Tag Archive: Masjid Negeri Sabah


Suhaidi Saad

Sebelum dan hari-hari awal Ramadhan, kami tidak mendengar sebarang spekulasi tentang perpindahannya. Hanya masuk minggu kedua, cerita pertukaran mula tersebar.

Setinggi tahniah saya kepada Ustaz Suhaidi Saad, sahabat setugas kami di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah. Dari sudut kerjaya, beliau masuk beberapa bulan sebelum saya ke sini pada tahun 2011 dan ini adalah kerjaya beliau yang pertama dalam perkhidmatan awam.

Saya mengenalinya sekitar 10 tahun lalu, saya berkhidmat sambilan di Maahad ini ketika itu lokasinya di Jalan Sembulan. Suhaidi ketika tu masih bergelar pelajar maahad dan saya sempat mengajarnya sebentar. Suhaidi saya kenali sebagai pelajar yang baik dan mendengar cakap guru.

Semoga perpindahan Suhaidi ke Masjid Negeri sebagai orang nombor dua akan dapat lebih memperkasakan aktiviti pengimarahan masjid kembali meriah seperti satu ketika dahulu. Harapan saya dan para jamaah terlalu tinggi.

nik

Sebarkan.

Tarikh : 5 Januari 2014 (Ahad)

Sesi yang sentiasa mendapat sambutan masyarakat yang memerlukan. Pihak kami sedang berkira-kira untuk mengubah lokasi ke tempat yang lebih selesa di luar Masjid Negeri Sabah. Tidak banyak foto dapat dirakam memandangkan saya juga agak sesak dengan pesakit. Dalam tempoh 3 jam setiap minggu, biasanya ada 20-30 pesakit di sini.


Rawatan MNS (1)Rawatan MNS (2)Rawatan MNS (3)

Tarikh : 1 Dis 2013 (Ahad)

Lokasi : Pejabat Imam Rawatib Masjid Negeri Sabah

Rawatan MNS (1) Rawatan MNS (2) Rawatan MNS (3) Rawatan MNS (4) Rawatan MNS (5) Rawatan MNS (6)

Rawatan 20102013 @ MNS (1) Rawatan 20102013 @ MNS (2) Rawatan 20102013 @ MNS (3) Rawatan 20102013 @ MNS (4)

Hari ni rawatan yang kami kendalikan bertemu dengan beberapa pesakit dari luar Kota Kinabalu. Antaranya dari Keningau dan Ranau yang membabitkan anak-anak kecil. Ada kes pesakit yang dibawa oleh orang tuanya sendiri, sementara ada yang dibawa oleh atuk dan nenek.

Tidak semua sempat saya rakam foto mereka kerana saya turut terlibat merawat sebahagian lagi pesakit yang datang. Apa yang ingin saya simpulkan ialah, di sebalik kesihatan tubuh badan dan zahir manusia, terdapat penyakit-penyakit batin dan penyakit hati yang menimpa manusia yang perlu diislahkan. Ramai yang bersegera mendapatkan rawatan jika berkaitan dengan penyakit zahir, tetapi membiarkan penyakit-penyakit hati di dalam diri seperti dengki, tamak, sombong dan lain-lain.

Rawatan @ MNS (13)Rawatan @ MNS (14) Rawatan @ MNS (15) Rawatan @ MNS (16) Rawatan @ MNS (17)

Sekitar 400 umat Islam menyertai himpunan aman bagi membantah kerajaan kudeta Mesir yang diadakan di perkarangan Masjid Negeri Sabah selepas solat jumaat semalam. Himpunan ini diadakan serentak di seluruh negara bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan umat Islam di Mesir apabila Presiden Dr Mohamed Morsi digulingkan oleh tentera 3 Julai lepas.

Antara yang berucap ialah Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling, Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu, wakil ABIM Sabah dan lain-lain. Himpunan aman ini berakhir pada jam 1.40 petang dengan keazaman peserta untuk menyebarluaskan maklumat kejadian yang berlaku di Mesir serta mendoakan kemenangan bagi pejuang-pejuang Islam di sana.

Puluhan NGO Islam di Sabah turut menyertai himpunan ini menunjukkan kebersamaan dan solidariti buat saudara seaqidah yang tertindas walaupun dipisahkan oleh jarak dan benua.

Bantah Kudeta @ MNS (1) Bantah Kudeta @ MNS (2) Bantah Kudeta @ MNS (3) Bantah Kudeta @ MNS (4) Bantah Kudeta @ MNS (5) Bantah Kudeta @ MNS (6) Bantah Kudeta @ MNS (7) Bantah Kudeta @ MNS (8) Bantah Kudeta @ MNS (9) Bantah Kudeta @ MNS (10)

MNS

Khatib : Ustaz Suhaidi Saad

Lokasi : Masjid Negeri Sabah

Pada bulan ini, umat Islam akan meraih ganjaran hebat melalui ibadat puasa enam hari yang mana tidak ada pada bulan-bulan lain. Bulan ini juga merupakan bulan taqwa dan bulan peningkatan amalan. Maka melalui tarbiah dalam bulan Ramadhan, umat Islam mempunyai kelebihan untuk meneruskan amal ibadat sebagi bukti keberhasilan amalan sepanjang Ramadhan.

Berdasarkan kepada keistimewaan bulan Syawal ini, umat Islam dituntut mengambil kesempatan merebutnya dengan sebaik-baiknya. Maka di bulan mulia ini, kita hendaklah mengambil kesempatan terhadap peluang yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT sehingga saat kita mengadap Allah SWT.

Manfaatkanlah ruang dan peluang yang masih ada dalam kehidupan ini untuk selalu menjadi orang yang bertaqwa dengan cara menanamkan rasa takut kepada pintah Allah, berterusan melakukan apa yang diperintahkan, bersegera menjauhi dan juga meninggalkan perkara yang dilarang serta mendekatkan diri kita kepada Allah.

Dalam suasana gembira, Islam mengajar kepada kita bahawa tidak salah untuk berseronok tetapi ia perlu dipandu dengan tatacara dan adab-adab Islam yang sebenar. Mimbar hari ini ingin menggariskan beberapa panduan dalam adab berziarah. Antaranya;

Pertama: Niat untuk mengeratkan silaturrahim.

Kedua: Mengenakan pakaian yang menutup aurat dan sopan.

Ketiga: Memelihara waktu solat agar tidak terabai.

Keempat: Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Kelima: Berusaha memenuhi semua undangan.

Keenam: Menjaga adab dan tatasusila agar kunjungan kita tidak  menyakiti tuan rumah.

Ketujuh: Pada waktu dan masa yang sesuai untuk berkunjung.

Kelapan: Meminta izin dan memberi salam kepada tuan rumah.

Didiklah serta bimbinglah  ahli-ahli keluarga kita agar menjaga adab-adab ketika melakukan ziarah dan melayan tetamu  supaya kita menjadi insan yang bertamadun, berperibadi tinggi dan memiliki sifat tama’ninah dan tingkahlaku kita tidak menjadi bahan ketawa orang lain serta menjatuhkan maruah. Ambillah kesempatan pada bulan yang mulia ini untuk menambah lagi pahala dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan, Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah seperti tahun-tahun sebelum ini menganjurkan qiyamullail untuk para jamaah yang teristimewa. Memang ia satu ibadah yang istimewa kerana tidak ramai yang mampu bangun tatkala ramai yang lena.

Saya hadir dua malam dan menemani siswa kami yang diamanahkan sebagai imam solat tahajjud. Semoga Allah SWT memberi kebaikan kepada semua jamaah yang hadir. Cuma perbezaan pada tahun ini, pihak masjid tidak lagi dapat menyediakan jamuan sahur seperti tahun-tahun sudah.

Qiyam 1434 @ MNS (1) Qiyam 1434 @ MNS (2) Qiyam 1434 @ MNS (3) Qiyam 1434 @ MNS (4) Qiyam 1434 @ MNS (5) Qiyam 1434 @ MNS (6) Qiyam 1434 @ MNS (7) Qiyam 1434 @ MNS (8) Qiyam 1434 @ MNS (9)

masjid-negeri-sabah

Masjid Negeri Sabah, 28 Disember 2012.

***********

Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan berlaku di masjid-masjid sekitar pusat bandaraya Kota Kinabalu beberapa tahun kebelakangan ini ialah suasana dan kehadiran jamaah solat jumaat yang sangat ramai dan melimpah. Masjid-masjid yang saya maksudkan ialah Masjid Negeri Sabah, Masjid al-Aman Sinsuran, Masjid Bandar Kota Kinabalu dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Pada ketika kami menuntut di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Sembulan (1991-1996) dan kemudian ke Maahad Tahfiz al-Quran (1997-1999) yang beroperasi di Masjid Negeri Sabah sebagai contoh, kehadiran solat jumaat tidaklah seramai yang ada sekarang. Malahan ketika itu, sebahagian besar aras bawah tidak digunakan kerana memberi laluan untuk Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah yang beroperasi setiap hari di situ. Ketika itu juga Masjid Bandaraya (MBR) belum lagi wujud – MBR mula beroperasi pada awal tahun 2000.

Masa berlalu.

Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah (MIMNS) kini sudah tidak beroperasi dalam bangunan Masjid Negeri Sabah. Jadi, ruang aras bawah dapat dimanfaatkan untuk sekitar 1000 jamaah lagi sehingga kehadiran jamaah jumaat kini sudah sekitar 6-7 ribu, melimpah sehingga ke ruang wudhu’, dan laluan ke pejabat imam besar. Dalam masa yang sama, MBR yang boleh memuatkan  10-12 ribu jamaah pada satu-satu masa dirasmikan pada februari 2000 dan mula beroperasi. Dua pertiga masjid berkenaan juga dipenuhi jamaah jumaat berbanding masa-masa lalu.

Sementara MNS dan MBR terletak di pinggir sedikit dari tengah bandaraya, ada dua buah masjid yang beroperasi benar-benar di tengah pusat bandaraya iaitu Masjid al-Aman Sinsuran di kawasan pasar Filipina dan Masjid Bandar di atas bukit berdekatan Padang Merdeka. Kedua-dua masjid ini dilimpahi jamaah jumaat. Kebiasaannya sesiapa yang datang hampir 12.30 tengahari akan menghadapi masalah untuk masuk ke dalam masjid kerana keadaan sesak.

Keadaan ini sudut positifnya menunjukkan kesedaran yang sangat baik dan semakin meningkat di kalangan umat Islam dan kerja-kerja dakwah ini wajib diteruskan oleh semua pihak – pemerintah, jabatan agama, ngo Islam dan seluruh umat Islam. Pada saat ini salah satu perkara yang wajar difikirkan ialah agar menambah atau menaiktaraf beberapa surau untuk didirikan solat fardhu jumaat. Paling tidak ia memudahkan jamaah dan umat Islam ke lokasi lebih hampir dalam suasana kepadatan penduduk. Mudah-mudahan juga dengan kewujudan lokasi baru solat jumaat meninggalkan kesedaran kepada umat Islam yang belum lagi mahu menunaikan fardhu jumaat ini.

Sejak bulan Ramadhan lepas, Surau an-Nur di Institut Pendidikan Guru (IPG) Gaya juga sudah dinaiktaraf kepada masjid dan sudah mengadakan solat fardhu jumaat. Sehingga kini dua pertiga ruang masjid dari hampir 1000 jamaah itu sudah dipenuhi. Melalui perbincangan dan sembang kawan-kawan, Masjid Kg Sembulan yang pernah mengadakan solat jumaat pada tahun 60an – 70an sebelum Masjid Negeri Sabah yang ada sekarang wajar diberikan semula.

Saya berpandangan agar surau seperti Surau IPD Karamunsing, Surau Kompleks Bersepadu di Jalan Lintas, Surau Riyadhus Solihin Taman Austral boleh difikir, dikaji dan seterusnya diberikan kebenaran untuk mengadakan solat fardhu jumaat. Kesemua lokasi yang saya cadangkan ini ialah kawasan-kawasan berpendudukan padat di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Mungkin juga jika ada hotel atau pusat membeli belah yang berminat untuk mengadakan solat jumaat boleh berbincang dengan JHEAINS dan Pejabat Mufti untuk mendapatkan nasihat dan panduan.

Sekian saya mencadangkan.

Masjid Bandaraya

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, 21 Disember 2012

Masjid al-Aman

 Masjid al-Aman, Sinsuran (Pasar Filipina) 14 Disember 2012.

Surau Taman Austral

Surau Riyadhus Solihin Taman Austral

Surau Kompleks Bersepadu

Surau Kompleks Bersepadu, Jalan Lintas

%d bloggers like this: