Tag Archive: Masjid Daerah Putatan


Tarikh : 18 & 19 Oktober 2014

Lokasi : Masjid Daerah Putatan

Tahniah kepada pelajar kumpulan 2, Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ (KPID2) Sabah, kali ini meneruskan pengajian bersama Darussyifa’ mempelajari ilmu berkaitan rawatan penyakit resdung.

Terima kasih Ustaz Abdul Rashid Ahmad yang didatangkan khas dari Darussyifa’ Bangi untuk membimbing kuliah kali ini. Beliau memang dikenali di kalangan penuntut Darussyifa’ sebagai pakar rawatan resdung.

Kuliah Resdung (1) Kuliah Resdung (2) Kuliah Resdung (3) Kuliah Resdung (4) Kuliah Resdung (5) Kuliah Resdung (6) Kuliah Resdung (10) Kuliah Resdung (12) Kuliah Resdung (14)

Tarikh : 27 September 2014

Lokasi : Kg Lembising Putatan

Berita mengejutkan kami terima beberapa jam sesudah kejadian pada petang sabtu lepas, mendengar musibah yang menimpa Imam Masjid Daerah Putatan Tuan Imam Haji Mohd Noh Chaleh apabila rumahnya musnah dalam kebakaran menjelang tengahari sabtu.

Menurut jamaah Masjid Daerah Putatan, tuan imam ketika itu sedang berada di masjid untuk solat fardhu zuhur. Ketika azan berkumandang, beliau sudah dimaklumkan akan kebakaran tersebut dan beliau tidak berhajat untuk pulang. Bahkan selepas solat pun beliau sempat menikahkan sepasang pengantin di masjid tersebut.

Pihak masjid telah melancarkan kutipan derma untuk tuan imam dan keluarganya. Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau menghadapi musibah ini. Kepada Allah kita berserah. Takziah daripada saya dan keluarga.

Hangus (1) Hangus (2) Hangus (3) Hangus (4)

Masjid Daerah Putatan

Khatib : Ustaz Abdul Rahman

Lokasi : Masjid Daerah Putatan

Kita sebagai umat manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT. Ini kerana, selain daripada dikurniakan rupa paras yang cantik, kita juga dikurniakan akal yang mempunyai banyak keistimewaannya. Dengan akal itulah yang membezakan kita dengan makhluk Allah SWT yang lain.

Ia adalah antara bukti tentang kekuasaan dan keadilan Allah SWT selaku Pencipta dan Pentadbir seluruh alam. Dengan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT, manusia berupaya menilai dan mengenal pasti perbezaan antara yang baik dengan yang buruk, antara yang benar dengan yang salah dan sebagainya.

Dengan akal juga membolehkan manusia mengingat dan memikirkan tentang sesuatu. Dalam erti kata yang lain, pada akallah letaknya neraca untuk manusia berfikir dan menimbang lalu memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Lantas, Allah SWT mencabar kita supaya menggunakan akal yang dikurniakan-Nya untuk memikirkan tentang kehidupan manusia yang meliputi soal hidup dan mati di samping kehebatan alam yang diciptakan.

Masjid Daerah Putatan

Khatib : Imam Mohd Noh Chaleh

Lokasi : Masjid Daerah Putatan

Pada abad ini umat Islam rata rata berhadapan dengan situasi dunia global yang semakin mencabar. Kekuatan-kekuatan antarabangsa yang mendukung aliran seperti liberalisme, pluralisme dan lain-lain lagi kelihatan semakin aktif melaksanakan penyebarannya terutamanya melalui teknologi internet yang amat pantas lagi berkesan terutamanya kepada golongan muda.

Mereka melancarkan serangan-serangan secara halus lagi tersusun dengan penyebaran berita yang menghina Islam dan umatnya samada melalui simbol-simbol, laman web, laman-laman sesawang atau blog serta laman-laman sosial seperti facebook dan twitter dan sebagainya.

Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar bahawa puluhan simbol dan ratusan laman web digunakan bagi mengeliru dan melemahkan pegangan umat Islam yang berada di alam internet ini. Mimbar ingin menyatakan bahawa penyalahgunaan atau menggunakan teknologi internet dan telekomunikasi tidak sebagaimana yang sepatutnya adalah bertentangan dengan tuntutan agama, undang-undang serta tatasusila masyarakat.

Percayalah, menggunakan laman sosial untuk melemahkan pegangan umat Islam sebenarnya adalah strategi licik musuh Islam yang telah berjaya digunakan untuk menjatuhkan beberapa negara Islam di Timur Tengah. Oleh itu, terdapat cadangan supaya internet harus ditapis dan dikawal seharusnya dipertimbangkan supaya kemudahan ini tidak memporakperandakan masyarakat dan negara.

Justeru, dalam konteks cabaran anti Islam melalui teknologi maklumat yang hebat itu, maka menjadi tugas dan tanggungjawab umat Islam untuk menggunakan apa sahaja strategi yang munasabah termasuklah media sosial bagi melawan, menentang, menjawab, menangkis serangan, propaganda, tipu muslihat musuh-musuh Islam dan gerakan-gerakan yang mengugat kedudukan umat Islam khususnya di negara kita dalam konteks amar makruf dan nahi mungkar.

masjid daerah Putatan

Saya baru tahu ada usaha tidak rasmi ‘meminang’ saya untuk berkuliah mingguan di Masjid Daerah Putatan sejak beberapa bulan sudah. Khabarnya, ada beberapa kontra yang berlaku sebelum itu, namun akhirnya menjelang pertengahan bulan Sya’aban baru hajat itu terlaksana dan tercapai.

Menariknya, perbincangan dengan penggerak masjid hanya berlaku lewat sms dan saya pada peringkat awal ini tidak mengenali siapa wakil yang berbincang dengan saya melalui sms itu. Tidak banyak perbincangan melainkan saya memberikan dua pilihan hari yang masih kosong iaitu khamis malam jumaat atau sabtu malam ahad.

Wakil masjid memilih hari sabtu malam ahad, dalam keadaan saya selepas ini akan bergegas pula ke kelas tahfiz hujung minggu sesudah isyak di Masjid Daerah Putatan yang sudah tercatat dalam jadual mingguan saya sebelum ini. Kuliah bermula malam ini dan berehat pula menjelang bulan Ramadhan dan bersambung selepas hari raya.

Subjek yang diminta ialah Fardhu Ain yang akan terus mencabar saya lagi. Fardhu ain adalah sesuatu yang luas bidangnya dan nampaknya saya tidak dapat untuk berkuliah subjek lain setelah permintaan ini. Semoga Allah memudahkan urusan ini. Rabbi yassir wa la tu’assir ya karim…

Masjid Daerah Putatan

Khatib : Ustaz Adam Abdul Hai

Lokasi : Masjid Daerah Putatan

Kata-kata hukama : Untuk membaiki dunia, maka baikilah manusianya. Untuk membaiki manusia, maka terlebih dahulu baikilah hatinya.

Oleh kerana hati bersifat dalaman, maka untuk menyelesaikan masalahnya, mesti juga dengan kaedah dalaman. Justeru untuk mneyelesaikan masalah dalam hidup, kita perlu mengetahui dahulu soal teras dan asasnya yakni menyelami apakah tujuan Allah SWT menghantar kita ke dunia? Apakah misi dan visi kita?

Justeru penghayatan terhadap misi dan visi inilah yang akan melahirkan kesungguhan untuk bekerja, untuk belajar dan beribadah semasa berada di dunia ini secara optimum yang akan nantinya tiba musim menuai di akhirat kelak. Pakar psikologi telah menegaskan bahawa salah satu faktor yang menentukan kejayaan seseorang ialah mereka yang tahu misi dan visi hidup yang tepat serta jelas.

Untuk memiliki hati dan minda yang celik, kita hendaklah terus mencari ilmu. Ilmu yang ada perlu kita gunakan untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat. Pastinya untuk ilmu itu menjadi manfaat kita perlu terus berfikir dan terus menganalisa yang mana akhirnya ilmu tersebut akan melihatkan akan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Khatib : Imam Norisham Pura

Lokasi : Masjid Daerah Putatan

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu belanjakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu belanjakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (S. Ali-Imraan: 92).

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan bahawa mendermakan atau membelanjakan harta benda dan apa sahaja walau bagaimana kecil dan sedikit jumlahnya adalah berpahala. Tetapi hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna serta besar pahalanya, tidak akan dapat dicapai sebelum kita membelanjakan harta benda dan apa sahaja yang bernilai dan sangat-sangat disayangi, kerana dengan melakukan yang demikian bermakna kita dapat mengalahkan perasaan bakhil kedekut dan meningkat ke darjat takwa.

Maknanya, pengorbanan dalam bentuk membelanjakan wang ringgit atau harta, masa, tenaga dan kelazatan hidup dunia lainnya adalah sangat dituntut dalam kerangka lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT serta membina jaringan hubungan yang lebih baik sesama manusia sebagaimana hikmah ibadah haji yang difardukan ke atas kita sekalian. Bersamalah kita tarbiah diri kita sendiri dan ahli keluarga kita untuk menghayati konsep pengorbanan dalam Islam dan melakukan pengorbanan yang disarankan itu agar beroleh keberkatan serta kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Hari raya Aidiladha atau hari raya Haji ini akan diimarahkan dengan ibadah penyembelihan korban seperti kambing, lembu dan kerbau. Syariat yang sudah menjadi tradisi dalam masyarakat kita ini akan berlanjutan hingga ke tiga hari tasyrik, iaitu tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sambutan hari raya dan penyembelihan korban ini digarap daripada peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Nabi Ibrahim AS, di mana sebagai insan berjiwa hamba, Baginda tidak pernah mempertikaikan suruhan Allah itu meskipun yang akan menjadi korban adalah anak kesayangannya sendiri, iaitu Nabi Ismail AS.

Dan ternyata, Nabi Ismail AS tidak terkorban dalam upacara penyembelihan berkenaan kerana diganti Allah SWT dengan sembelihan korban yang besar. Ini menunjukkan bahawa ibadah korban tidak hanya terbatas kepada menyembelih binatang korban semata-mata kerana dari segi maknawinya manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hakikatnya, ibadah korban adalah menjelmakan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan serta dikecapi, di mana amalan itu dikira sebagai tanda ketakwaan kepada Allah SWT.

MASJID DAERAH PUTATAN

Satu ketika timbul beberapa polemik untuk membina sebuah masjid bertaraf masjid daerah di Putatan apatah lagi apabila Putatan mula dinaiktaraf sebagai daerah penuh dan tidak lagi bernaung di bawah daerah Penampang. Timbul beberapa lokasi cadangan untuk menempatkan masjid daerah. Bahkan TYT sebelum ini Tun Ahmadshah pernah mencadangkan Masjid al-Hilal sebelum diroboh dan dibina semula (yang baru sekarang) dijadikan sebagai masjid daerah.

Masjid yang ada sekarang telah dibina pada tahun 2010 dan mula digunakan pada akhir Julai 2011. Bangunan utamanya telah siap dan digunakan sepenuhnya khususnya untuk solat fardhu, solat tarawih termasuk di dewan di aras bawah untuk program ceramah, kursus dan sebagainya. Hanya kawasan perkarangannya, sesudah setahun masih belum diaspal sepenuhnya. Bahkan ada kenyataan pembinaan fasa ke-2 yang sepatutnya bermula awal tahun ini belum kelihatan lagi.

Fasa kedua berkenaan dengan kos RM4 juta akan merangkumi sekolah agama, bazar, rumah imam dan kemudahan yang lain. Semoga pihak berkuasa akan melihat lebih serius dan tegas berkenaan hal ini. Berkenaan aktiviti pengimarahan, setinggi tahniah atas program setakat ini dan diharap dapat dipertingkatkan khususnya kuliah-kuliah maghrib dan ceramah bulanan.

1 Ramadhan : Isyak & Tarawih di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan. Zuhur (sabtu) di Masjid Negeri Sabah.

2 Ramadhan : Isyak & Tarawih di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral. Zuhur (ahad) di Masjid Negeri Sabah.

3 Ramadhan : Isyak & Tarawih di Masjid al-Mahabbah Kg Muhibbah Petagas. Zuhur (isnin) di Masjid Negeri Sabah.

4 Ramadhan : Isyak & Tarawih di Masjid Daerah Putatan. Zuhur (selasa) di Masjid Negeri Sabah.

5 Ramadhan : Isyak & Tarawih di Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih Putatan. Zuhur (rabu) di Masjid Negeri Sabah.

6 Ramadhan : Isyak & Tarawih di Masjid Negeri Sabah. Zuhur (khamis) di Masjid Negeri Sabah.

7 Ramadhan : Isyak & Tarawih di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

 

 

 

 

%d bloggers like this: