Tarikh : 26 Jun 2015

Sebelah pagi, kami hanya berehat di bilik hotel sementara menanti Tuan Haji Salman tiba dari KLIA2. Sepatutnya beliau sepenerbangan dengan kami tetapi tertinggal pesawat walaupun beliau sudah berada di dalam terminal KLIA2 pada masanya. Kami solat fardhu jumaat di Masjid Nahanak yang berdekatan dengan hotel, berjalan kaki sekitar 10 minit. Tentang masjid ini, akan saya catatkan dalam entri khusus.

Sebelah petang kami meronda-ronda di sebuah kawasan majoriti muslim dan berbuka puasa di sini serta bersolat maghrib dan isyak di Masjid Darul Aman. Foto-foto tentang masjid ini juga akan saya khususkan dalam entri tersendiri nanti.

IMG-20150626-WA0067 IMG-20150626-WA0069 20150626_112956 20150626_113148 20150626_130844 20150626_130942 20150626_131912 20150626_132044 20150626_132533 20150626_132802 20150626_133451 20150626_175714 20150626_175735 20150626_193612 20150626_194330 20150626_194642 20150626_195544 20150626_200603