Tag Archive: Masjid Pekan Kota Belud


Tarikh : 4 Mei 2016

Lokasi : Masjid Pekan Kota Belud

20160504_192217 20160504_211958 img-20160504-wa0171 img-20160504-wa0172 img-20160504-wa0173

Tarikh : 25 Mei 2014

Lokasi : Masjid Pekan Kota Belud

Tahniah kepada pasukan perawat Darussyifa’ Sabah yang mengadakan kembara pengubatan di Masjid Pekan Kota Belud bermula pagi sehingga zuhur semalam. Pasukan Darussyifa’ diketuai oleh Tuan Haji Khairan Untoh dan dibantu para perawat yang lain membantu sekitar 100 pesakit yang datang dari pelbagai kampung.

Setinggi penghargaan juga kami ucapkan kepada pihak JK Masjid khususnya Tuan Imam Haji Madli Mansur yang menjadi pengantara kami dalam program kali ini. Alhamdulillah, pihak masjid mengalu-alukan program seumpama ini dan mempelawa agar Darussyifa’ mengadakan program serupa pada masa akan datang.

DarussyifaSabah @ Kota Belud (1) DarussyifaSabah @ Kota Belud (2) DarussyifaSabah @ Kota Belud (3) DarussyifaSabah @ Kota Belud (4) DarussyifaSabah @ Kota Belud (5) DarussyifaSabah @ Kota Belud (6)

SEJENAK DI PANTAI EMAS

IMG_6004

Ada masa setengah jam lagi sebelum maghrib, saya dijadualkan menyampaikan ceramah umum di masjid yang sama. Kalau tadi khusus untuk para imam dan bilal, ceramah nanti untuk penduduk kampung pula.

Imam Daerah Tuan Imam Hj Madli Mansur membawa saya berehat sebentar di persisiran pantai. Nama kampungnya pun Kg Pantai Emas.

Khabarnya dahulu di persisiran pantai itu langsung tiada pepohonan kayu. Hanya rumput semata. Jadi sejauh mata memandang, pemandangan rumput di persisiran pantai itu berwarna kuning keemasan. Demikian cerita imam qaryah kepada saya. Wallahu a’lam.

IMG_5996

Tuan Imam Hj Madli Mansur sudah saya kenali hampir 10 tahun lalu. Seorang qari, dan pernah mendapat johan qari dalam MTQ Negeri Sabah beberapa tahun lalu. Suara beliau memang merdu dan padat.

Pada 2007, pernah saya memimpin solat sunat tarawih di Masjid Pekan Kota Belud bersama TYT dan rombongan Istana Negeri. Ketika itu Hj Madli bertindak sebagai bilal. Pulang dari Kota Belud, TYT Tun Ahmadshah memuji suara merdu beliau.

Dalam perjalanan kami ke seluruh pelusuk Sabah bertarawih bersama rakyat, gandingan saya bersama Imam Madli, diikuti dengan sambutan jamaah masjid di Pekan Kota Belud, TYT Tun menyatakan ia antara yang terbaik pada tahun itu.

Tuan Imam Hj Madli setahu saya antara yang dicalonkan ke Istana Negeri mengganti tempat saya sebagai pegawai agama Istana ketika itu. Saya difahamkan beliau menolak dengan baik atas beberapa alasan yang munasabah.

Saya berdiri dan berjalan di persisiran pantai di Kg Pantai Emas yang kelihatan luas dan bersih. Dapatlah seketika saya menenangkan fikiran dan mencari idea baru untuk ceramah malam itu.

IMG_6014

IMG_6017

%d bloggers like this: