Tag Archive: Masjid Pekan Membakut


Tarikh : 26-27 Oktober 2016

Lokasi : Pekan Membakut

Sepanjang program, saya berjumpa dengan beberapa individu yang signifikan. Pertama Sarjan Mejar Abu Bakar yang kini Ketua Balai Polis Membakut sejak 2014. Kami sempat sama-sama berkhidmat di Istana Negeri Sabah.

Kedua, Ustaz Said Abd Rahman, 63 tahun. Beliau datang ke Sabah tahun 1978 dari Pondok Lanai Baling Kedah, berkhidmat dan bermastautin di Membakut hingga kini. Beliau seangkatan dengan Ustaz Mustafa Abd Majid.

Ketika, sahabat sekelas saya di SMUI Toh Puan Hajah Rahmah, Helmi Daud. Kini beliau berkhidmat di JASA. Alhamdulillah semoga semua pertemuan dan perpisahan dalam perlindungan Allah SWT.

Tarikh : 6 Februari 2016

Lokasi : Masjid Cahaya Iman Pekan Membakut

IMG-20160206-WA0042 IMG-20160206-WA0104 IMG-20160206-WA0105IMG-20160206-WA0107 IMG-20160206-WA0108 IMG-20160206-WA0109IMG-20160206-WA0106

CATATAN JUMAAT

1) Perjalanan ke Sipitang merentasi 5 kawasan parlimen – Putatan – Papar – Kimanis – Beaufort – Sipitang berjalan lancar. Hanya bagi yang perasan, jalanraya selepas jambatan Sungai Padas menuju Sipitang banyak alunan (tidak rata).

2) Singgah solat jumaat di Masjid Pekan Membakut, sejuk hati melihat ‘sahabat tinggi’ Ust Hj Herwan Harun mengimami solat berkenaan, sesuatu yang jarang saya nikmati ketika zaman pengajian. Namun, suara dan tajwidnya begitu bagus sekali.

3) Hampir setahun tidak balik ke Labuan, hati terasa gembira melihat ramai sanak saudara dari sana hadir ketika pernikahan Nurul & Mahadzir. Timbul juga rasa sedikit bersalah kerana tidak dapat bersama lebih lama, maklum hendak meraikan majlis yang lain juga.

4) Tayar persona kami ‘terkubur’ di laman rumah Kg Limbawang. Mujur ramai ahli keluarga yang sudi membantu. Kasihan salah seorang mereka dikotori tanah lumpur¬†yang menghambur ke seluarnya. Terima kasih atas bantuan.

5) Solat maghrib & isyak di sebuah surau / masjid yang agak baru di Parlimen Kimanis. Dua tandasnya bermasalah. Sebuah bilik gelap lampunya rosak¬†dan sebuah lagi mangkuk tandasnya tersumbat. Hilang ‘selera’ hendak ‘membuang’.

6) Berhenti di Stesen Petronas Papar untuk beli air minuman. Semua pelanggan termasuk saya dilayan dengan ucapan selamat datang daripada pekerja mereka. Apabila saya hendak balik, ada sapaan salah seorang mereka : “Selamat datang encik!”

%d bloggers like this: