Tarikh : 26 Julai 2013 (Jumaat)

Tempat : Masjid as-Salam Kem Lok Kawi

Setinggi tahniah atas usaha baik Kor Agama Tentera (KAGAT) RAMD yang mengambil inisiatif untuk mengadakan qiyamullail pada 2/3 malam terakhir dan kemudian solat subuh berjamaah dan kemudian diakhiri dengan kuliah subuh sebagai penutupnya.

Andai kita sebagai manusia memerlukan bantuan orang lain semasa hidup di dunia ini, maka bayangkan pula di dataran mahsyar nanti. Seluruh manusia berkumpul daripada manusia pertama sehingga manusia terakhir, dengan serba serbi kelemahan diri, bagaimana manusia hendak berhadapan dengan Rabbul Jalil.

Maka di dunia ini, antara perkara yang dianjurkan setelah kita beriman kepada rukun-rukun iman dan melakukan ibadah-ibadah asas fardhu ain ialah memperbanyakkan tilawah al-Quran sebagai zikir yang utama. Sebab Nabi SAW menjelaskan bahawa al-Quran akan datang pada  hari kiamat memberi bantuan kepada mereka yang membacanya semasa di dunia dahulu.

Ayuh jadualkan diri dengan tilawah al-Quran.

Masjid Kem Lok Kawi (1) Masjid Kem Lok Kawi (2) Masjid Kem Lok Kawi (3) Masjid Kem Lok Kawi (4) Masjid Kem Lok Kawi (5)