Tag Archive: Masjid Jamek Kundasang


Tarikh : 11 Oktober 2016

Lokasi : Masjid Jamek Kundasang

Bersama Tuan Imam Lokman Muhiman, 57 tahun, Imam Masjid Pekan Kundasang. Saya mula mengenali beliau sejak 1996, iaitu 20 tahun lalu dan ketika itu beliau sudah berkhidmat di masjid ini.

20161011_121911 20161011_122846

Tarikh : 12 Julai 2015

Lokasi : Kundasang

20150712_133718 20150712_134012 20150712_141905 20150712_142031

Sekali lagi bersama rakan-rakan kami mengambil masa sehari semalam di sini untuk berehat sambil mengadakan sedikit pengisian santai mulai petang tadi dan berakhir esok pagi.

Singgah untuk solat asar di Masjid Jamek Pekan Kundasang, saya bertemu sahabat lama Ust Suzairi Gumikin yang juga anak imam masjid ini. Suzairi rakan di Mesir dikenali antara rakan-rakan yang paling mahir dalam bahasa pasar Arab Mesir.

Meski tidak bertemu sejak beberapa tahun, saya mengetahui perkembangannya yang semakin aktif menyebarkan risalah Islam kepada penduduk Kundasang khususnya di masjid dan surau selain pengisian di Pusat Latihan Islam (PLI) Kundasang.

Kami solat maghrib dan isyak di surau kampung. Suatu ketika saya pernah memberi tazkirah di sini pada musim Isra’ dan Mi’raj. Kali ini ruang secukupnya diberikan kepada Ust Bahrul untuk menyampaikan tazkirah.

Fokusnya berkenaan ayat Allah SWT melalui surah az-Zariyat ayat 15-19 :

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.  Mereka sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk tidur. Dan pada waktu sahur pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah. Dan pada harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)”.

Cuaca nyaman sekitar 15 darjah dan semakin sejuk pada waktu malam kami dipanaskan dengan ayam panggang dan sup daging yang begitu menyelerakan sekali. Terima kasih tuan rumah.

%d bloggers like this: