ketuhanan Allah ke atas kaabah, rumah-NYA yang dibina oleh kekasihnya Ibrahim alaihissalam sejak ribuan tahun.

Kisahnya adalah kekalahan Abrahah dan kehancuran segala tipu daya manusia ke atas rumah Allah itu. Seperti kata Abdul Muttalib kepada Abrahah sebelum serangan bermula, “Aku adalah tuan unta-unta yang kamu rampas. Adapun rumah (kaabah) itu, ia ada tuannya sendiri.”

Tetapi kisah ini nilai dan kelebihannya adalah seperti mana kata Ibnu Kathir di dalam kitab tafsirnya, “Tetapi kisah ini hakikatnya adalah satu petanda dan tapak kepada kebangkitan rasul agung. Pada tahun itulah, mengikut pandangan paling masyhur, baginda dilahirkan. Dan kekuasaan yang menghancurkan tentera Abrahah itu bagaikan berkata, Wahai Quraisy, kamu tidaklah ditolong dek kemuliaan kamu ke atas tentera Habasyah. Bahkan ia adalah bantuan dan pengawasan buat rumah Allah yang Kami akan memuliakan, mengagungkan dan meninggikannya nanti dengan kelahiran dan kebangkitan Rasul agung sallallahu alaihi wasallam.”

Ya, Maulidur Rasul, ceritanya bermula dengan kisah kehancuran kegelapan yang menjengkelkan dengan kehadiran kerajaan cahaya yang kekal abadi buat alam ini. Cahaya Maulidul Rasul tak pernah dan takkan padam lagi. Apabila matahari enggan berundur, tiada malam yang mampu menobatkan kerajaan kegelapan.

Itulah ruh yang sepatutnya disemai sepanjang sambutan tahunan memperingati Maulidur Rasul. Semaian yang membarakan kehangatan beriman dan berjuang untuk ugama Islam dan nabinya yang mulia. Ia bukan sekadar alunan nasyid dan selawat ke atas baginda yang menggamit rindu tanpa kebangkitan daripada kegelapan yang melitupi dan menidurkan umat Islam hari ini.

Maulidur Rasul juga bukan sekadar kisah hari lahir dan hari kanak-kanak baginda yang penuh dengan nilai murni manusiawi melalui ikatan kasih sayang, kerinduan, kesedihan, kemiskinan dan kesukaran. Bahkan ia adalah cerita cahaya yang bekerja keras sepanjang masa, saat ia mula membesar dan menyinari. Rasulullah, cerita besarnya bukan pada hari Abrahah dihancurkan. Cerita besarnya bermula apabila Abrahah dilupakan dan kegelapan kembali bertakhta di kota Mekah tanpa peringatan lagi untuk didengari.

Kisah Abrahah hanyalah pancingan daripada Allah agar Quraisy bangkit bersama nabi agung menyelamatkan manusia sebagaimana Allah menyelamatkan kaabah daripada Abrahan dan tenteranya. Ia bukan sekadar cerita lara halwa telinga dan hati, bahkan ia seruan agar mereka bangkit beriman dengan tauhid dan mendukungnya sepenuhnya.

Hari ini, umat Islam dalam ragam masing-masing. Berlegar antara iman dan syirik serta ketaatan dan kafasikan sehinggakan kadang-kadang terjadi perlanggaran terhadap batas-batas iman dan kekufuran. Kealpaan dan kelalaian adalah begitu subur dan mencengkam.

Apabila mereka tersedar, mereka bersumbukan rasa cinta pada al Rasul dan al Quran sebagai sumber cahaya dan harapan. Al Quran dilagukan dan selawat dialunkan. Begitulah kita hari ini.. umat amar makruf dan jihad bergantikan umat selawat dan salam.

Justeru kebangkitan yang diharapkan tidak kunjung tiba. Umat terus terpesorok di hujung perlumbaan. Mereka bertanya dan bersoal sesama sendiri penuh kehairanan, mengapakan umat Muhammad begitu terhina hari ini?

Mari kita perhatikan, selepas kebangkitan al Rasul bermula, para sahabat yang menjadi generasi awal pembinaan sebuah perjuangan yang panjang telah memahami dan menyedari beberapa kewajiban yang menghubungkan mereka dengan nabi yang diutuskan Allah itu.

Pertama, kewajiban beriman kepada kerasulannya dengan penuh teguh. Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kepada Allah dan rasulNya.. “

Ia adalah seruan yang mengisyaratkan tuntutan peneguhan iman selepas iman. Sebagaimana iman kepada Allah adalah peneguhan makna tauhid dan penyuciannya daripada syirik, begitu erti beriman kepada al Rasul. Ia adalah peneguhan makna nubuwwah dan keunggulannya ke atas segala manusia dan kepimpinan mereka. Maksudnya, Allah mengingatkan kita bahawa tiada erti iman tanpa kesan dan perubahan yang nyata pada kehidupan. Iman adalah agen penting perubahan daripada dalam diri bermula.

Kedua, kewajiban mencintai al Rasul. Sabda baginda, “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku ini dicintainya melebihi cintanya terhadap ayahnya, anaknya dan seluruh manusia.”

Ia bukan sekadar sebutan iman yang boleh tenggelam timbul di antara warna warni kepercayaan yang banyak di dalam diri. Bahkan ia membuakkan rasa hebat dan rindu yang memanjang. Ia mencambahkan kesegaran kasih cinta dan keinginan untuk bertemu dan bersama.

Ketiga, kewajiban untuk taat dan patuh kepada al Rasul. Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah al Rasul.. “

Ia bukan sekadar berlabuh pada perhentian cinta yang terhasil daripada iman yang menebal. Tidak, bahkan ia menyelinap ke dalam segala urat nadi untuk mahu mendengar dan mahu patuh. Ia adalah iman dan cinta yang begitu mendalam sehingga sanggup menjual diri sepenuhnya kepada orang yang diimani dan dicintai.

Justeru pada peringkat ini, ciri-ciri pembohongan dan kemunafikan semakin menjarak dan berpisah daripada hakikat keimanan kepada al Rasul. Ketaatan tidak boleh dihasilkan oleh hati yang berpura-pura bahkan kalimat-kalimat cinta pun hanya bermain di bibiran sahaja.

Allah mahu yang cantik dan bersih. Pada setiap masa dan ketika, pengasingan iman dan kemunafikan berlaku di dalam kehidupan kita. Seperti zahir dua tubuh badan yang kelihatan sihat, hakikatnya, masa yang berlalu adalah proses pemisahan orang yang benar-benar sihat daripada orang yang hanya menunggu masa kesakitan menjemputnya.

Begitulah iman dan cinta kepada Allah dan al Rasul. Taat dan patuh adalah ujian buat mereka yang berpura-pura. Anda taat, anda mkmin. Anda enggan, anda munafik. Firman Allah, “Barang siapa yang taatkan al Rasul, maka dia telah taat kepada Allah.”

Keempat, kewajiban membantu al Rasul dan ugamanya. Ia adalah kemuncak kesedaran yang dihasilkan oleh iman yang teguh kepada al Rasul. Rasulullah berjuang untuk menyampaikan risalahnya kepada umatnya. Baginda dihalang dan diperangi. Saat itu, tiada kekuatan buat baginda selepas Allah bagi menghadapi tentangan selain orang-orang yang bersamanya dengan iman, cinta dan taat.

Membantu al Rasul dengan dakwah dan jihad adalah kemuncak ketaatan. Ia adalah perlumbaan merebut kelebihan beriman kepada ‘nabi cahaya’ yang menerangi kegelapan dan menghasilkan kemenangan yang sebenar.

Allah mudahkan kita memahami kewajiban di atas dalam satu ayat yang nyata. Firmannya, “Maka orang-orang yang beriman dengannya (al Rasul), memuliakannya, membantunya dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya, mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan.” (al A’raf: 157)

Ayat ini menjelaskan kewajiban umat nabi agar beriman, mencintai, mentaati dan membantu al Rasul.

Jika anda memahami ini, tidakkah jelas di hadapan kita bahawa sambutan Maulidur Rasul pada kebanyakannya adalah laungan-laungan cinta yang hampir kosong daripada nilai dan kelebihannya yang sebenar. Maka ia menjadi jawaban paling jelas, mengapa umat Islam hari ini hanyalah umat selawat dan salam, bukan umat amar makruf dan umat jihad sebagaimana itulah tuntutan iman yang hakiki terhadap al Rasul.

* Artikel ini adalah untuk siri ‘Terang Rembulan’ dalam akhbar Harakah

Sumber : Web JHEAINS

Bagi umat Islam, tiada suatu nikmat lain yang lebih besar daripada kelahiran dan pengutusan junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke alam maya ini. Ini kerana, bermula dari detik kelahiran Baginda SAW pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April tahun 571 Masihi, seribu satu macam perubahan berlaku kepada kehidupan manusia.

Daripada penyembahan kepada berhala bertukar kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT; daripada sibuk berperang sesama sendiri bertukar kepada menyibukkan diri dengan ibadah-ibadah yang dituntut; daripada bergelumang dengan dosa dan perbuatan keji jahiliah bertukar kepada berpegang dengan nilai akhlak Islam seperti saling menghormati dan bertolak ansur sesama manusia.

Justeru, majlis sambutan Maulidur Rasul adalah hal yang amat digalakkan sebagai wadah bagi melahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW. Kita dituntut mencintai Baginda SAW kerana kita tidak akan merasai kemanisan iman yang sebenar melainkan Rasulullah SAW dijadikan orang paling dikasihi selepas cinta terhadap Allah SWT.

Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan dapat merasai kemanisan iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalagalanya. Kedua, menyintai seseorang kerana Allah dan takut kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia benci untuk dilemparkan dalam api neraka yang panas.” (HR Bukhari dan Muslim).

Dengan kata lain, untuk mengzahirkan kecintaan kepada Allah SWT hendaklah mengikut Nabi Muhammad SAW. Ini selaras dengan firman Allah SWT:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu benar mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (S. Ali-Imraan: 31).

Sehubungan itu, dalam sabdanya yang lain, Rasulullah SAW menegaskan: “Demi nyawaku di tangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang dia kasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, ibu dan semua makhluk yang lain.” (HR Bukhari).

Dengan hal yang demikian, kita sebagai umatnya mesti meletakkan kecintaan terhadap Baginda di puncak rasa cinta. Ia membawa erti bahawa umat Islam mestilah patuh dan taat menurut segala sunnah Rasulullah SAW dan tidak melakukan penyelewengan terhadap aturan kehidupan sebenar seperti yang digariskannya.

Ini adalah satu perintah yang manfaatnya semata-mata untuk kepentingan manusia sendiri, dan bukannya untuk kepentingan Allah SWT atau Rasul-Nya. Hal ini sejajar dengan apa yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat.” (S. AliImraan: 132).

 

Ceramah yang sangat baik. Ustaz Zahazan mengisi dan menselang-selikan dengan teladan Nabi SAW, kalam Salafussoleh dan keadaan semasa umat ini.

Kuliah Maulidur Rasul – Ustaz Zahazan Mohamed | Dari Surau Raudhatul Jannah Taman Jengka Mahkota, jam 9.00 MALAM | http://www.tvmakmur.comhttp://makmurfm.blogspot.com/

Tarikh : 14 Januari 2014

Lokasi : Restoran Tokmi Cyber City


Mawlid @ Tokmi (1)Mawlid @ Tokmi (2)Mawlid @ Tokmi (3)






Undangan disampaikan oleh Ustaz Arif Yusuf, salah seorang guru di sekolah berkenaan lebih seminggu sebelum majlis berlangsung. Seperti biasa, saya dengan gembira menerima undangan walaupun agak segan sebenarnya kerana di sekolah berkenaan ramai guru agama yang lebih berkelayakan. Satu lagi, saya perlu berhadapan dengan seluruh murid yang jumlahnya hampir seribu orang dan sedayanya mahu menawan hati mereka.

Ceramah memperingati keputeraan Rasulullah SAW ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir sejam kemudian. Saya mulakan ceramah dengan bercerita kehidupan nabi pada zaman kanak-kanak dan remaja baginda yang sangat bersih sekali. Nabi SAW adalah seorang anak yatim dan hidup dalam kesusahan tetapi tidak miskin kasih sayang daripada keluarganya yang masih ada. Justeru baginda SAW kerana ditakdirkan pernah merasai kesusahan hidup, maka baginda apabila dewasanya sangat mengasihi anak yatim dan orang yang susah.

Ketika remajanya, baginda SAW sudah dilatih sebagai pengembala kambing dan kemudian sebagai peniaga. Baginda SAW bukanlah seorang remaja yang suka membuang masa dan berfoya-foya dengan rakan-rakan sebayanya. Lihatlah bahawa Allah SWT telah mengatur kehidupan seorang manusia yang istimewa yang sempurna kehidupannya sejak kanak-kanak sehingga baginda wafat.

Dalam hidup ini, manusia sangat meminati sesuatu. Ada orang meminati pemain bola, ada yang menyukai penyanyi dan pelakon. Ada yang meminati siri-siri kartun dan sebagainya. Minatnya kepada pemain bola contohnya, sehingga mereka ada poster pemain bola di biliknya, jadual perlawanan, majalah berkaitan dan seumpamanya. Begitulah dalam hal lain manusia menzahirkan sesuatu yang diminatinya.

Kepada anak-anak murid, saya pesankan mereka beberapa perkara sebagai tanda kasih kepada Nabi SAW. Antaranya membetulkan langkah kanan atau kiri, contohnya masuk ke rumah, masjid, tandas, pasar dan sebagainya, kerana ini semua telah ditunjukan oleh Rasulullah SAW. Budayakan membaca al-Quran, menjaga solat, memberi salam kepada orang Islam, serta bersolawat kepada Rasulullah SAW.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar, YDP PIBG, semua guru-guru dan murid-murid SK Tg Aru 1. Saya sangat bahagia!

Sumber & kredit : http://sawanih.blogspot.com/

Oleh: Mohd. Khafidz Soroni

Meneliti kembali sejarah, ditemukan ramai ulama yang begitu mengambil berat berhubung topik mawlid Nabi SAW. Topik mawlid sebenarnya sebahagian daripada ilmu sirah Nabi SAW. Namun, lama-kelamaan ia menjadi satu disiplin penulisan yang mempunyai konsep sedikit berbeza dengan kitab-kitab sirah. Di mana banyak kitab-kitab mawlid ini ditulis dengan gubahan gayabahasa yang tinggi, puitis dan berima.

Mawlid Nabi SAW merupakan suatu topik yang dapat dianggap evergreen di sepanjang zaman. Ini kerana ia datang pada setiap tahun pada bulan Rabiul Awwal. Soal setuju atau tidak setuju menyambutnya menjadi isu yang masyhur di kalangan ahli ilmu. Bagaimanapun, menceritakan keindahan peribadi dan riwayat hidup Nabi SAW bagi orang yang cinta tidak akan mendatangkan rasa jemu dan bosan. Apatah lagi seseorang itu akan bersama dengan orang yang dikasihi dan dicintai di akhirat kelak.

Berdasarkan kajian, didapati amat banyak kitab-kitab yang telah dikarang oleh para alim ulama berkaitan mawlid Nabi SAW. Berikut adalah sebahagian di antara kitab-kitab berkenaan yang disusun menurut kronologi:

Abad Ketiga Hijrah

Menurut al-‘Allamah Sayyid Ahmad al-Ghumari di dalam kitabnya Ju’nah al-‘Attar (hlm. 12-13) :

1- “Orang pertama yang aku tahu telah menyusun mengenai mawlid ialah Muhammad bin ‘Umar al-Waqidi, pengarang kitab al-Maghazi dan kitab al-Futuh, meninggal dunia tahun 206 H, dan ada yang menyebut 209 H. Beliau mempunyai dua buah kitab tentangnya, iaitu kitab al-Mawlid al-Nabawi dan kitab Intiqal al-Nur al-Nabawi, sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Suhaili di dalam al-Rawdh sebahagian daripadanya.

2- Demikian juga telah menyusun mengenai mawlid dari kalangan ulama terdahulu; al-Hafiz Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘A’id, pengarang al-Sirah yang masyhur, meninggal dunia tahun 233 H.

3- Dan al-Hafiz Abu Bakr ibn Abi ‘Asim, pengarang banyak kitab, meninggal dunia tahun 287 H” – tamat nukilan.

Kitab al-Hafiz Abu Bakr ibn Abi ‘Asim ini pernah diriwayatkan oleh Imam al-Ghazali. Kata muridnya al-Hafiz ‘Abd al-Ghafir al-Farisi (w. 529H) mengenai gurunya itu: “Beliau telah mendengar berbagai-bagai hadis secara formal bersama-sama para fuqaha’. Antara yang saya temukan bukti sama‘nya ialah apa yang beliau dengar daripada kitab Mawlid al-Nabi SAW karangan Abu Bakr Ahmad bin ‘Amr ibn Abi ‘Asim al-Syaybani, riwayat al-Imam Syeikh Abu Bakr Muhammad bin al-Harith al-Asbahani, dari Abu Muhammad ‘Abdullah bin Muhammad bin Ja‘far ibn Hayyan, dari pengarangnya. Imam al-Ghazali telah mendengarnya dari Syeikh Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Ahmad al-Khawari – Khawar Tabaran – rahimahullah, bersama-sama dua orang anaknya, Syeikh ‘Abd al-Jabbar dan Syeikh ‘Abd al-Hamid serta sekumpulan para fuqaha’… Kitab tersebut di dalam dua juzuk yang didengar oleh beliau”. (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/212-214)

Abad Keempat dan Kelima Hijrah

Karya-karya mawlid di dalam abad keempat dan abad kelima setakat ini belum lagi ditemukan oleh al-faqir penulis. Jika ada, mohon diberitahu. Namun, penulisan mengenai mawlid ini berterusan di kalangan ramai ulama pada abad-abad kemudiannya.

Abad Keenam Hijrah

4- al-Durr al-Munazzam fi Mawlid al-Nabi al-A‘zam oleh al-‘Allamah Abu al-‘Abbas Ahmad bin Mu‘id bin ‘Isa al-Uqlisyi al-Andalusi (w. 550H).

5- al-‘Arus oleh al-Hafiz Abu al-Faraj ‘Abd al-Rahman bin ‘Ali al-Hanbali, yang terkenal dengan panggilan Ibnu al-Jawzi (w. 597H). Kitab ini telah disyarah oleh Syeikh Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin ‘Arabi al-Jawi (w. 1315H) dengan judul: (بغية العوام في شرح مولد سيد الأنام عليه الصلاة والسلام المنسوبة لابن الجوزي) atau (البلوغ الفوزي لبيان ألفاظ مولد ابن الجوزي).

Abad Ketujuh Hijrah

6- al-Tanwir min Mawlid al-Siraj al-Munir oleh al-Hafiz Abu al-Khattab ibn Dihyah al-Kalbi (w. 633 H). Beliau telah menghadiahkan kitab ini kepada al-Malik al-Muzaffar, raja Arbil yang selalu menyambut malam mawlid Nabi SAW dan siangnya dengan sambutan meriah yang tidak pernah didengar seumpamanya. Baginda telah membalas beliau dengan ganjaran hadiah yang banyak.

7- (المولد النبوي) oleh al-Syeikh al-Akbar Muhyi al-Din Muhammad bin ‘Ali ibn al-‘Arabi al-Hatimi (w. 638H).

8- ‘Urfu al-Ta‘rif bi al-Mawlid al-Syarif oleh Imam al-Hafiz Abu al-Khair Syams al-Din Muhammad bin ‘Abd Allah al-Jazari al-Syafi‘i (w. 660H).

9- (الدر النظيم في مولد النبي الكريم) oleh Syeikh Abu Ja‘far ‘Umar bin Ayyub bin ‘Umar ibn Arsalan al-Turkamani al-Dimasyqi al-Hanafi, yang dikenali dengan nama Ibn Taghru Bik (w. 670H).

10- (ظل الغمامة في مولد سيد تهامة) oleh Syeikh Ahmad bin ‘Ali bin Sa‘id al-Gharnati al-Maliki (w. 673H).

11- (الدر المنظم في مولد النبي المعظم) oleh al-‘Allamah Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin al-Husain al-‘Azfi. Ia disempurnakan oleh anaknya, Abu al-Qasim Muhammad (w. 677H).

Abad Kelapan Hijrah

12- (المورد العذب المعين/ الورد العذب المبين في مولد سيد الخلق أجمعين) oleh Syeikh Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad bin Muhammad al-‘Attar al-Jaza’iri (w. 707H).

13- (المنتقى في مولد المصطفى) oleh Syeikh Sa‘d al-Din Muhammad bin Mas‘ud al-Kazaruni (w. 758H). Ia di dalam bahasa Parsi, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh anaknya, Syeikh ‘Afif al-Din.

14- (الدرة السنية في مولد خير البرية) oleh al-Hafiz Salah al-Din Khalil ibn Kaykaldi al-‘Ala’i al-Dimasyqi (w. 761H).

15- Mawlid al-Nabi SAW oleh Imam al-Hafiz ‘Imad al-Din Isma‘il bin ‘Umar ibn Kathir (w. 774H). Ia telah ditahqiq oleh Dr. Solah al-Din al-Munjid. Ia juga telah disyarahkan oleh al-Sayyid Muhammad bin Salim bin Hafiz, mufti Tarim, dan diberi komentar oleh al-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki, yang telah diterbitkan di Syria tahun 1387 H.

16- Mawlid al-Nabi SAW oleh Syeikh Sulayman bin ‘Awadh Basya al-Barusawi al-Hanafi (w. sekitar 780H), imam dalam wilayah Sultan Bayazid al-‘Uthmani.

17- Mawlid al-Nabi SAW oleh Syeikh Muhammad ibn ‘Abbad al-Randi al-Maliki (w. 792H), pengarang Syarah al-Hikam.

Abad Kesembilan Hijrah

18- al-Mawrid al-Hani fi al-Mawlid al-Sani oleh al-Hafiz ‘Abd al-Rahim bin Husain bin ‘Abd al-Rahman, yang terkenal dengan nama al-Hafiz al-Iraqi (w. 808 H).

19- (النفحة العنبرية في مولد خير البرية صلى الله عليه وسلم) oleh al-‘Allamah Majd al-Din Muhammad bin Ya‘qub al-Fairuz abadi (w. 817H).

20- (جامع الآثار في مولد المختار) oleh al-Hafiz Muhammad ibn Nasir al-Din al-Dimasyqi (w. 842H). Ia di dalam 3 juzuk. Beliau juga telah menulis dua buah kitab mawlid lain, iaitu: (المورد الصادي في مولد الهادي) dan (اللفظ الرائق في مولد خير الخلائق).

21- (تحفة الأخبار في مولد المختار) oleh al-Hafiz Ahmad ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H), dicetak di Dimasyq tahun 1283H.

22- Mawlid al-Nabi SAW oleh Syeikh ‘Afif al-Din Muhammad bin Muhammad bin ‘Abd Allah al-Husayni al-Tibrizi (w. 855H).

23- (الدر المنظم في مولد النبي المعظم) oleh Syeikh Syams al-Din Muhammad bin ‘Uthman bin Ayyub al-Lu’lu’i al-Dimasyqi al-Hanbali (w. 867H). Ia di dalam 2 jilid, dan kemudian telah diringkaskan dengan judul (اللفظ الجميل بمولد النبي الجليل).

24- (درج الدرر في ميلاد سيد البشر) oleh Syeikh Asil al-Din ‘Abdullah bin ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Latif al-Husayni al-Syirazi (w. 884H).

25- (المنهل العذب القرير في مولد الهادي البشير النذير صلى الله عليه وسلم) oleh al-‘Allamah Abu al-Hasan ‘Ali bin Sulaiman bin Ahmad al-Mardawi al-Maqdisi (w. 885H), syeikh Hanabilah di Dimasyq.

26- Mawlid al-Nabi SAW oleh al-Sayyid ‘Umar bin ‘Abd al-Rahman bin Muhammad Ba‘alawi al-Hadhrami (w. 889H).

Abad Kesepuluh Hijrah

27- al-Fakhr al-‘Alawi fi al-Mawlid al-Nabawi oleh al-Hafiz Syams al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman yang terkenal dengan nama al-Hafiz al-Sakhawi (w. 902H).

28- (درر البحار في مولد المختار) oleh Syeikh Syihab al-Din Ahmad bin ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Karim al-Nabulusi, yang masyhur dengan nama Ibn Makkiyyah (w. 907H).

29- Al-Mawarid al-Haniyyah fi Mawlid Khair al-Bariyyah oleh al-‘Allamah al-Sayyid ‘Ali Zain al-‘Abidin al-Samhudi al-Hasani (w. 911H).

30- (المرود الأهنى في المولد الأسنى) oleh Syeikhah ‘A’isyah bint Yusuf al-Ba‘uniyyah (w. 922H). Barangkali ini satu-satunya kitab mawlid karya seorang syeikhah!

31- (الكواكب الدرية في مولد خير البرية) oleh Syeikh Taqiy al-Din Abu Bakr bin Muhammad bin Abi Bakr al-Hubaisyi al-Halabi al-Syafi`i (w. 930H).

32- Mawlid al-Nabi SAW oleh Mulla ‘Arab al-Wa‘iz (w. 938H).

33- Mawlid al-Nabi SAW atau Mawlid al-Daiba‘i oleh al-Muhaddith Syeikh ‘Abd al-Rahman bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Umar al-Daiba‘i al-Syafi`i (w. 944H), murid al-Hafiz al-Sakhawi. Mawlid al-Daiba‘i ini antara kitab mawlid yang banyak dibaca orang sehingga kini. Ia telah ditahqiq dan ditakhrij hadisnya oleh al-‘Allamah Dr. al-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki.

34- Mawlid al-Nabi SAW nazam Turki oleh Syeikh ‘Abd al-Karim al-Adranahwi al-Khalwati (w. 965H).

35- Itmam al-Ni‘mah ‘ala al-‘Alam bi Mawlid Sayyid Walad Adam dan al-Ni‘mah al-Kubra ‘ala al-‘Alam fi Mawlid Sayyid Walad Adam oleh Imam al-‘Allamah Ahmad ibn Hajar al-Haytami al-Makki al-Syafi‘i (w. 974H). Ia telah disyarah oleh beberapa ulama, antaranya oleh:

– Syeikh Muhammad bin ‘Ubadah bin Barri al-‘Adawi al-Maliki (w. 1193H) (حاشية على مولد النبي لابن حجر).

– Syeikh Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri al-Syafi‘i (w. 1277H), Syeikhul Azhar dengan kitabnya (تحفة البشر على مولد ابن حجر).

– Syeikh Hijjazi bin ‘Abd al-Muttalib al-‘Adawi al-Maliki (w. sesudah 1211H) (حاشية على مولد الهيثمي).

– Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mansuri al-Syafi‘i al-Khayyat (اقتناص الشوارد من موارد الموارد في شرح مولد ابن حجر الهيتمي), selesai tahun 1166H.

Ibn Hajar al-Haytami juga telah mengarang kitab (تحرير الكلام في القيام عن ذكر مولد سيد الأنام) tentang masalah bangun berdiri ketika bermawlid.

36- Mawlid al-Nabi SAW oleh al-‘Allamah Muhammad bin Ahmad al-Khatib al-Syirbini al-Syafi‘i (w. 977H).

37- Mawlid al-Nabi SAW oleh al-‘Allamah Syeikh Najm al-Din Muhammad bin Ahmad bin ‘Ali al-Ghiti al-Syafi‘i (w. 981H). Ia telah disyarahkan oleh Syeikh ‘Ali bin ‘Abd al-Qadir al-Nabtini al-Hanafi (w. 1061H) (شرح على مولد النجم الغيطي).

Abad Kesebelas Hijrah

38- Mawlid al-Nabi SAW oleh Syeikh Syams al-Din Ahmad bin Muhammad bin ‘Arif al-Siwasi al-Hanafi (w. 1006H).

39- al-Mawrid al-Rawi fi al-Mawlid al-Nabawi oleh al-‘Allamah Nur al-Din ‘Ali bin Sultan al-Qari al-Harawi al-Hanafi (w. 1014H). Kitab ini telah ditahqiq oleh al-‘Allamah Dr. al-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki.

40- (المنتخب المصفي في أخبار مولد المصطفى) oleh al-‘Allamah al-Sayyid ‘Abd al-Qadir bin Syeikh bin ‘Abd Allah bin Syeikh al-‘Aidarusi (w. 1038H).

41- (مورد الصفا في مولد المصطفى صلى الله عليه وسلم) oleh al-‘Allamah Muhammad ‘Ali bin Muhammad Ibn ‘Allan al-Bakri al-Siddiqi al-Makki al-Syafi‘i (w. 1057H).

Abad Kedua Belas Hijrah

42- (الجمع الزاهر المنير في ذكر مولد البشير النذير) oleh Syeikh Muhammad bin Nasuh al-Askadari al-Khalwati, yang masyhur dengan nama Nasuhi al-Rumi (w. 1130H).

43- Mawlid al-Nabi SAW oleh al-‘Allamah Muhammad bin Ahmad bin Sa‘id, yang masyhur dengan nama Ibn ‘Aqilah al-Makki (w. 1150H).

44- Mawlid al-Nabi SAW nazam Turki oleh Syeikh Sulaiman bin ‘Abd al-Rahman bin Solih al-Rumi (w. 1151H).

45- (المورد الروي في المولد النبوي) oleh Syeikh Qutb al-Din Mustafa bin Kamal al-Din bin ‘Ali al-Siddiqi al-Bakri al-Dimasyqi al-Hanafi (w. 1162H). Beliau turut menyusun kitab (منح المبين القوي في ورد ليلة مولد النبوي).

46- (الكلام السني المصفى في مولد المصطفى) oleh Syeikh al-Qurra’ ‘Abdullah Hilmi bin Muhammad bin Yusuf al-Hanafi al-Muqri al-Rumi, yang masyhur dengan nama Yusuf Zadah (w. 1167H).

47- (رسالة في المولد النبوي) oleh Syeikh Hasan bin ‘Ali bin Ahmad al-Mudabighi al-Syafi‘i (w. 1170H). Kitab ini telah diberi hasyiah oleh:

– Syeikh ‘Umar bin Ramadhan bin Abi Bakr al-Thulathi (w. sesudah 1164H).

– Syeikh ‘Abd al-Rahman bin Muhammad al-Nahrawi al-Muqri (w. 1210H).

48- Mawlid al-Nabi SAW oleh Syeikh Ahmad bin ‘Uthman al-Diyar bakri al-Amidi al-Hanafi (w. 1174H).

49- Mawlid al-Nabi SAW oleh Syeikh ‘Abdullah bin Muhammad Nida’i al-Kasyghari al-Naqsyabandi al-Zahidi (w. 1174H).

50- Mawlid al-Barzanji atau (عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر) oleh al-Sayyid Ja‘far bin Hasan al-Barzanji (w. 1177H), mufti Syafi‘iyyah di Madinah. Kitab ini adalah antara kitab mawlid yang termasyhur. Saudara pengarangnya, al-Sayyid ‘Ali bin Hasan al-Barzanji (w. 11xxH) telah menggubahnya menjadi nazam. Ia juga telah diberi hasyiah oleh beberapa ulama, antaranya:

– Al-‘Allamah Syeikh Muhammad bin Ahmad ‘Illisy (atau ‘Ulaisy) al-Syazili al-Maliki (w. 1299H) dengan judul (القول المنجي حاشية على مولد البرزنجي).

– al-Sayyid Ja‘far bin Isma‘il al-Barzanji (w. 1317H), mufti Syafi‘iyyah di Madinah dengan judul (الكوكب الأنور على عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر).

– Syeikh Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin ‘Arabi al-Bantani al-Jawi (w. 1315H) dengan judul (مدارج الصعود إلى اكتساء البرود) atau (أساور العسجد على جوهر عقد للبرزنجى) dan juga (ترغيب المشتاقين لبيان منظومة السيد البرزنجي في مولد سيد الأولين والآخرين).

– Syeikh ‘Abd al-Hamid bin Muhammad ‘Ali Kudus yang diberi judul:Mawlid al-Nabi SAW ‘ala Nasij al-Barzanji.

– Syeikh Mustafa bin Muhammad al-‘Afifi al-Syafi‘i yang diberi judul (فتح اللطيف شرح نظم المولد الشريف), dicetak di Mesir tahun 1293H.

Kitab al-Barzanji ini juga telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dan berbagai bahasa lain.

51- Mawlid al-Nabi SAW oleh al-Sayyid Muhammad bin Husain al-Jufri al-Madani al-‘Alawi al-Hanafi (w. 1186H).

52- (المولد الشريف) oleh Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Maghribi al-Tafilati al-Khalwati (w. 1191H), mufti Hanafiyyah di al-Quds.

53- Mawlid al-Nabi SAW oleh Syeikh ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Mun‘im al-Khayyat (w. 1200H), mufti wilayah Sa‘id, Mesir.

54- (الدر الثمين في مولد سيد الاولين والآخرين) oleh Syeikh Muhammad bin Hasan bin Muhammad al-Samannudi al-Syafi‘i, yang masyhur dengan nama al-Munayyir (w. 1199H).

55- (الدر المنظم شرح الكنز المطلسم في مولد النبي المعظم) oleh Syeikh Abu Syakir ‘Abdullah Syalabi, selesai tahun 1177H.

Abad Ketiga Belas Hijrah

56- (المولد النبوي) oleh Imam Abu al-Barakat Ahmad bin Muhammad al-‘Adawi al-Dardir al-Maliki (w. 1201H). Kitab beliau ini telah diberi hasyiaholeh:

– al-‘Allamah Muhammad al-Amir al-Saghir bin Muhammad al-Amir al-Kabir al-Maliki (w. sesudah 1253H) (حاشية على مولد الدردير).

– al-‘Allamah Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad al-Bajuri al-Syafi‘i (w. 1277H).

– Syeikh Yusuf bin ‘Abd al-Rahman al-Maghribi (w. 1279H), bapa Muhaddith al-Syam Syeikh Badr al-Din al-Hasani dengan judul (فتح القدير على ألفاظ مولد الشهاب الدردير).

57- (تذكرة أهل الخير في المولد النبوي) oleh al-Sayyid Muhammad Syakir bin ‘Ali al-‘Umari al-Fayyumi, yang masyhur dengan nama al-‘Aqqad al-Maliki (w. 1202H).

58- Mawlid al-Nabi SAW nazam Turki oleh Syeikh Najib al-Din ‘Abd al-Qadir bin ‘Izz al-Din Ahmad al-Qadiri al-Hanafi yang masyhur dengan nama Asyraf Zadah al-Barsawi (w. 1202H).

59- Mawlid al-Nabi SAW oleh Syeikh ‘Ali bin ‘Abd al-Barr al-Husaini al-Wana’i al-Syafi‘i (w. 1212H), murid al-Hafiz Murtadha al-Zabidi.

60- (منظومة في مولد النبي صلى الله عليه وسلم) oleh Syeikh Mustafa Salami bin Isma‘il Syarhi al-Azmiri (w. 1228H).

61- (الجواهر السنية في مولد خير البرية صلى الله عليه وسلم) oleh al-‘Allamah Syeikh Muhammad bin ‘Ali al-Syanawani al-Syafi‘i (w. 1233H).

62- (مطالع الأنوار في مولد النبي المختار صلى الله عليه وسلم) oleh Syeikh ‘Abdullah bin ‘Ali Suwaydan al-Damliji al-Syazili al-Syafi‘i (w. 1234H).

63- (تأنيس أرباب الصفا في مولد المصطفى) oleh al-Sayyid ‘Ali bin Ibrahim bin Muhammad bin Isma‘il al-Amir al-San‘ani al-Zaydi (w. sekitar 1236H).

64- (تنوير العقول في أحاديث مولد الرسول) oleh Syeikh Muhammad Ma‘ruf bin Mustafa bin Ahmad al-Husaini al-Barzanji al-Qadiri al-Syafi‘i (w. 1254H).

65- (مولد نبوي نظم) oleh Syeikh Muhammad Abu al-Wafa bin Muhammad bin ‘Umar al-Rifa‘i al-Halabi (w. 1264H).

66- (السر الرباني في مولد النبي) oleh Syeikh Muhammad ‘Uthman bin Muhammad al-Mirghani al-Makki al-Husaini al-Hanafi (w. 1268H).

67- (قصة المولد النبوي) oleh Syeikh Muhammad bin ‘Abd Allah Talu al-Dimasyqi al-Hanafi (w. 1282H).

68- Al-Mawrid al-Latif fi al-Mawlid al-Syarif oleh Syeikh ‘Abd al-Salam bin ‘Abd al-Rahman al-Syatti al-Hanbali (w. 1295H). Ia berbentuk gubahan qasidah ringkas.

69- (مطالع الجمال في مولد إنسان الكمال) oleh Syeikh Muhammad bin al-Mukhtar al-Syanqiti al-Tijani (w. 1299H).

70- (سمط جوهر في المولد النبوي) oleh Syeikh Ahmad ‘Ali Hamid al-Din al-Surati al-Hindi (w. 1300H). Beliau mengarang kitab ini dalam sekitar 100 mukasurat tanpa menggunakan huruf alif!

71- Mawlid al-Nabi SAW oleh Syeikh Ahmad bin Qasim al-Maliki al-Hariri. Kitab ini telah disyarah oleh:

– Syeikh Abu al-Fawz Ahmad bin Muhammad Ramadhan al-Marzuqi al-Husayni al-Maliki (masih hidup tahun 1281H) dengan judul: (بلوغ المرام لبيان ألفاظ مولد سيد الأنام), cetakan Mesir tahun 1286H.

– Syeikh Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin ‘Arabi al-Bantani al-Jawi (w. 1315H) dengan judul: (فتح الصمد العالم على مولد الشيخ أحمد بن قاسم), cetakan Mesir tahun 1292H.

72- Mawlid Nabi SAW oleh al-‘Allamah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (w. 1263 @ 1297H), diselesaikan pada tahun 1230H. Beliau turut menyusun sebuah lagi kitab mawlid yang hanya diberi tajuk al-Muswaddah, diselesaikan pada tahun 1234H. (Wawasan Pemikiran Islam 4 – Hj. Wan Mohd. Saghir, h. 132)

73- Kanz al-’Ula [fi Mawlid al-Mustafa?] oleh Syed Muhammad bin Syed Zainal Abidin al-‘Aidarus yang terkenal dengan nama Tokku Tuan Besar Terengganu (w. 1295H).

Abad Keempat Belas Hijrah

74- Mawlid al-Nabi SAW oleh al-‘Allamah al-Muhaddith al-Sufi Abu al-Mahasin Muhammad bin Khalil al-Qawuqji al-Tarabulusi (w. 1305H).

75- (سرور الأبرار في مولد النبي المختار صلى الله عليه وسلم) oleh Syeikh ‘Abd al-Fattah bin ‘Abd al-Qadir al-Khatib al-Dimasyqi al-Syafi‘i (w. 1305H).

76- (العلم الأحمدي في المولد المحمدي) oleh Syeikh Syihab al-Din Ahmad bin Ahmad Isma‘il al-Hilwani al-Khaliji al-Syafi‘i (w. 1308H).

77- (منظومة في مولد النبي صلى الله عليه وسلم) oleh Syeikh Ibrahim bin ‘Ali al-Ahdab al-Tarabulusi al-Hanafi (w. 1308H).

78- Mawlid al-Nabi SAW oleh Syeikh Muhammad Hibatullah bin ‘Abd al-Qadir al-Khatib al-Dimasyqi al-Syafi‘i (w. 1311H).

79- (الإبريز الداني في مولد سيدنا محمد السيد العدناني صلى الله عليه وسلم) oleh Syeikh Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin ‘Arabi al-Bantani al-Jawi (w. 1315H). Beliau juga telah mengarang kitab:

– (بغية العوام في شرح مولد سيد الأنام عليه الصلاة والسلام المنسوبة لابن الجوزي),

– (مدارج الصعود إلى اكتساء البرود) atau (أساور العسجد على جوهر عقد للبرزنجى) dan juga

– (ترغيب المشتاقين لبيان منظومة السيد البرزنجي في مولد سيد الأولين والآخرين).

80- (تحفة العاشقين وهدية المعشوقين في شرح تحفة المؤمنين في مولد النبي الأمين – صلى الله عليه وسلم) oleh Syeikh Muhammad Rasim bin ‘Ali Ridha al-Mullatiyah-wi al-Hanafi al-Mawlawi (w. 1316H).

81- (قدسية الأخبار في مولد أحمد المختار) oleh Syeikh Muhammad Fawzi bin ‘Abd Allah al-Rumi (w. 1318H), mufti Adrana. Beliau turut menyusun (إثبات المحسنات في تلاوة مولد سيد السادات).

82- (حصول الفرج وحلول الفرح في مولد من أنزل عليه ألم نشرح) oleh Syeikh Mahmud bin ‘Abd al-Muhsin al-Husaini al-Qadiri al-Asy‘ari al-Syafi‘i al-Dimasyqi, yang masyhur dengan nama Ibn al-Mawqi‘ (w. 1321H).

83- Simt al-Durar fi Akhbar Mawlid Khair al-Basyar min Akhlaq wa Awsaf wa Siyar atau Maulid al-Habsyi oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi (w. 1333H).

84- (لسان الرتبة الأحدية) oleh Syeikh Mahmud bin Muhyi al-Din Abu al-Syamat al-Dimasyqi al-Hanafi (w. 1341H). Ia sebuah kitab mawlid menurut lisan ahli sufi.

85- al-Yumnu wa al-Is‘ad bi Mawlid Khair al-‘Ibad oleh al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Muhammad bin Ja‘far bin Idris al-Kattani al-Hasani (w. 1345H), cetakan Maghribi tahun 1345H.

86- Jawahir al-Nazm al-Badi‘ fi Mawlid al-Syafi‘ oleh al-‘Allamah Syeikh Yusuf bin Isma‘il al-Nabhani (w. 1350H).

87- (المولد النبوي الشريف) oleh Syeikh Muhammad Sa‘id bin ‘Abd al-Rahman al-Bani al-Dimasyqi (w. 1351H).

88- (شفاء الأسقام بمولد خير الأنام صلى الله عليه وسلم) oleh al-‘Allamah Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Hajjuji al-Idrisi al-Hasani al-Tijani (w. 1370H). Ia diringkaskan dengan judul (بلوغ القصد والمرام في قراءة مولد الأنام). Beliau turut menyusun kitab (قصة المولد النبوي الشريف).

89- Mawlid al-Nabi SAW oleh Syeikh Muhammad al-‘Azb bin Muhammad al-Dimyati.

90- Mawlid Syaraf al-Anam – belum ditemukan pengarang asalnya.

91- (المولد النبوي الشريف) oleh Syeikh Muhammad Naja, mufti Beirut.

92- (الجمع الزاهر المنير في ذكر مولد البشير النذير) oleh Syeikh Zain al-‘Abidin Muhammad al-‘Abbasi al-Khalifati.

93- (الأنوار ومفتاح السرور والأفكار في مولد النبي المختار) oleh Abu al-Hasan Ahmad bin ‘Abd Allah al-Bakri.

94- (عنوان إحراز المزية في مولد النبي خير البرية صلى الله عليه وسلم) oleh Abu Hasyim Muhammad Syarif al-Nuri.

95- (فتح الله في مولد خير خلق الله) oleh Syeikh Fathullah al-Bunani al-Syazili al-Maghribi.

96- (مولد المصطفى العدناني) oleh Syeikh ‘Atiyyah bin Ibrahim al-Syaybani, dicetak tahun 1311H.

97- (المولد النبوي) oleh Syeikh Hasyim al-Qadiri al-Hasani al-Fasi.

98- (خلاصة الكلام في مولد المصطفى عليه الصلاة والسلام) oleh Syeikh Ridhwan al-‘Adl Baybars, dicetak di Mesir tahun 1313H.

99- (المنظر البهي في مطلع مولد النبي) oleh Syeikh Muhammad al-Hajrisi.

100- (المولد الجليل حسن الشكل الجميل) oleh Syeikh ‘Abdullah bin Muhammad al-Munawi al-Ahmadi al-Syazili, dicetak di Mesir tahun 1300H.

101- (المولد النبوي الشريف) oleh Syeikh ‘Abd al-Qadir al-Himsi.

102- (الفيض الأحمدي في المولد المحمدي) oleh Syeikh Ibrahim Anyas (w. 1975).

103- (شفاء الآلام بمولد سيد الأنام) oleh al-‘Allamah Syeikh Idris al-‘Iraqi.

104- (شفاء السقيم بمولد النبي الكريم) oleh Syeikh al-Hasan bin ‘Umar Mazur.

105- (تنسم النفس الرحماني في مولد عين الكمال) oleh Syeikh Sa‘id bin ‘Abd al-Wahid Binnis al-Maghribi.

106- al-Sirr al-Rabbani fi Mawlid al-Nabiy al-‘Adnani oleh Syeikh Muhammad al-Bunani al-Tijani.

107- al-Nawafih al-‘Itriyyah fi Zikr Mawlid Khayr al-Bariyyah oleh Syeikh Salah al-Din Hasan Muhammad al-Tijani.

 Abad Kelima Belas Hijrah

108- al-Rawa’ih al-Zakiyyah fi Mawlid Khayr al-Bariyyah oleh al-‘Allamah Syeikh ‘Abdullah al-Harari al-Habsyi (w. 1429H).

109- Mawlid al-Hadi SAW oleh Dr. Nuh ‘Ali Salman al-Qudhah, mufti Jordan.

110- al-Dhiya’ al-Lami‘ bi Zikr Mawlid al-Nabi al-Syafi‘ oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Umar bin Hafiz al-Ba‘alawi. Ia antara kitab mawlid yang mula luas tersebar, serta pengarangnya masih hidup.

Imam Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Kittani di dalam kitabnya al-Ta’alif al-Mawlidiyyah telah menyenaraikan hampir 130 buah kitab mawlid yang disusun menurut abjad. Manakala Dr. Salah al-Din al-Munjid telah menyenaraikan sekitar 181 buah kitab mawlid di dalam kitabnya (معجم ما أُلف عن النبي محمد صلى الله عليه وسلم).

Namun, kedua-duanya belum dapat saya telaah ketika menulis entri ini. Dijangkakan masih ada banyak lagi kita mawlid yang tidak disenaraikan. Sepertimana yang dapat kita lihat, sebahagian besar alim ulama yang disebutkan adalah tokoh-tokoh ulama tersohor di zaman mereka. Tidak dinafikan juga bahawa ada setengah kitab mawlid tersebut yang dipertikaikan nisbahnya kepada pengarangnya. Sekurang-kurangnya jumlah karya-karya mawlid yang besar ini menunjukkan kepada kita bukti keharusan memperingati mawlid Nabi SAW di kalangan ramai para alim ulama.

Juga tidak dinafikan bahawa sesetengah kitab-kitab mawlid ini mengandungi perkara-perkara yang dianggap batil atau palsu oleh sebahagian ahli ilmu. Namun sangka baik kita kepada pengarang-pengarangnya, mereka tidak akan memuatkan di dalam kitab-kitab tersebut perkara-perkara yang mereka yakin akan kepalsuan dan kebatilannya. Maka, setidak-tidaknya mereka hanya mengandaikan perkara-perkara tersebut hanya daif sahaja yang harus diguna pakai dalam bab sirah dan hikayat, selain fadha’il, sepertimana yang masyhur di dalam ilmu mustalah al-hadith.

Setengahnya pula adalah masalah yang menjadi khilaf di kalangan para ulama. Justeru, agak keterlaluan jika ada yang melabelkan kebanyakan kitab-kitab tersebut sebagai sesat, munkar dan bidaah secara keseluruhan dengan tujuan untuk menyesat dan membidaahkan para pengarangnya. Sedangkan kritikan tersebut dapat dibuat dengan cara yang lebih berhemah dan beradab. Semoga Allah SWT memberi kita petunjuk.

Penutup

Demikian secara ringkas, alim ulama yang mengarang kitab-kitab mawlid dari abad kedua hijrah hinggalah abad kelima belas hijrah, iaitu dalam tempoh sekitar 1,200 tahun. Ini tidak termasuk kitab-kitab berhubung isu dan hukum bermawlid, serta karya-karya madih nabawi seperti Burdah al-Busiri yang jumlahnya juga cukup banyak untuk dihitung.

Penyusunan kitab-kitab mawlid mengandungi tujuan yang sewajarnya disematkan dalam hati-hati para pembacanya, iaitu mengiktiraf nikmat besar yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya, di samping menanamkan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda SAW. Hasil daripadanya ialah mengikut dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda SAW serta berpegang teguh dengannya di dalam menjalani kehidupan duniawi.

Wallahu a‘lam.

اللهمَّ صلّ وسلّم وبارك على سيّدنا محمّد وعلى آله

DARI KONTI SABAH FM

Berdebarnya hati, Allah saja yang tahu.

Persediaan dengan soalan-soalan jangka sudah selesai semalam, cuma sekitar jam 10 pagi, saya sempat melayari youtube kuliah Syeikh Nuruddin al-Banjari berkenaan dengan maulidur rasul.

Beliau menjawab persoalan kebaikan mengadakan maulidur rasul. Alhamdulillah, ketika ke udara jam 11.50 pagi tadi, itulah soalan pertama yang diutarakan oleh penyampai Sabah FM, Kak Hajjah Napsiah.

“Orang kata tidak boleh menyambut maulidur rasul, betul ka ustaz?”

“Justeru, Nabi SAW berpuasa pada hari isnin hikmahnya memperingati hari kelahiran baginda”. Saya tidak dapat menjawab panjang kerana hambatan masa. Jujurnya saya kurang puas hati juga sebab nampak macam tergantung.

Sebenarnya apa sahaja program yang menunjukkan kasih sayang kepada baginda, adalah dibenarkan. Namun begitulah, pro dan kontra tetap ada terutama kepada pihak yang suka mengungkit tentang kebid’ahan menyambutnya.

Saya sendiri tiba di studio sekitar 11.30 pagi bersama Cik Siti Irma selaku urusetia JHEAINS bagi program ini sebelum dibawa berehat di pejabat staf Sabah FM.

Program tadi bermula terlewat sedikit kerana memberi laluan kepada wawancara Amanah Saham 1 Malaysia pada 11.30 hingga 11.50 pagi. Mujur juga ada masa tambahan diberikan.

Itupun jangkaan 6 soalan tidak menjadi. Hanya 3 soalan diberikan dan soalan terakhir itu pun sekerat jalan saja. Orang kata, kita baru mau naik syeh, Kak Hajjah sudah tamatkan.

Saya sempat membicarakan tentang ajaran dan budaya hidup masyarakat jahiliyyah dari segi aqidah dan cara hidup. Antaranya yang berkait dengan berhala seperti penyembahan, penyembelihan, nazar dan hadiah kepada berhala; fahaman tentang kesialan pada masa tertentu; menenung nasib, dan seumpamanya.

Begitu juga daripada segi cara hidup yang songsang seperti membunuh anak perempuan, pelacuran, minum arak, berjudi dan sebagainya.

Sempat juga mengaitkan kehidupan masa jahiliyyah itu dengan budaya jahiliyyah yang berlaku pada zaman moden ini.

Sebenarnya sebahagian besar perkara yang berlaku pada zaman jahiliyyah berlaku pada zaman kita, bahkan ada yang lebih dahsyat lagi.

Contohnya, kalau pada zaman jahiliyyah bayi yang dibuang itu hanya anak perempuan, zaman nabi musa dan firaun, bayi yang dibuang hanya anak lelaki. Zaman kita ini tidak mengira jantina.

Berjudi bukan saja di kedai nombor ekor, ada orang bertaruh ketika menonton bola, menonton lumba kuda, bahkan berjudi ketika main golf.

Bomoh dan pawang yang banyak diamalkan oleh masyarakat zaman ini, kalau hilang barang, hilang kereta cari pawang di mana letaknya, siapa curi macam dalam filem nujum pak belalang tu.

Dalam hal ini Nabi SAW ada bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang jumpa bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia percaya apa kata bomoh itu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. (Riwayat Muslim)

Sama saja perbuatan sebahagian masyarakat, dia tengok majalah, buku atau dalam facebook. Ramalan nasib dia dalam bulan aries, pisces dan sebagainya, itu tidak boleh. Sebab meramal ini menjadikan dia mendahului taqdir dan menjadi pemalas.

Terkejut ada, sedih ada dan hendak ketawa pun ada, apabila soalan dibuka kepada pendengar. Soalannya sangat asas gagal dijawab oleh seorang pendengar.

“Apa bangsa Nabi Muhammad SAW? Bajau? Dusun? India? Arab?”

“India!”

Apapun, ini suatu pengalaman yang sangat menarik dan  berharga. Mudah-mudahan saya tidak tersilap dalam membentang pendapat dan hujjah. Jika ada kesilapan dan kekurangan, kepada Allah saya memohon keampunan.

Terima kasih semuanya yang memberi sokongan. Tidak ketinggalan, Kak Hajjah Napsiah dan Cik Siti yang menemani di studio Sabah FM.

PERARAKAN

Situasi 1

Isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang

Dari blog Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin. (13 Feb 2010)

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) begitu terkejut dan memandang serius laporan Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng telah membatalkan perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Ini kerana, sekiranya laporan itu adalah benar, pembatalan perarakan menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, yang merupakan satu amalan tradisi bagi seluruh Umat Islam di negara ini, adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan juga Umat Islam di Pulau Pinang.

Unjuran daripada reaksi pelbagai pihak, YAB Lim Guan Eng telah membuat kenyataan pada lewat malam semalam dengan menjelaskan bahawa arahan pembatalan itu adalah tidak benar sama sekali. Bahkan, menurut beliau sambutan kali ini akan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut bermula daripada 25 Februari 2010.

Pemuda UMNO menyambut baik kenyataan ini kerana pembatalan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja menidakkan rakyat Pulau Pinang yang beragama Islam berarak bagi menzahirkan rasa kasih dan sayang mereka kepada Baginda Rasullah SAW malah merupakan satu gambaran yang langsung tidak memahami dan menghormati sensitiviti masyarakat majmuk dan kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Kenyataan penuh di http://www.rembau.net.my/

 Moral : Menurut YB Khairy, kerajaan Pulau Pinang menghina agama Islam.

Situasi 2

Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis

Salhan K Ahmad (Feb 18, 10 / 5:14pm) / Malaysiakini

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

“Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah,” kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

“Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

“Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan,” katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

“(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan,” tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar. 

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah. Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

“Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam” katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor. Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

“Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan,” katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya. Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran.

“Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain,” katanya.

Moral : Berdasarkan kenyataan YB Khairy kepada kerajaan Pulau Pinang, bahawa tiada perarakan Maulidur Rasul itu satu penghinaan kepada Islam, maka kerajaan Pahang, Johor dan Perlis pun sama juga.

Tunggu pula kenyataan beliau kepada tiga kerajaan negeri ini. Adakah beliau memang serius sepertimana beliau begitu serius dengan kerajaan Pulau Pinang…

%d bloggers like this: