Tag Archive: Masjid Negeri Selangor


Tarikh : 26 Mac 2016

Lokasi : Masjid Negeri, Shah Alam Selangor

Pengkuliah : Ustaz Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid

Tarikh : 12 Mac 2016

Lokasi : Masjid Negeri, Shah Alam Selangor

Penceramah : Ustaz Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh

Tarikh : 27 Februari 2016

Lokasi : Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam

Pembimbing : Ustaz Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid

Imam Besar

Saya pernah menjadi makmum beliau 3 kali subuh pada akhir tahun lepas di Masjid Negeri, Shah Alam Selangor. Saya dan kami serombongan kawan-kawan dari Kota Kinabalu mengakui kemerduan suara beliau. Bahkan salah seorang sahabat kami mengalirkan air mata mendengar bacaan beliau. Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas ruh Allahyarham dan memberi ganjaran atas amal soleh beliau semasa hayatnya.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa a’afihi wa’fu anhu.

***

Sumber : http://bm.selangorku.com/52217/imam-besar-masjid-negeri-shah-alam-meninggal-dunia/

SHAH ALAM 10 JUN: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi. Allahyarham Ahmad Mustafa,39, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN.

Kematian Allahyarham disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataan, di sini. Menurut kenyataan JAIS sebelum ini, Imam Besar itu mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.

Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974. Allahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH). Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir).

Warga Media Selangorkini mengucapkan takziah kepada keluarga dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin. Al-Fatihah.

SUBUH DI MASJID NEGERI

Pertama kali berjemaah subuh di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam bersama sahabat-sahabat. Subuh pertama, kami masbuq pada rakaat kedua, kerana sesat sekejap mencari tangga naik ke masjid yang besar ini.

Suara imam sangat merdu dan sangat mengesankan. Itulah yang kami rasakan setiap kali berjemaah di sini 3-4 kali subuh. Selepas selesai wirid dan doa, ada sesi talaqqi dan tahsin al-Quran yang dibimbing oleh imam bertugas dan kemudian diikuti oleh jamaah yang ramai.

Alhamdulillah, sempat turut menadah al-Quran dengan kedua-dua imam yang masyhur di masjid ini. Ustaz Ahmad Mustafa dan Sheikh Abdul Karim Omar walau hanya satu muka surat sehari. Selepas itu seorang akan membacakan terjemahannya lalu diakhiri dengan doa khatam al-Quran beramai-ramai dengan lagunya yang terkenal. Imam juga memimpin nasyid ‘asmaul husna’ sebelum jamaah bersalaman dan bersurai.

Saya gembira dengan kreativiti masjid mengendalikan program walaupun masa yang singkat selepas subuh memandangkan orang ramai akan bekerja selepasnya. Sebahagian masjid tidak mengadakan apa-apa program selepas subuh memandangkan waktunya yang terbatas. Jemaah masjid ini pula ramai, sehingga ada ketika pada anggaran saya mencapai 500-600 orang jamaah – mungkin lebih daripada itu termasuk kalangan muslimat.

Dengan aktiviti masjid ini, saya mendapat idea-idea untuk dibawa balik ke Sabah. Cantik!

Masjid Negeri Selangor (1) Masjid Negeri Selangor (2) Masjid Negeri Selangor (3) Masjid Negeri Selangor (4) Masjid Negeri Selangor (5) Masjid Negeri Selangor (6)

Masjid Negeri Selangor

Sumber : web masjid.jais.gov.my

Sejak akhir-akhir ini, negara kita dikejutkan dengan beberapa insiden yang menakutkan malah mengerikan kita semua terutama sekali yang melibatkan anak-anak gadis dan kaum wanita khususnya. Melalui media-media massa, kita dipaparkan dengan peristiwa- peristiwa yang begitu menyayat hati yang telah berlaku kepada kaum wanita seperti pembunuhan, penderaan, pelacuran, perkosaan, memperdagangkan dan sebagainya.

Perkara ini adalah merupakan masalah yang berat dan tidak boleh dipandang dengan sebelah mata atau sekadar hanya melafazkan kata-kata ‘ kasihan’ di bibir terhadap peristiwa malang yang menimpa kaum wanita itu.

Allah menjadikan segala makhluk di alam ini dalam keadaan berpasangan. Antaranya termasuklah dalam penciptaan manusia di mana Allah SWT menjadikan kaum wanita sebagai pasangan untuk lelaki.

Dari segi tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini, Allah SWT tidak membezakan antara lelaki dan wanita dalam hal memberi ganjaran ataupun pahala dalam setiap amal salih yang dilakukan. Pada sisi Allah, lelaki dan wanita mempunyai peranan yang sama dalam mengatur kehidupan yang sempurna di muka bumi ini.

“Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.” (An-Nahl : 97)

%d bloggers like this: