Tarikh : 14 Oktober 2016
Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan
Tarikh : 1 November 2014
Lokasi : Masjid Pekan Bongawan, Papar
Alhamdulillah, sebagaimana yang dirancang, atas kerjasama semua pihak terutama para perawat dan JK Masjid Pekan Bongawan, kembara kali ini dapat dilangsungkan dengan baik. Saya dimaklumkan lebih 100 pesakit dapat dibantu dalam program kali ini. Kunjungan ini juga sebagai satu ukhuwah dan pertemuan antara pelajar dan guru serta sesama kawan-kawan yang lama tidak bertemu.
Tarikh : 5 Oktober 2014
Lokasi : Masjid Pekan Bongawan
Penampilan pertama di masjid ini, imamnya adalah sahabat kami sejak tingkatan 1 sekolah menengah di SMAN Toh Puan Hajah Rahmah pada 1991 dan berkekalan persahabatan sehingga kini. Ceramah berkisar tentang ibadah qurban dan haji yang disambut pada hari ini.
Ada beberapa keputusan dicapai selepas ceramah ini berlangsung. Pertamanya, Darussyifa’ bakal datang ke sini untuk mengadakan kembara rawatan Islam pada awal November. Keduanya, insya Allah ada kesepakatan untuk kuliah bulanan di sini mulai november walaupun tarikhnya belum ditetapkan.