Tag Archive: Masjid Pekan Weston


Tarikh : 8 November 2014

Lokasi : Masjid Nurul Iman, Pekan Weston Beaufort

Pertama kali mengisi slot ceramah di sini dalam misi sekumpulan sahabat-sahabat dalam Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Cawangan Sabah ke Beaufort. Kami berbahagi masjid dan surau untuk berceramah sempena tahun baru hijrah secara serentak pada malam tersebut.

Saya sendiri pada peringkat perbincangan awal ada permintaan untuk berceramah di masjid ini. Pertama kali berceramah walaupun bukan pertama kali berziarah dan solat di sini. Gembira dapat berukhuwah dengan para jamaah di sini, dan ada antaranya jamaah-jamaah veteran yang mengenali bapa saya yang satu ketika pernah menjadi pengetua di Sipitang.

Masjid Pekan Weston (1) Masjid Pekan Weston (2) Masjid Pekan Weston (3) Masjid Pekan Weston (4) Masjid Pekan Weston (5) Masjid Pekan Weston (6)

Di sebuah pekan kecil, yang termasuk sebahagian laluan utama kepulauan Borneo ada sebuah masjid bernama Masjid Nurul Iman Pekan Weston, lebih 100 km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Weston berasal dari dua kalimah iaitu west yang merujuk nama seorang pegawai British bernama AJ West dan ton berasal dari perkataan town yang akhirnya menjadi sebutan ton bagi penduduk setempat. (Rujuk wikipedia).

Sesuatu yang saya sukai di masjid yang berusia 20 tahun ini ialah beberapa papan penuh informasi yang diletakkan di dinding luar masjid. Lengkap dengan senarai JK, senarai pengasas masjid, perasmi, aktiviti, risalah-risalah dan seumpamanya. Saya kira dalam bab ini JK biro penerangan dan yang berkaitan memang buat kerja khususnya untuk tatapan pengunjung dan pengimarah masjid apatah lagi orang yang bermusafir.

Sesuatu yang terdetik di hati saya ialah kalaulah kami boleh membantu untuk mengadakan ceramah bulanan di masjid ini dan beberapa masjid lain yang berdekatan untuk mengimarahkan aktiviti keilmuan untuk remaja, kaum ibu, dan seluruh jamaah. Semoga masjid ini terus makmur dengan aktiviti yang diridhai oleh Allah SWT.

Khatib : Ramli Haji Ismail

Lokasi : Masjid Nurul Iman Pekan Weston Beaufort

Para ulama Islam telah menggariskan lima kepentingan yang wajib dijaga oleh pemerintah yang tiada tolak ansur untuk mengabaikannya agar umat Islam mampu bertahan menghadapi segala cabaran. Kepentingan tersebut mengikut keutamaan ialah :-

Pertama: Menjaga Agama. Sebagai pemerintah maka menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan agama ditempat yang teratas. Segala perkara yang merosakkan agama hendaklah dihindarkan. Penyelewengan akidah wajib dibanteras. Pemimpin yang menjaga agama akan menjadi seorang yang adil dan berintegriti, tidak akan membenarkan sesuatu berlaku yang akan merosakkan akhlak dan moral. Mereka  yang tidak beragama akan lemah akhlaknya dan hilang semangat patriotik dan jati dirinya, dan tidak mustahil akan menggadaikan kepentingan negaranya demi memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Namun perlu diingat di dalam kita menjaga agama pelbagai cabaran yang perlu di atasi antaranya aliran pemikiran pluralisme, liberalisme, LGBT dan lain-lain lagi. 

 Kedua: Menjaga nyawa,   Islam mengharamkan penumpahan darah dengan jalan yang tidak benar. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan musnah, ketenteraman dan keamanan akan hilang. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud : Seseorang Islam itu ialah yang menyelamatkan kaum muslimin melalui lidah (bicara) dan tangannya (kuasa dan perlakuan), dan orang yang beriman pula ialah orang yang dipercayai oleh orang lain dalam menjamin nyawa dan harta benda mereka. (Riwayat al-Tirmizi).

Ketiga: Menjaga akal. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan ilmu. Semua unsur-unsur yang menjurus kepada kehilangan akal seperti arak, dadah wajib dibanteras dengan segera. Hanya generasi yang berakal yang mampu mempertahankan kemerdekaan negara.

Keempat: Menjaga maruah dan keturunan.  Keturunan wajib dipelihara demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat Islam. Apabila keturunan telah rosak dengan sebab menyalahi syariat dan tabie manusia seperti penzinaan, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya maka struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya akan runtuh dengan sendirinya.

Kelima: Menjaga harta, Dalam menjaga harta Islam telah mengariskan prinsipnya iaitu  al-adl wal ihsan. Pendekatan Islam amat menitik berat soal keadilan dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 29 :

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.

%d bloggers like this: