Tag Archive: Masjid Kg Sembulan


Tarikh : 13 September 2016

Lokasi : Kg Sembulan, Kota Kinabalu

img-20160913-wa0031 img-20160913-wa0033 img-20160913-wa0036img-20160613-wa0064img-20160913-wa0037

Tarikh : 11 Januari 2015

Lokasi : Masjid Kg Sembulan

Kuliah mingguan ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ kali ini diganti kepada kuliah khas ‘Kelate Pasca Banjir’, membawa kisah-kisah menarik dan pengajaran penting dari Serambi Makkah selepas kepulangan kami baru-baru ini.

Seperti di Surau Taman Austral yang saya bentang pada Kuliah PAKSI sebelah dhuha kepada para jamaahnya, ahli jamaah di masjid ini juga antara penyumbang kewangan kepada misi bantuan banjir.

Masjid Sembulan (1) Masjid Sembulan (2) Masjid Sembulan (3) Masjid Sembulan (4)

Tarikh : 4 & 6 Januari 2015

Lokasi : Masjid Kg Sembulan dan Masjid Kg Muhibbah Petagas

Semoga Allah SWT mengganti dengan rezeki dan nikmat yang lebih baik kepada jamaah Masjid Kg Sembulan dan Masjid Kg Muhibbah Petagas yang sudi menghulurkan sumbangan kepada rakyat Kelantan yang ditimpa musibah banjir.

Derma Kelantan (1) Derma Kelantan (2)

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), sekali lagi mengadakan khidmat bakti mereka ke Sabah dengan melakukan beberapa program khatan kepada anak-anak dan remaja terutama kalangan yang memerlukan. Bagi pusingan kali ini, PAPISMA berjaulah ke Keningau, Kota Belud (Kg Tamau) dan Kota Kinabalu (Kg Sembulan).

PAPISMA adalah sebuah pertubuhan yang mengumpulkan tenaga profesional kesihatan dan perubatan, membantu masyarakat pelbagai latar tentang kepentingan perubatan dan perawatan yang selaras dengan peraturan agama Islam. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua aktivis yang terlibat dalam program di Sabah. Semoga Allah SWT memberkati bakti ikhlas kalian. Untuk adik-adik, selamat melangkah ke ‘alam misteri’!

Foto di bawah adalah aktiviti di Masjid Kg Sembulan Lama pada 2 Disember lepas yang melibatkan 50 peserta.

PAPISMA @ Sembulan (1) PAPISMA @ Sembulan (2) PAPISMA @ Sembulan (3) PAPISMA @ Sembulan (4) PAPISMA @ Sembulan (5) PAPISMA @ Sembulan (6)

Masjid Sembulan

Sesuatu yang menggembirakan apabila kuliah atau ceramah dihadiri oleh jamaah yang ramai. Bukanlah ertinya mengelak diri daripada berkuliah di tempat yang jamaahnya sedikit, tetapi lebih ramai yang hadir secara zahirnya kita berpeluang menyampaikan mesej kepada mereka lebih besar dan kebarangkalian tersebar lebih baik.

Dalam konteks kuliah-kuliah di masjid yang saya diamanahkan atau diundang mengisinya di sekitar Kota Kinabalu/Putatan, Masjid Kg Sembulan Lama adalah masjid yang tidak pernah mengecewakan daripada sudut kehadiran. Dalam konteks di Sabah barangkali, kehadiran kuliah maghrib yang boleh mencecah lebih 100 orang dianggap ramai dan memberansangkan.

Perasaan yang sama saya yakini dirasai dan diakui oleh para ustaz yang lain yang turut berkuliah di sini – Ustaz Haji Muhammad Mursal, Ustaz Mohd Jumat Abd Razak dan Ustaz Mohammad Suaid. Bahkan saya yang sering datang lewat, tetap ditunggu oleh mereka. Di masjid ini apabila solat isyak didirikan boleh mencecah sehingga 6-7 saf dengan kadar 130-150 jamaah.

Secara kasar, kehadiran dari segi komposisi umur pula boleh saya katakan 60:40 iaitu 60% orang veteran dan 40% berumur 40 tahun ke bawah. Ia masih kedudukan yang wajar dan positif. Saya pernah mencadangkan di beberapa masjid agar dibuat aktiviti bersesuaian untuk menarik semua golongan ke masjid – baik kanak-kanak, remaja, dewasa, kaum ibu dan lain-lain.

Insya Allah, para pendakwah, berilah idea-idea menarik agar pihak masjid dan surau boleh mengaplikasi mana-mana cadangan yang wajar dan bersesuaian dilaksanakan di masjid surau mereka.  Semoga masjid surau kita lebih meriah dengan aktiviti pengimarahan.

KEHADIRAN KULIAH MAGHRIB

 

Saya bentangkan anggaran kasar kehadiran jamaah dalam kuliah maghrib yang saya diamanahkan mengisi di surau atau masjid berikut :

Isnin – Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan (Indahnya Hidup Bersyariat) : 15-30 orang

Selasa – Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah Petagas (Indahnya Hidup Bersyariat) : 20-40 orang

Rabu – Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan (Tajwid & Tafsir al-Quran) : 15-25 orang

Jumaat – Surau ar-Rahman Maahad Tahfiz al-Quran (Indahnya Hidup Bersyariat) : 20-35 orang

Ahad – Masjid Kg Sembulan Lama, Kota Kinabalu (Indahnya Hidup Bersyariat) : 60-100 orang

Saya pernah mencadangkan agar setiap daripada jamaah melakukan usaha untuk meramaikan jamaah ke masjid / surau masing-masing dengan strategi yang bersesuaian dengan suasana setempat. Mungkin dengan pengumuman melalui poster, sebelum azan jumaat, sms, banner dan sebagainya. Demikian juga setiap suami mengajak isteri masing-masing hadir ke masjid.

Insya Allah dengan ke masjid dan surau mempelajari ilmu-ilmu asas Islam, kejahilan akan terangkat dan kita menjadi hamba Allah yang beribadah dalam keadan berilmu. Justeru setiap orang mengambil kesempatan menghebahkan program yang bersifat ibadah dan mempunyai kebaikan kepada orang lain.

Masjid Kg Sembulan Surau Taman Austral

%d bloggers like this: