Tag Archive: Masjid Kg Bangka-Bangka Likas


Tarikh : 1 Julai 2016

Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Likas

20160701_182946 20160701_183248 20160701_183255 20160701_183306

Tarikh : 10 Julai 2015

Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Likas

Peserta dari warga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Sabah dibimbing secara teori dan praktikal untuk mendirikan solat pergerakan dan bacaan.

20150710_113839 20150710_114034 20150710_114539 IMG-20150710-WA0059 IMG-20150710-WA0060

Tarikh : 12 Januari 2015

Lokasi : Beranda Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Likas

Usrah Bangka2 (1) Usrah Bangka2 (2) Usrah Bangka2 (3) Usrah Bangka2 (4)

Tarikh : 7 November 2014

Lokasi : Masjid Nurul Hidayah, Kg Bangka-Bangka Likas

Khatib : Abu Nuha

Maksud sabda Rasulullah SAW : Rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain : 1. Masa muda kamu sebelum tua; 2. Masa sihat kamu sebelum sakit; 3. Masa lapang kamu sebelum sibuk; 4. Masa kaya kamu sebelum miskin; 5. Masa hidup kamu sebelum mati.

Marilah kita bersyukur dengan sebenar-benarnya kerana Allah SWT memberikan kita nikmat iman dan Islam, juga antara nikmatnya yang banyak ialah nikmat umur dan kesihatan sehingga kita masih diberi kesempatan untuk menarik nafas pada tahun baru 1436H.

Dengan kesempatan berada pada tahun baru ini, kita membuat muhasabah dengan hadith yang dibentangkan tadi. Merebut kesempatan yang ada untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan melakukan kebaikan. Kebaikan yang bertepatan dengan syariat Islam, serta dilakukan dengan ikhlas kepada Allah SWT.

Sementara kita diberikan kesempatan hidup, sihat, lapang, kaya dan muda ini ambil kesempatan untuk amal soleh, sama ada ibadah khusus dan ibadah umum. Jangan ditunggu ketika lapang untuk beribadah, bahkan kitalah yang mencari masa lapang. Berilah sumbangan yang baik semasa hayat yang berbaki ini sebelum Allah SWT mencabut nyawa kita.

Masjid Bangka2

Sumber : Web JHEAINS

Diriwayatkan bahawa setelah berhijrah ke Madinah, Rasulullah SAW mendapati penduduk Madinah merayakan dua hari kebesaran iaitu hari Nairuz dan Mahrajan. Lalu Rasulullah bertanya kepada penduduk Madinah tentang perayaan berkenaan. Maka mereka menjawab bahawa perayaan itu adalah perayaan yang disambut sejak datuk nenek mereka lagi. Lantas Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah telah menukarkan kepada kamu dua hari tersebut kepada hari yang lebih baik untuk dirayakan iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.” (HR Abu Daud, AlNasa’ei dan Ahmad).

Jumhur ulama berpendapat bahawa menyembelih korban adalah sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan. Ini kerana kepatuhan kepada Allah SWT merupakan nilai Islam yang tertinggi. Maka Rasulullah SAW memberi amaran kepada orang yang berkemampuan tetapi enggan berkorban supaya tidak mendekati tempat solat orang Islam.

Ini sebagaimana Hadith daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah telah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang memiliki kemampuan (dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah ) dan tidak menyembelih, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.” (HR Ibn Majah).

Dan sesungguhnya, anjuran menyembelih korban merupakan satu kerangka mmemperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam melaksanakan hukum Allah SWT yang mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail seperti yang terakam di dalam alQuran bermaksud :

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringin mukanya di atas tompok tanah, serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang kau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.” (S. AshShaaffat: 103-107).

Berdasarkan kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS tersebut, kita beroleh pengajaran bahawa ibadah yang dituntut pada Aidil Adha bukan setakat ibadah jasad berupa solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.

Justeru, iktibar serta pengajaran mulia ini diharap dapat memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja di kalangan umat Islam untuk meninggikan agama serta menghilangkan rasa terlalu sayang pada harta kesenangan dunia demi memperoleh reda Allah SWT semata-mata.

Ini kerana, hakikat korban di sini tidak terhad kepada menyembelih binatang korban sahaja, bahkan meliputi segala jenis pengorbanan yang boleh memberi faedah serta kebaikan kepada masyarakat terutama sekali golongan yang susah dan memerlukan pertolongan.

Tarikh : 7 Mac 2014 (Jumaat)

Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Likas

 

Slot pertama siri ceramah Sheikh Mustafa diadakan di Masjid Kg Bangka-Bangka Likas. Alhamdulillah, jumlah kehadiran yang memuaskan. Di sini sheikh menyampaikan ceramah berkaitan kepimpinan Rasulullah SAW yang sewajarnya dicontohi oleh pemimpin umat Islam di mana sahaja berada.

Sh Mustafa @ Bangka2 (1)Sh Mustafa @ Bangka2 (2)Sh Mustafa @ Bangka2 (3)Sh Mustafa @ Bangka2 (4)Sh Mustafa @ Bangka2 (5)Sh Mustafa @ Bangka2 (6)Sh Mustafa @ Bangka2 (7)Sh Mustafa @ Bangka2 (8)Sh Mustafa @ Bangka2 (9)Sh Mustafa @ Bangka2 (10)Sh Mustafa @ Bangka2 (11)

Ustaz Arbaen @ MNH Bangka2

Antara masjid yang semakin menonjol di sebelah Sepanggar masa kini ialah Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Likas. Sebuah kampung dan masjidnya sendiri yang dianggap terperosok daripada pandangan luar yang tidak menyangka di celah dan selepas Taman Ujana Kingfisher Likas itu ada sebuah kampung dan masjid yang semakin makmur.

Saya pernah diceritakan oleh SS Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar, Mufti Sabah sekarang bahawa pada ketika masjid tersebut memulakan solat fardhu jumaat, jumlah jemaahnya hanya sedikit – belasan orang sahaja. Kini sesiapa yang hadir ke masjid tersebut, kehadiran jumaat sangat mengkagumkan dengan ruang dalam yang penuh sesak sehingga melimpah keluar.

Untuk rekod pada peringkat awal sebelum itu, yang mengadakan solat jumaat hanya di Masjid Jamek Kg Likas, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Masjid UMS, sedangkan kawasan ini semakin berkembang dengan kawasan perumahan dan bangunan pentadbiran kerajaan.

Tidak sekadar solat fardhu, jawatankuasa masjid yang agak berfikiran terbuka dan positif dengan aktiviti pengimarahan telah mempelbagaikan program untuk pelbagai peringkat termasuk kanak-kanak, remaja, muslimat dan sebagainya. Kuliah-kuliah ilmu maghrib dan subuh serta siri-siri ceramah khas semakin mendapat sambutan.

Kehadiran dalam majlis ilmu, tidak sekadar jemaah tempatan, tetapi juga dari luar apatah lagi jika melibatkan pendakwah luar. Kadang-kadang kehadiran melonjak sehingga ratusan jemaah. Saya yakin kekuatan yang paling utama ialah kesatuan jemaah masjid bermula daripada jawatankuasa masjid itu sendiri untuk melihat dan berjuang mengaktifkan rumah Allah ini.

Saya doakan masjid ini terus makmur dan jemaahnya mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.

Masjid Kg Bangka-Bangka Likas

Khatib : Imam Adilah Usop

Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Likas

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa zaman jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara…”. (S. AliImran: 103).

Berdasarkan kepada mafhum firman Allah SWT ini, faktor penunjang kepada kesatuan ummah ialah akidah islamiah. Pertalian keimanan inilah yang memperkukuh hubungan sesama individu dalam masyarakat, dan yang menjadikan masyarakat satu unit sosial yang tersusun rapi dan utuh. Maka, perpaduan di kalangan umat Islam akan terus utuh dan terpelihara selagi masyarakat Islam yang berbilang kaum dan etnik mengamalkan ajaran islam yang sebenar secara berterusan dan istiqamah.

Justeru, jangan sekali-kali melanggar perintah Allah ini jika benar-benar sayangkan agama, bangsa dan negara yang tercinta ini. Ambillah pengajaran dari sebab dan akibat perpecahan yang dialami oleh umat Islam di beberapa buah negara Islam di rantau Asia Barat. Mereka bukan sahaja bertelagah sesama sendiri dan berpecah belah, malahan turut menganggkat senjata membunuh saudara seagama mereka lantaran perselisihan faham dan perbalahan berpunca daripada kerencaman fahaman politik dan agama.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berkenalkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (S. Al-Hujurat: 13).

%d bloggers like this: