Tag Archive: Masjid Kg Inanam Laut


MOHD RIDHUAN MAT NASRAN

Tarikh : 4 November 2016

Lokasi : Masjid Tun Ahmadshah Inanam Laut

Saya mengambil ruang selepas khutbah dan solat jumaat baru-baru ini berbual dengan Mohd Ridhuan Mat Nasran yang mengimamkan solat jumaat di masjid ini. Merdu suaranya.

Rupanya anak muda ini baru berumur 19 tahun, hafaz Quran di Madrasah an-Nur Setiu Terengganu milik Ustaz Dr Riduan Mohd Nor. Permata dan aset berharga untuk Kg Inanam Laut.

Advertisements

22 Ramadhan : Isyak dan Tarawih di Masjid Nurul Jannah Kg Petagas Putatan.

23 Ramadhan : Solat Isyak & Tarawih di Surau Kg Daranan Pulau Banggi.

25 Ramadhan : Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Nurul Ihsan Kg Ketiau Putatan.

26 Ramadhan : Solat Isyak & Tarawih di Masjid Azizul Rahman Kimanis Papar.

27 Ramadhan : Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Jamek Tun Ahmadshah, Kg Inanam Laut Kota Kinabalu.

28 Ramadhan : Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Nurul Hidayah Kg Meruntum Putatan.

29 Ramadhan : Solat Isyak dan Tarawih di Masjid al-Muzakkirullah Kg Lubuk Temiang WP Labuan.

“Mari sini, aku tau kau mau bergambar”, panggil Tun Ahmadshah kepada saya yang menanti beliau di tingkat bawah Masjid Tun Ahmadshah Kg Inanam Laut jumaat lepas. Saya sengaja tidak menghampiri sejak awal selesai jumaat kerana bimbangkan batuk saya yang tidak berkesudahan hampir sebulan mengganggu beliau. Ada foto kami berdua, dan yang di atas foto bersama sebahagian tenaga utama masjid ini. Oh ya kami memang biasa berbual dengan panggilan ‘aku-kau’ yang dianggap biasa saja bagi orang Sabah.

Agak lama saya tidak bertemu dengan beliau, barangkali ini kali pertama pada tahun 2012 ini. Sempat saya ‘tegurkan’ beliau dan mengingatkan pemandunya agar memaklumkan saya dan tidak melupakan apa-apa maklumat yang patut saya ketahui. Sebenarnya saya merujuk kes Tun masuk dan ditahan hospital pada akhir dan awal tahun 2011-2012 lepas. Gastrik katanya.

Saya hanya ketahui berita itu apabila beliau sudah keluar wad. Siapa yang memaklumkan berita itu, saya pun sudah lupa. Apa yang saya harapkan ialah perhubungan ketika bekerja tidak habis sekadar di pejabat sahaja. Maklumlah apabila sama-sama sudah tidak berada di bumbung yang sama, bertemu dengan seseorang yang pernah saya rapati dan hormati hanya beberapa kali setahun adalah sesuatu yang tidak saya inginkan.

Seperti yang saya dan ramai kenali, beliau seorang yang suka bercerita. Entah apa puncanya cerita kami sehingga beliau mengimbau kembali kisah persekolahan beliau di SM La Salle, sebuah sekolah missionari. Menarik ceritanya ketika itu ada subjek bible sehingga beliau sendiri boleh ‘score’ markah yang baik. Tidak setakat itu, beliau pernah dipujuk untuk dihantar dan dilatih sebagai paderi, namun ditolaknya secara baik.

Saya meraikan kebaikan beliau dan kenangan-kenangan manis bersamanya, sebab itu saya tidak mahu perkenalan, perhubungan yang pernah terjalin tidak terputus dan habis begitu sahaja. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan saya menanti buku biografi yang pernah disebutkannya satu ketika dahulu. 🙂

Mungkin ini foto kenangan terindah buat dua pelajar saya dari Maahad Tahfiz.

%d bloggers like this: